The Novel

Description
⸙ Novelis for you 🌹

🥀 - create on ; 1 June 2021

◈ ━━━━━━ ⸙ ━━━━━━ ◈
⸙ EᑎᒍOY ᗩᑎᗪ ᕼᗩᑭᑭY ᖇEᗩᗪIᑎG , TᕼᗩᑎKYOᑌ !
◈ ━━━━━━ ⸙ ━━━━━━ ◈
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated hace 2 meses, 2 semanas

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated hace 3 semanas, 4 días

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated hace 1 mes, 1 semana

1 month, 1 week ago
1 month, 1 week ago

"Haish kau ni, comel betul lah... Kau tahu tak aku rindu gila, gila dan gila dekat kau" luah Zarul.

Aku sekadar tersenyum nipis. Dalam hati rasa macam nak terkeluar jantung ni. Oh pipi jangan kau derhaka pada tuan ya, kalau kau bertukar jadi merah aku janji akan makan lagi biar kau makin besar.

"Ye ke rindu?" Tanya ku untuk mengelakkan diri daripada terus dihurung rasa malu yang menebal.

"Ye la, kau ni nasib kita tak halal lagi tau kalau dah halal memang aku peluk kau tak lepas" luahnya.

Aku sekadar tertawa kecil.

"Erkhem" dehem seseorang. Aku memandang ke arahnya dengan senyuman nipis.

Lupa lah pula yang ada orang lain dalam bilik ni.

"Kalau nak sweet-sweet pun jangan lah depan Dayah, huh" bentaknya.

"Iri bilang bos" kata ku dengan selamba.

"*Abang Zarul tengok tu"

"Rina.."*

Aku tergelak dengan teguran Zarul.

"Kak, jangan salahkan Dayah tau, ni semua rancangan abang Zarul, dia yang suruh Dayah berlakon. Cincin ni bukan dia yang bagi ni Zakwan yang bagi" kata Hidayah.

Aku sekadar tersenyum nipis. Sebelum tangan naik mencubit bahagian perut Zarul.

"Pandai eh awak, sengaja buat saya nangis bencinya!" Kata ku.

"Ye ke nangis?" Tanya nya.

End Arina pov.

🦋

"Babe!" Jerit Arina dari jauh. Rindunya dia pada kawan baiknya seorang ni.

Dian bangun dan memeluk Arina. Pandangan pelik dari orang keliling langsung tidak dihiraukan. Kisah apa aku.

"Rina... Rindunya dengan kau" kata Dian geram. Dah hampir tiga bulan mereka tidak bersua muka.

"Aku pun rindu kau" balas Arina.

Lantas itu Dian menjemput Arina untuk duduk. Dia dah order awal-awal untuk Arina. Tahu sangat yang Arina ni gemar makan nasi ayam dan air laici. Sepanjang mereka berkawan Arina memang akan order makanan itu.

"Kau belanja eh?" Tanya Arina.

Dian menjeling manja ke arah Arina.

"Tau dah, memang aku yang selalu belanja kau kan?" Tanya Dian.

Arina menayangkan gigi putihnya pada Dian.

"Makanlah, aku ada berita gembira nak bagi tahu kau ni" kata Dian.

Arina terus meletakkan sudu yang dia pegang ke dalam pinggan semula. Sekarang ni tumpuannya hanya pada Dian. Berita gembira apa tu?

*"Apa dia?"

"I'm pregnant!"* Kata Dian.

Serentak itu Arina menjerit suka.

Dian menahan mukanya dengan menggunakan beg tangannya. Malunya dengan perangai Arina ni.

"Seriously? Ahhh, congrats babe!" Kata Arina dengan kuat.

Orang yang berada di kedai makan itu memandang pelik dengan mereka. Dari awal sampai sekarang mereka asyik berbual dengan kuat. Oops bukan mereka tetapi Arina seorang sahaja.

Hampir  2 jam mereka bersembang.  Hari telah semakin lewat. Jadi Arina meminta diri terlebih dahulu untuk pulang. Dia telah berjanji dengan abahnya untuk keluar makan malam bersama dengan pak cik nya.

"Aku balik dulu tau Dian, nanti aku sleep over dekat rumah kau ye" kata Arina.

Dian menganggukkan kepalanya. Mereka bersalaman dan berpelukan sebagai tanda selamat tinggal.

Dian memandang belakang badan Arina dengan senyuman.

Sejurus itu dia terus ke kaunter untuk membuat bayaran. Selepas selesai membuat bayaran kakinya melangkah ke parking lot yang menempatkan kereta BMW milik dia.

Sedang dia berjalan, dia merasakan bahawa ada orang mengikut langkahnya. Semakin lama semakin dekat dia mendengar bunyi tapak kaki yang datang ke arahnya.

Dia menepis rasa tidak sedap hati, dengan laju dia berjalan ke arah keretanya.

Kenapa macam jauh sangat je kereta aku ni? Gumamnya sendirian.

Bukk!

Satu hentakan kuat hinggap di kepalanya. Pandangan menjadi kabur.

Di saat itu dia hanya nampak bayangan seorang lelaki yang memakai topeng dan dapat dia dengar bunyi hon van.

Setelah itu, semuanya gelap dan kabur.

1 month, 1 week ago

Arina pov

Panas! Bukan sahaja cuaca yang panas tapi hati ni pun panas juga. Geram betul lah.

Kata dah lantik Hidayah tu as kopi lady now aku juga yang kena buat air. Tak guna betul lah.

