Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

JAKIM

Description
Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago

2 weeks, 3 days ago
9 Adab Tuan Rumah Menganjurkan Rumah …

9 Adab Tuan Rumah Menganjurkan Rumah Terbuka

  1. Menganjurkan rumah terbuka mengikut kemampuan & jangan sampai berhutang

  2. Menetapkan masa yang sesuai supaya orang jauh turut dapat hadir

  3. Tidak membenarkan tetamu yang datang terlalu awal untuk makan dahulu supaya adil kepada tetamu lain

  4. Menghidang juadah sesuai dengan jumlah jemputan supaya tidak berlaku pembaziran

  5. Jemputan tidak melebihi juadah yang disediakan

  6. Tidak memainkan lagu dan nyanyian yang kurang sopan dan berlebih-lebihan sehingga mengganggu jiran

  7. Tidak mengasingkan tempat tetamu mengikut pangkat dan kedudukan

  8. Tidak berlebihan dalam hias rumah dan berpakaian sehingga takbur, riak dan sombong

  9. Memastikan keselamatan rumah terjaga bagi mengelakkan kemalangan kepada kanak-kanak

3 weeks, 2 days ago

Surah Al-Furqan ayat 74 mengandungi maksud memohon dikurniakan pasangan dan zuriat yang baik. Justeru, marilah kita bersama-sama menonton rancangan Bismillah setiap minggu. Selain dapat memperbaiki bacaan bersama panel jemputan Ustazah Siti Aisyah Baa'in pada minggu ini, penonton turut boleh memahami pengertian Surah Al-Furqan (ayat 74 -76) melalui tadabbur yang disampaikan oleh pengacara dan panel jemputan.

Saksikan Bismillah, 23 April 2024 (Selasa), pukul 6.00 petang hanya di TV1

3 weeks, 2 days ago
Fadhilat Puasa Hari Putih

Fadhilat Puasa Hari Putih

Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya: "Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari -hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun."

Riwayat Abu Daud (2449)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

3 weeks, 6 days ago

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
18 April 2024 / 9 Syawal 1445H

1️⃣ 28,531 Calon UPKK 2023 Raih 8A
PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperolehi A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.
https://alhijrahnews.com/28531-calon-upkk-2023-raih-8a/

2️⃣ 200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini
PUTRAJAYA: Seramai 200 ulama nusantara dijangka menghadiri Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
https://alhijrahnews.com/200-ulama-nusantara-dijangka-hadiri-persidangan-ulama-sedunia-mei-ini/

3️⃣ OIC Gesa Siasatan Jenayah Dilakukan Terhadap Israel Berhubung Tahanan Palestin
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa siasatan dijalankan terhadap semua jenayah yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
https://alhijrahnews.com/oic-gesa-siasatan-jenayah-dilakukan-terhadap-israel-berhubung-tahanan-palestin/

4️⃣ Isu Stoking Hina Islam: Mahkamah Batal Hukuman Terhadap Juruteknik, Arah Dipertuduhkan Semula
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik yang mengaku bersalah membuat hantaran berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya.
https://alhijrahnews.com/isu-stoking-hina-islam-mahkamah-batal-hukuman-terhadap-juruteknik-arah-dipertuduhkan-semula/

5️⃣ Amir Hamzah bincang isu kewangan Islam, halal bersama Sri Mulyani
JAKARTA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati di Washington, Amerika Syarikat (AS) termasuk mengenai kewangan Islam dan industri halal.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/04/1236261/amir-hamzah-bincang-isu-kewangan-islam-halal-bersama-sri-mulyani

6️⃣ Rombongan Pengantin, Jemaah Umrah Antara Penumpang Terkandas Di KKIA
KOTA KINABALU: Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, berikutan pembatalan penerbangan melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah dan Sarawak hari ini.
https://alhijrahnews.com/rombongan-pengantin-jemaah-umrah-antara-penumpang-terkandas-di-kkia/

7️⃣ Lebih 14,000 Kanak-kanak Dibunuh Di Gaza, Israel Telah Mengalahkan Hitler – Presiden Turkiye
ANKARA: Dengan membunuh lebih 14,000 kanak-kanak yang tidak bersalah di Gaza, Israel telah pun mengalahkan pemimpin Nazi Adolf Hitler, kata Presiden Turkiye pada Rabu.
https://alhijrahnews.com/lebih-14000-kanak-kanak-dibunuh-di-gaza-israel-telah-mengalahkan-hitler-presiden-turkiye/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM

1 month ago

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan agensi Kerajaan bagi memastikan keselamatan jemaah Malaysia terjamin.

#jakim
#alfalah
#MalaysiaMADANI

1 month ago
Fadhilat Puasa Sunat Enam Hari di …

Fadhilat Puasa Sunat Enam Hari di Bulan Syawal

Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.

(Riwayat Muslim, Kitab ash-Shiyam, Bab Istihbabu Shaumi Sittati Ayyami Min Syawwalin Ittibaa’an Li Ramadhana, no. 1164)

1 month ago
KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN
FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023

#upkk2023
#malaysiamadani
#pelanalfalah
#kafa

1 month, 1 week ago

Selalu kita dengar tentang cerapan saja kan ? Kali ni kita berkongsi ilmu berkaitan ciri-ciri anak bulan 🌓

#anakbulan #bulan #cerapan #raya #falak #astronomi

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago