Mutiara?Ilmu

Description
Ilmu adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan ini..

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 days, 9 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 6 days, 2 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks ago

3 months ago

????????? ??????
15hb Safar 1446H
20hb/08/2024 Selasa

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞

KAMU SEMUA AKAN DIUJI ALLAH, MAKA BERSABARLAH!

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ
_Terjemahan:_
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Surah Al-Baqarah : Ayat 155

3 months ago
3 months, 3 weeks ago

• MERASAKAN MUSIBAH ITU DARIPADA ALLAH ﷻ UNTUK MEWARNAI KEHIDUPANMU •

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

من مراسلات سيدي احمد التجاني رضي الله عنه ؛

على العاقل ان يعلم ان احوال الدنيا ابدا متعاقبة بين ساعات إنقباض وانبساط وخيرات وشرور وافراح واحزان

لا يخرج احد ممن سكن الدنيا على هذا المقدار

فإن نزلت مصيبة او ضاقت نائبة، فليعلم ان لها وقتا تنتهي إليه ثم يعقبها الفرح والسرور

فإن من عقل هذا عن الله في تصاريف دنياه، تلقى كل مصيبة بالصبرو الرضا بالقضاء والشكر التام على النعماء

Dipetik daripada risalah² Sayyidi Ahmad At Tijani (semoga Allah ﷻ meridhainya) ;

Bagi orang yang berakal akan mengetahui bahawa keadaan dunia sentiasa bersilih ganti antara waktu tertekan (menghadapi masalah) dan waktu tenang (tiada masalah). Waktu baik dan tidak baik. Waktu suka dan duka.

Tiada sesiapa yang hidup di dunia ini yang keluar (tidak terkena) diatas ketentuan ini.

Maka jika ditimpa seseorang itu akan musibah atau malapetaka, maka ketahuilah bahawa baginya (musibah) itu ada masa berakhirnya (musibah) kemudian akan diikuti dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

Sesiapa yang memikirkan (merasakan) ini (musibah) daripada Allah ﷻ untuk mewarnai dunianya, Dia akan menerima setiap musibah dengan sabar, redha dengan takdir, dan penuh rasa syukur atas nikmat.

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

5 months, 2 weeks ago

9 Ulama' Wanita Nusantara. Alim pelbagai cabang ilmu termasuk ilmu falak.

Sebenarnya agak sukar untuk kita menjumpai ulama' wanita tanah air yang datang dari latar belakang pengajian pondok. 9 tokoh ini adalah yang telah berjaya diasuh dan dididik dengan sistem pondok. Mereka bertalaqi kitab dengan tok² guru pondok berpuluh tahun lamanya. Akhirnya mereka berjaya dan kuasai pelbagai bidang.

Misalnya :

  1. Hajah Fatimah Binti Syeikh Wan Ali Kutan - Penyambung sanad amalan Lum'atul Aurad

  2. Hajah Khadijah Binti Tok Selehor - Pengarang Kitab Risalah dan Syarat-Syarat Rukun Sembahyang, Risalah Sifat Dua Puluh, Risalah Ringkasan Rukun Iman, Kitab Pengenalan Ringkasan Kata-Kata Orang Tasawuf, Ringkasan Sejarah Rasulallah s.a.w dan Ringkasan Sifat-Sifat Mahmudah dan Sifat-Sifat Mazmumah

  3. Tok Limah - Mengaji bertalaqqi kitab dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selama puluhan tahun.

  4. Hajah Che Salamah Binti Hassan
    - Wanita Kelantan pertama memasuki Universiti al-Azhar & Pengetua pertama Sekolah Naim Lilbanat

  5. Hajah Sofiah @ Mak Long Piah - Mengaji bertalaqqi berpuluh tahun dengan Tuan Guru Haji Man Guar Kepayang.

  6. Hajah Zabidah @ Mak Cik Bedah - Mengaji bertalaqqi kitab dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selama puluhan tahun.

  7. Hajah Khamudah Binti Tuan Guru Haji Ghazali - Diantara pemegang sanad hadis tertinggi di Malaysia, alim ilmu falak dan alim majmuk.

  8. Hajah Juwairiyah - Mengaji bertalaqqi kitab dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selama puluhan tahun.

