Pemburu yang diburu.
Last updated 6 days, 9 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 days, 14 hours ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 weeks, 3 days ago
RASULULLAH LARANG JUMPA BOMOH
Beberapa isteri Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Baginda bersabda:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
"Sesiapa yang datang kepada tukang ramal dan bertanya sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2230)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
“Sesiapa yang datang kepada bomoh atau tukang ramal lalu percaya dengan apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad."
(Hadis Riwayat Ahmad, no. 9536)
1) Rasulullah SAW melarang umatnya pergi berjumpa dan percaya kepada bomoh atau tukang ramal yang kononnya tahu perkara-perkara ghaib seperti masa hadapan, masa lalu, barang yang dicuri, tempat barang yang hilang dan seumpamanya.
2) Perbuatan ini menyebabkan hilangnya pahala solat seseorang itu selama 40 hari, malah mengkufuri al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.
3) Ini sememangnya mendustakan firman Allah: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" (Surah al-Naml: 65)
4) Sebab itulah Rasulullah memberikan amaran keras terhadap perbuatan berjumpa dengan bomoh.
Semoga Allah memelihara kita daripada segala kepercayaan-kepercayaan karut,
BAHAYA HADIS PALSU
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ، مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Berbohong dengan nama aku tidak sama seperti berbohong dengan nama orang lain. Sesiapa yang sengaja berbohong dengan nama aku, maka dia telah menempah tempatnya di neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1291)
Hadis palsu adalah hadis yang direka dan disandarkan kepada Rasulullah SAW.
Antara kesan hadis palsu:
- Hadis sahih akan ditinggalkan.
- Agama kelihatan bodoh dan tak masuk akal.
- Munculnya ibadah baru yang direka.
Berhati-hatilah dengan hadis palsu kerana Rasulullah SAW mengaitkannya dengan api neraka.
Semoga Allah SWT memelihara kita.
Pemburu yang diburu.
Last updated 6 days, 9 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 days, 14 hours ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 weeks, 3 days ago