Pemburu yang diburu.
Last updated 6 days, 7 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 1 week ago
🥲 Anak suka jeles? 🥲
Saya baru sampai Malaysia ni. Jadi harini saya baru free sikit nak menulis
Bab anak jeles ni normal je tapi akan jadi tak ok bila dah jadi HASAD & IRI HATI
Apa itu Hasad & Iri Hati ni?
Tak boleh tengok orang lain dapat nikmat dan nak nikmat tu hilang daripada diri orang tu‼️
Ini yang bahaya. Sebab ianya buatkan hati anak kita jadi sakit dari dalam.
Lagi lagi kalau hasad & iri hati sesama adik beradik sendiri 😢
Sebab tu kita kena ajar anak kita :
🤗 Cara kenal sifat iri hati
🤗 Cara halau sifat iri hati
Belajar sesuatu?
*Maaf tak dapat nak post sangat di sini beberapa hari ni sebab saya sekarang berada di Masjidil Haram.
Saya doakan semua mak mak yang ada di sini diberikan rezeki oleh Allah untuk ke sini dalam masa terdekat
Amiin 🤲*
🫤 Rasa diri LOSER? 🫤
Kadang mak mak ni rasa dirinya LOSER sebab :
👉 Stuck & terperangkap di takuk yang lama
Sebab tu walaupun surirumah sepenuh masa sekalipun tetap kena buat Daily-Self Improvement contohnya :
🌿 Baca buku setiap pagi
🌿 Tambah hafalan Al-Quran
🌿 Mengaji agama secara online
🌿 Menulis & buat konten baik² di medsos
dan banyak lagi. Yang penting kena tetap GROW & IMPROVE setiap hari. Deal? 🤝
🥴 Anak Moody? 🥴
Jangan risau jika ada anak yang mudah berubah emosinya & selalu Moody
Boleh jadi dia sedang membentuk Emotional Intellect yang tinggi
Cuma anak yang Moody ni perlukan 5E ini dari kita :
E1 - Emphatize emosi yang dia rasakan contohnya :
"Mama faham awak tengah marah"
E2 - Encourage expression - Galakkan dia luahkan emosi dia melalui perbualan, lukisan dll
E3 - Establish Routine - kadang moody anak ni datang daripada rutin yang selalu berubah-ubah
E4 - Empower with Choices - kadang kena bagi mereka buat pilihan sendiri
E5 - Engage in Play - kadang kena banyak bergurau senda dengan mereka. Jangan terlalu serius ok? 😬
🥵 Anak strong-willed?* 🥵***
Mak ayah semua kena tahu 3 tanda utama anak strong-willed
Susah dengar cakap
Kemahuan dia sangat kuat. Susah nak ubah dah kalau dia nak sesuatu
Dia susah nak mengalah kalau dia nak capai sesuatu
Jangan risau, anak yang ada karakter introvert & ada sense of leadership yang tinggi memang kebanyakan agak Strong-Willed
Anak strong-willed ni perlukan 5R dari kita :
R1 - Respect their opinions
R2 - Reasoning kena lebih banyak daripada arahan semata
R3 - Remain consistent. Jangan banyak ubah ubah sangat rules
R4 - Redirect energy. Kena halakan kemahuan dia yang kuat tu pada sukan dll.
R5 - Recognize their strength. Jangan berhenti gali potensi dia
Best tak kalau saya share lebih banyak ilmu macam ni? Kalau best bagi 👍 sikit
#notaparentingTaufiqRazif
😍 Nak jadikan keluarga lebih harmoni tak? 😍
Suami paling kena tahu ilmu ni sebenarnya.
Antara rahsia keluarga harmoni yang tak ramai praktikkan adalah :
👉 Family meeting
Faham kadang kita nak buat semuanya sendiri tapi dengan berbincang & bermusyawarah dengan pasangan ianya akan buatkan si dia rasa dirinya :
🥹 rasa dirinya berharga
🥹 rasa dirinya penting
🥹 rasa dirinya dihormati
Contoh Family Meeting yang saya maksudkan adalah :
🤝 Berbincang secara agak formal
🤝 "Sayang jom meeting kejap. Jom kita bincang pasal anak-anak jap"
🤝 Saling minta pandangan pasangan
🤝 Hargai pandangan & idea pasangan
Mahal tau ilmu ni sebab bermusyawarah ni adalah salah satu Sunnah Baginda Nabi SAW yang tak ramai perasan 🫰
😅 Pening bila anak selalu BERGADUH? 😅
Anak selalu bergaduh ni sebenarnya menunjukkan mereka ada STRONG PERSONALITY yang cuba untuk hidup bersama
Cuma mereka ni perlukan PERHATIAN yang cukup je supaya dalaman mereka rasa CONTENTED (rasa cukup, damai dan tenang)
Itulah kenapa anak anak ni perlukan :
👉 Individul Attention
💥 Cari masa bersembang berdua
💥 Cari masa dating berdua
💥 Fokus satu persatu anak kita seolah olah ada waktu giliran
So dah tahu la kan nak buat apa lepasni? 🫰
🧐 Anak ROSAK ke bila kita bagi kasih sayang? 🧐
Anak TAKKAN rosak dengan banyaknya kasih sayang yang kita berikan pada dia
TAPI..🤔
Dia boleh rosak bila kita..
💥 Bagi semua yang dia nak lagi lagi bila dia TANTRUM
💥 Kita lebih pilih untuk penuhi hati dia dengan hadiah dan mainan padahal dia perlukan QUALITY TIME & PERHATIAN kita
💥 Kita hanya nak bersama dia bila dia behave semata sedangkan dia juga nak kita ada ketika dia bergelut dengan emosi yang lain
Belajar sesuatu yang mahal tak harini? 🫰**
#notaparentingTaufiqRazif
😒 Taknak anak yang tak reti bersyukur? 😒
Anak ni bila kita tak ajar dia untuk bersyukur dia akan mudah :
⛔ Merungut
⛔ Banding-bandingkan
⛔ Nak lebih lagi
⛔ Selalu rasa tak cukup
⛔ Tak pandai hargai penat lelah orang lain
Sebab tu lah saya sendiri jadikan rutin anak anak untuk sebut 3 perkataan ni :
i. "Terima kasih Allah"
ii. "Terima kasih Ummi"
iii. "Terima kasih Abi"
Dan saya pun akan selalu sebut perkataan terima kasih ni pada anak anak bila dia dah tolong saya buat sesuatu
Jom mulai harini jadikan perkataan ni sebagai Family Culture kita semua boleh? 😉👌
Eh dah weekend‼️
Ni lah masa terbaik nak baiki balik bonding kita dengan anak selepas seminggu kita kesibukan
Ni 7 idea kita boleh buat untuk baiki bonding dengan anak :
Spend masa 15 minit untuk fokus ? % pada setiap anak
Ajak anak tolong kita masak sama sama
Ajak anak shopping bersama harini
Naik skuter letrik sambil pusing taman dengan anak
Cuci kereta dengan anak sama sama harini
Buat DIY project atau eksperimen dengan anak harini
Bacakan buku pada anak sambil suruh anak lakonkan apa yang kita baca
Yang penting ambil masa untuk bergelak ketawa & senyum gembira bersama anak harini.
On ke tak on ni? Kalau ON bagi ❤️ sikit
Pemburu yang diburu.
Last updated 6 days, 7 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 1 week ago