Moga pengorbanan mereka dalam memartabatkan hukum syarak dan mengajar khususnya buat kaum hawa diterima Allah Taala. Amin

Tengku Yusuff

#KenaliUlamak

5 months, 2 weeks ago

Ulama’ Keturunan Waliyullah

Al Allamah Al Muhaddith Tuan Guru Haji Pak Njang Izzudin

● Moyang Kepada Moyangnya : Wali Allah Syeikh Wan Muhammad Shalih al-Laqihi - Ayah Saudara Kepada Wali Songo Syarif Hidayatullah / Sunan Gunung Jati

● Datuk Moyangnya : Wali Allah Lebai Faqih Wan Musa al Fathani - Penyebar Islam & Tokoh Ulamak | Pengasas Pondok Sena , Patani tahun 1560 | Pengarang Kitab Bangsa Melayu Tertua iaitu pada tahun 1598

● Ayah Moyangnya : Wali Allah Syeikh Wan Muhammad al Fathani - Penyebar Islam di Patani | Pembesar Kerajaan

● Moyangnya : Wali Allah Tok Bendang Daya Pertama | Tok Lailatul Qadar | Tok Wan Pa | Syeikh Wan Mustaffa al Fathani - Pengasas Pondok Bendang Daya Patani | Hulubalang Sultan Patani Darus Salam | Berperang Dengan Siam bersama Syeikh Abdus Samad al Falembani , Syeikh Arsyad al Banjari & Syeikh Daud al Fathani

● Datuknya : Wali Allah Tok Bendang Daya Kedua | Syeikh Wan Abdul Qadir al Fathani - Penyambung warisan Pondok Bendang Daya & Mahaguru Bagi Sekalian Wali Allah

● Datuk Saudaranya : Wali Allah Pak Cik Daud al Fathani | Syeikh Wan Daud al Fathani - Mahaguru Bagi Sekalian Mahaguru

● Datuk Saudaranya : Wali Allah Syeikh Wan Zainal Abidin al Fathani - Ayah kepada Syeikh Ahmad al Fathani

● Datuk Saudaranya : Wali Allah Syeikh Wan Abdul Latif - Penyebar Islam di Bangkok

● Ayahnya : Wali Allah Pak Chu Him Gajah Mati - Penyambung Warisan Pondok Gajah Mati

● Ayah Saudaranya : Wali Allah al Muhaqqiq Pak Da Eil Mekah - Guru bagi sekalian Tok Guru kurun ke 20

● Ayah Sepupunya : Wali Allah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani - Pengarang Kitab Faridatul Faraid | Alim 47 cabang ilmu | Guru bagi sekalian wali Allah hujung kurun ke 19

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

6 months, 3 weeks ago

Bismillah Alhamdulillah

Bagaimana mahu membaiki kerosakan zaman yang berlaku?

Mulakan dengan menyebarkan selawat, tak kira apa bentuk selawat. Tujuannya agar Nur Muhammad yang berada dalam diri insan akan aktif.

Insya Allah Nur tersebut akan membawa insan kepada cahaya Tauhid dan kemurnian jiwa yang membawa perubahan akhlak serta kemurnian kehidupan.

Namun sebaiknya perlu ada bimbingan agar benih yang ditanam tumbuh dengan baik.

Syukur kini sebaran selawat telah berkembang pesat seluruh Negara malah Nusantara. Ia dibawa oleh Jamaah para Habaib dan para Syeikh Sufi pelbagai aliran serta para pencinta Rasulullah ﷺ.

Apabila Nur Muhammad telah terbangun pada umat, insya Allah akan berlaku satu kebangkitan yang membawa kesejahteraan pada Umat, Negara dan Bangsa.

Yang Batil akan lenyap dan yang Haq akan muncul.

Wallahualam.

@UzlahHati

7 months, 2 weeks ago

❤️ HATI❤️❤️❤️

Wahai hati, berhati- hati
Jalan mu penuh onak dan duri

Hati, berhati- hati
Tidak jaga hati, diri mati
Raba di kedalaman hati
Dalam kelambu kecil penuh sepi
Jangan sampai hati tidak berhati

Hati2 dengan hati
Hati mati kerana
nafsu
Hati mati kerana akli
Yang tidak mampu dikawal lagi
Walaupn zikirnya puluhan ribu dalam sehari.

Kalam Tuan Guru Hj Abd Rahman Jaafar

8 months ago

?? ???? ????? ??????? ?? ???? ??????
= aku hanya hamba yg jahil...Allah lh Yg Maha Mengetahui.
Org ini dinamakan arif.... Allah Taala x dinamakan arif tp alim. Cuba cari dlm Asmaul Husna ada ke nama Allah arif.

Apa hikmahnya = arif kena usaha..alim itu qodim lg azali.

8 months, 1 week ago

JALANAN ILMU

Orang yang bahagia ialah orang yang mendapat redha Allah Ta’ala dan orang yang mendapat redha Allah ialah orang yang beriman dan beramal soleh. Maka jika ingin menjadi orang yang beriman dan beramal soleh perlulah kembali kepada ilmu yakni ilmu fardhu Ain tauhid, feqah, tasawwuf.

Malah jika Allah Ta’ala redha dengan amal sedikit yang dilakukan maka ia akan memperolehi pahala yang tidak pernah dicitakan/diimpikan tetapi jika Allah Ta’ala tidak redha walaupun banyak amal sekalipun tetap tiada nilai disisi Allah Ta’ala.

Lihatlah dengan mata hati semua yang ada pada kita adalah nikmat kurniaan daripada Allah Ta’ala malah kita dapat beramal dan belajar semua ini pun asbab taufiq hidayah daripada Allah Ta’ala.

