FOKUS+

Description
www.fokus.my
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 days, 9 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 6 days, 2 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks ago

3 weeks, 6 days ago
Penduduk di Sabah hanya dapat menikmati …

Penduduk di Sabah hanya dapat menikmati 28 peratus daripada jumlah pengeluaran air negeri disebabkan kegiatan mencuri air yang dilakukan oleh kilang-kilang dan penempatan setinggan.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pengeluaran air di Sabah pada tahun 2022 mencatatkan sebanyak 1,404 juta liter sehari (MLD). Daripada angka tersebut, pengguna domestik menggunakan sekitar 394 MLD, manakala penggunaan oleh sektor bukan domestik, termasuk industri, mencapai 238 MLD.

Ini menunjukkan Sabah mempunyai hampir 60 peratus lebihan air yang tidak digunakan oleh pengguna domestik dan bukan domestik.
Baca Berita Penuh:
https://fokus.my/paip-haram-punca-60-peratus-daripada-bekalan-air-di-sabah-tidak-sampai-kepada-pengguna-sah-kesan-daripada-lambakan-warga-asing/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

4 weeks, 1 day ago
Peningkatan sebanyak RM1.5 bilion peruntukan kepada …

Peningkatan sebanyak RM1.5 bilion peruntukan kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Belanjawan 2025 dilihat tidak mencukupi untuk menghadapi ancaman di Laut China Selatan dan usaha pemodenan aset ketenteraan.

Bercakap kepada FMT, Prof Dr Salawati Mat Basir mendakwa Putrajaya tidak cukup mengutamakan keselamatan negara atau memberikan perhatian yang cukup kepada keadaan di rantau ini.

Tegasnya, pendekatan kerajaan untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan secara diplomatik menunjukkan mereka tidak mempertimbangkan keadaan sebenar. Tambah beliau, peningkatan ini pula berkemungkinan tinggi disebabkan oleh inflasi dan peningkatan kos. Baca Berita Penuh:
https://fokus.my/peningkatan-rm1-4-bilion-bajet-pertahanan-belum-mencukupi-untuk-hadapi-risiko-ancaman-di-perairan-dan-penuaan-aset/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

4 weeks, 1 day ago
Sebanyak 450 buah buku sumbangan Iran, …

Sebanyak 450 buah buku sumbangan Iran, termasuk yang berunsur Syiah, telah diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada Februari lalu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Kemenangan Revolusi Islam Iran.

Menurut portal AhlulBayt News Agency, penyerahan tersebut dilakukan oleh Dr. Habib Reza Arzani, Kaunselor Kebudayaan Republik Islam Iran di Malaysia, semasa lawatannya ke Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur.

Antara buku-buku yang tersenarai adalah Golestan oleh Saadi dengan terjemahan bahasa Inggeris, Surat Imam Ali kepada Malik Asytar dalam bahasa Melayu, "Man and His Destiny" oleh Murtaza Mutahhari, dan ensiklopedia tiga jilid termasuk (tafsiran Al-Quran, hadis dan sejarawan dunia Islam).
Baca Berita Penuh:
https://fokus.my/iran-sumbang-450-buah-buku-kepada-perpustakaan-negara-malaysia-pnm-buku-berunsur-syiah-turut-tersenarai/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

1 month ago
Dong Zong mengadakan pertemuan dengan Menteri …

Dong Zong mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam usaha mendapat pengikitirafan untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mengekalkan bahasa Cina sebagai bahasa utama kurikulum SJKC.

Menurut Fadhlina, pertemuan yang diadakan kelmarin membincangkan mengenai penempatan semula guru, penyelarasan kurikulum Bahasa Melayu untuk SJKC/T, kekurangan guru, perpindahan sekolah dan isu guru ganti.

Baca Berita Penuh:
https://fokus.my/pertemuan-dong-zong-dan-fadhlina-bincang-isu-penyelarasan-kurikulum-bahasa-melayu-di-sekolah-jenis-kebangsaan-cina-sjkc/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

1 month ago
Penggubalan Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) …

Penggubalan Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 telah menerima penentangan dari pelbagai pihak terutama daripada kumpulan liberal dan kristian serta kumpulan dari Sabah dan Sarawak.

Antara dakwaan yang timbul adalah Rang Undang-Undang (RUU) Mufti yang dicadangkan ini bertujuan untuk memperluas kuasa mufti di Wilayah Persekutuan dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata. Baca Berita Penuh:
https://fokus.my/ruu-mufti-dibaca-kali-ke-3-terima-tentangan-kumpulan-liberal-kristian/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

1 month, 1 week ago
Sebanyak 153 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat …

Sebanyak 153 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China dikesan beroperasi di sekitar Taiwan pada 14 dan 15 Oktober 2024, dengan 111 daripadanya memasuki zon identifikasi pertahanan udara (ADIZ) pulau tersebut. Jumlah ini mencatat rekod baharu bagi penerbangan pesawat PLA di kawasan itu dalam sehari, melebihi rekod sebelumnya sebanyak 103 pesawat pada 17 September 2023.

Baca Artikel Penuh:
https://fokus.my/153-pesawat-pla-china-dikesan-beroperasi-di-sekitar-taiwan-jumlah-tertinggi-pernah-direkod/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

1 month, 1 week ago
Taman Perindustrian Tenaga Boleh Baharu (TBB) …

Taman Perindustrian Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Johor bakal dipenuhi syarikat China yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pengaruh China di dalam industri TBB Malaysia.

Baca Artikel Penuh:
https://fokus.my/lima-syarikat-china-penuhi-taman-tenaga-boleh-baharu-tbb-johor-tingkatkan-pengaruh-china-dalam-industri-tbb-negara/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

1 month, 1 week ago
Sempena ulang tahun Taufan Al-Aqsa, IRIS …

Sempena ulang tahun Taufan Al-Aqsa, IRIS Institute telah melancarkan e-buku baharu berjudul “Negara Berdaulat: Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin”.

E-buku ini menyajikan kerangka fikir yang komprehensif berdasarkan kajian ilmiah serta analisis realiti semasa, bertujuan merangka langkah strategik ke arah pembebasan Palestin dan Al-Aqsa.

Penulisan ini menekankan bahawa asas utama untuk mencapai pembebasan Palestin adalah pembangunan negara-negara umat Islam yang berdaulat dan kuat.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/dunia/2384/

𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗔𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔
Daftar di sini: bit.ly/duniapalestin014

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 days, 9 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 6 days, 2 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks ago