Cawan yang berisi air kopi itu dihentak geram ke atas meja kerja Zarul.

Pandangan tajam dari Zarul langsung tak dihiraukan. Ada aku kisah? Nak bercinta pun tak payah lah menyusahkan aku.

"Kak Rina kenapa?" Tanya Hidayah polos.

Kak Rina? Huh aku bukan kakak kau lah.

Senyuman palsu ditayangkan.

"Tak ada apa, cuma panas" balas aku.

"Dah berambus kita orang ada benda nak bincang" arah Zarul.

Aku hanya memandang dia dengan senyuman dibuat-buat.

"Encik Zarul, saya tahu yang encik ni bos dekat syarikat ni, tapi kalau perangai encik yang suka date tak kena tempat dan waktu ni saya rasa syarikat ni boleh lingkup. Apa kata kalau encik dan cik Hidayah pergi date dekat tempat lain, saya ni naik rimas tau tengok" kata aku geram. Nak je aku ketuk kepala mamat ni. Apa susah sangat ke nak faham yang aku tengah cemburu.

Eh kejap dia bukan ingat aku macam mana dia nak tahu yang aku ni cemburu ke tidak.

"Ada masalah ke kalau aku nak date dekat mana pun?" Tanya Zarul dengan senyuman sinis. Sempat dia mengenyit mata pada Hidayah. Hidayah sekadar tersenyum kelakar.

"Sini, awak sini, saya dah tak boleh tahan dengan perangai awak. Kenapa saya rasa yang awak ni tak hilang ingatan ha?" Kata aku dan mendekati dia. Fail tebal yang berwarna hitam sempat aku capai sebelum dengan kuat aku mengetuk kepalanya itu.

`Aku dengar yang dia mengaduh sakit fikir aku peduli? Tidak sama sekali. Penat ni tahan sabar. Orang kata kalau nak bagi ingatan pulih kena ketuk kepala jadi aku ambil je lah apa yang ada untuk ketuk kepala dia.

Aku nampak juga yang Hidayah menayangkan riak risau. Tapi aku apa kisah.`

"Rina! Aku bos kau jangan macam-macam aku boleh pecat kau" marah Zarul. Sakit dikepalanya masih terasa.

"Berani ke awak nak pecat saya hmm?" Tanya aku.

"Berani lah asal pulak tak berani" balasnya.

"Pecatlah pecat, nanti saya nak ikut Danny balik Amerika. Awak kahwin lah dengan Hidayah ni, tapi kejap awak bukan kisah kan?" Tanya aku dengan sinis.

Dapat aku lihat riak wajah Zarul berubah kepada takut?

*"Siapa kata aku nak pecat kau?"

"Tak ada siapa kata tapi saya rasa, saya nak berhenti kerja lah. Lagi pun awak dah tak perlukan saya"* balas aku.

"Siapa kata aku tak perlu kan kau?" Tanyanya.

Aku nampak dia bangun dan perlahan-lahan mendekati aku sehinggakan jarak antara aku dan dia hanya lebih kurang 5 inci.

"Awak ni kenapa ha?" Tanya aku dan menolak dia supaya berjauhan dengan aku. Bukan apa risau jantung ni terkeluar tak nak masuk balik je.

Dapat aku dengar dia melepaskan keluhan berat. Tapi aku hanya membuat endah tak endah.

Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dari bilik kerjanya. Malas mahu berfikir lebih lanjut. Kalau Danny ada mesti sekarang dia akan bawak aku pergi makan. Haish... Teringat pula dekat dia. Apa agaknya khabar dia sekarang.

Lepas perjumpaan antara aku dan dia dua hari lepas, kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan antara kami dengan cara membuang nombor telefon antara satu sama lain bagi memudahkan Danny untuk move on.

Apa yang aku tahu Danny pergi sana dan tak tahu bila akan datang kembali. Aku harap yang kami akan berjumpa juga pada masa yang akan datang.

"Arina Khalisha!" Panggil Zarul.

Dengan malasnya aku memusingkan badan menghadap dia. Apa mamat ni nak? Nak sakitkan hati aku lagi ke?

"Huh... Arina malas dah aku berlakon hilang ingatan dekat kau, bukannya kau kisah pun" katanya.

Aku sekadar berpeluk tubuh dan menanti apa lagi yang bakal keluar dari mulutnya itu.

"Kau tak terkejut ke?" Tanyanya pada aku.

"Tak... Buat apa nak terkejut, saya dah tahu yang awak ni tak hilang ingatan pun" kataku

*"Macam mana?"

"Sebab awak kenal Dian, kalau awak kenal Dian maknanya awak akan kenal saya juga, lagi pun tak logik ya Encik Zarul Iskandar"* kataku geram.

Dia tergelak kecil. Aku memandang ke arahnya dengan tajam. Boleh pula dia gelak?

4 months ago

HEY SEMUA , ADA YANG MASIH MENUNGGU OR NEXT NOVEL ?

1 year ago

Yang nak join boleh click link. Boleh borak2

1 year ago
1 year ago

Untuk group whatsapp tak ada paksaan . Just nak borak2 jeee ?**

1 year ago

Sis nak buat group whatsapp , ada yang nak join ke ?**

1 year ago

Ataupunn , sis stop jer ? Bagi pendapat cepatt !!??

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated hace 2 meses, 2 semanas

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated hace 3 semanas, 4 días

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated hace 1 mes, 1 semana