JAKIM

Description
Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated hace 3 días, 21 horas

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated hace 5 días, 12 horas

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated hace 1 semana

5 days, 9 hours ago
JAKIM
5 days, 9 hours ago
Berbuat Baik Kepada Haiwan: Kisah Teladan …

Berbuat Baik Kepada Haiwan: Kisah Teladan dari Rasulullah SAW

Seorang lelaki yang sedang dahaga mengisi kasutnya dengan air dari perigi untuk diminum. Ketika dia keluar, dia melihat seekor anjing yang kehausan lalu dia memberi anjing itu minum dari kasutnya. Dengan perbuatan ini, dia bersyukur kepada Allah dan Allah SWT mengampuni dosa-dosanya.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Adakah kami juga mendapat ganjaran jika berlaku baik kepada haiwan?” Rasulullah menjawab, “Setiap yang bernyawa ada ganjarannya.” (HR al-Bukhari 2363)

Hidupkan rasa kasih sayang dan kebaikan, bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi juga kepada setiap makhluk ciptaan Allah SWT.

Semoga kita semua diberkati dengan ganjaran-Nya.

5 days, 18 hours ago
Sekalung Tahniah

Sekalung Tahniah

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atas kurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak 2024.

Semoga kurniaan ni menjadi dorongan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

1 week, 6 days ago
Pakaian Orang Beriman: Pilihlah Pakaian yang …

Pakaian Orang Beriman: Pilihlah Pakaian yang Mendapat Redha Allah SWT

Islam mengajarkan kita tentang batas-batas berpakaian, khususnya untuk menjaga maruah dan kemuliaan diri. Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang dua golongan ahli neraka yang antaranya adalah wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Peringatan ini mengajak kita untuk merenung dan memperbaiki cara berpakaian.

Berikut adalah ciri-ciri pakaian yang sesuai dengan ajaran Islam:

1️⃣ Tidak Terlalu Sempit atau Nipis - Pakaian yang tidak melekat pada badan dan tidak menampakkan susuk tubuh.

2️⃣ Tidak Menyerupai Lelaki - Hindari pakaian yang dikhususkan untuk kaum lelaki seperti seluar ketat atau pakaian maskulin.

3️⃣ Tidak Meniru Orang Kafir - Berpakaianlah mengikut adab Islam dan elakkan meniru pakaian yang melambangkan budaya atau kepercayaan yang bertentangan.

Marilah kita bersama-sama menjaga penampilan sesuai tuntutan agama. Pakaian bukan hanya soal gaya, tapi juga lambang ketaatan dan kehormatan kita sebagai umat Islam.

2 weeks ago
ALLAH SWT MEMUJI HAMBA-HAMBANYA YANG MENJAUHI …

ALLAH SWT MEMUJI HAMBA-HAMBANYA YANG MENJAUHI MAJLIS-MAJLIS YANG MELALAIKAN

Allah SWT memuji hamba-hamba-Nya yang menjauhkan diri daripada majlis-majlis yang melalaikan.

Ciri orang beriman adalah mereka yang memalingkan diri dari perkara lagha, seperti yang disebut dalam Surah al-Mu’minun, ayat 3 yang bermaksud :

“(Ciri orang beriman) adalah mereka yang memalingkan diri dari perkara yang lagha.”

Mari kita sama-sama berusaha menjauhi majlis yang tidak bermanfaat dan memperbaiki diri menuju keredhaan-Nya. Pilihlah majlis ilmu dan kebaikan, agar hidup lebih diberkati.

2 weeks, 1 day ago
JAKIM
3 months, 2 weeks ago

https://www.facebook.com/share/v/48CGgB2NdjzMCiNu/?mibextid=oFDknk

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated hace 3 días, 21 horas

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated hace 5 días, 12 horas

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated hace 1 semana