Oleh itu, kita perlu menjaga amal supaya tidak jatuh kepada ujub yang dicela oleh Allah Ta’ala kerana nikmat yang Allah ta'ala berikan kepada kita ini, Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja terutama nikmat ilmu.

Dapat belajar dan faham serta beramal dengan ilmu itulah suatu nikmat yang sangat besar daripada Allah Ta’ala walhal hakiki kita ialah لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ. Maka disunatkan perbanyakkan menyebut la haula wala quwwata illa billahil aliyil adzimil untuk kita melihat segala yang ada pada kita ini semuanya kurniaan daripada Allah Ta’ala.

Membilang besar amal yang ada pada diri itu bukan jalan yang sebenar malah tidak takut sama ada Tuhan redha ataupun tidak maka itulah yang dipanggil ujub.
Tetapi jika membilang besar pada amal tetapi tidak lupa semuanya itu kurniaan daripada Allah Ta’ala serta takut nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa dan takut Allah Ta’ala tidak redha padanya maka itulah yang dipanggil dzikrul minnah yakni satu sifat kepujian yang perlu ada dalam diri penuntut ilmu khususnya.

Kita menyangka belajar ini mudah tetapi bagi yang Tuhan sempitkan jalan baginya maka ia akan menjadi payah. Permulaan bagi orang baru yang hendak belajar adalah sangat sukar untuk faham maka disitulah perlunya sabar, inshaa Allah lama-kelamaan Allah Ta’ala akan buka kefahaman itu kerana ‘boleh faham’ dan ‘tidak faham’ semuanya itu kurniaan daripada Allah Ta’ala.

Maka nikmat belajar ini adalah bahagian masing-masing dan boleh beramal pula itu pun bahagian masing-masing yang telah Allah Ta’ala tetapkan dan ianya bahagian nikmat pemberian kurniaan daripada Allah Ta’ala, hakikinya kita tidak ada apapun.

Pesanan untuk penuntut ilmu:
1. Belajar molek kerana kita nak redha Allah Ta’ala.
2.Jika nak beramal semuanya berbalik kepada ilmu (mengikut panduan syarak) bukan mengikut perasaan ataupun mengikut rasa sedap ataupun bukan mengikut budaya.
3. Kita beramal untuk mendapatkan redha Allah Ta’ala maka kita perlu mengikut hukum yang telah ditetapkan kpd kita.
4. Ilmu yang sedikit tetapi disusuli dengan adab akan menjadi sangat bermanfaat berbanding ilmu yang banyak tapi kurang adab umpama ladang yang luas tapi kering kontang (tiada manfaat).

Setiap dari kita berjuang untuk mendapatkan ilmu. Ada yang mudah sangat diberi kefahaman walaupun hanya beberapa tahun menimba ilmu tetapi ada juga yang masih terkapai² walaupun dah berpuluh tahun menimba ilmu. Apa jua ujian jangan sesekali berundur kerana “Orang yang tidak duduk di dalam majlis ilmu selama 40 hari dikhuatiri matilah hatinya.”

Biarlah lambat asalkan hasilnya bermanfaat!

Wallahula’alam Ta’ala

✍️Nukilan Faqirah
٥ Ramadhan ١٤٤٥

Posting asal
https://www.facebook.com/share/M78PrDwv7hx7EJ2i/?mibextid=oFDknk

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

9 months, 2 weeks ago

DUNIA

Murobbina Al Alamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala mengatakan maksud kalimah dunia itu daripada bahasa Arab "Daniyyun" - rendah, jadi dunia itu rendah. Dunia itu rendah kedudukannya.

Beliau mengkisahkan;

Apabila Nabi Adam a.s memakan buah khuldi, maka perut Baginda merasa sakit untuk buang air. Mana mungkin syurga dijadikan tempat untuk buang air. Maka diturunkan kedunia (bumi) untuk melepaskan hajat Beliau. Jibril a.s mengunakan secebis dari bulunya untuk membelah laluan buang air bagi Nabi Adam a.s.

Menangis Nabi Adam a.s apabila yang keluar adalah najis yang berbau busuk. Dunia hanyalah sekadar tempat untuk buang najis yang berbau busuk.

Ibunda Siti Hawa pula apabila diturunkan kebumi, akibat makan buah khuldi, maka perutnya sakit dan keluarlah haidnya. Dunia hanyalah sekadar tempat untuk buang darah kotor.

Iblis pula apabila dihumban keluar, maka terkencing-kencing ia dimukabumi, dan tumbuhlah dari kencingnya itu tumbuh-tumbuhan yang memabukkan, termasuklah tembakau (sekarang dibuat rokok).

Dan daripada dunia itu, manusia berterusan bergaduh dan saling sakit menyakiti kerana berterusan merebut akan dunia, tempat yang dijadikan untuk buang air.

#Cnp group selawat akhwat selawat Alfatih ?

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 days, 9 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 6 days, 2 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks ago