🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻
🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA
🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)
@software_application
Prinsip penting dalam ilmu Hadis dan ilmu Fiqh yang pernah diungkapkan oleh Imam Ibn Shihab al-Zuhri [m. 124H], ilmuwan Hadis lagenda era Salaf.
Imam al-Zuhri berkata:
وَلَيْسَ فِي كُلِّ شَيْءٍ نَجِدُ الْإِسْنَادَ
"Bukan semua benda kita jumpa sanad tentangnya." — Musannaf Abd al-Razzaq: bil. 1280 [j. 1/h. 332]
Adapun jika dinyatakan oleh seorang yang tidak berilmu dan tidak berautoriti, maka demikian menjadi asbab utama untuk kita menolaknya secara total.
Para ulama Salafi semisal Shaykh Dr. Salih b. Abdullah al-Usaymi juga pernah menyinggung isu ini apabila menyebut beberapa athar yang tidak/belum ditemui sanadnya, yang bahkan wujud dalam kitab-kitab pemuka Salafi, seperti kitab-kitab Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, dan sekalian para Imam al-Dakwah [al-Najdiyyah].
Keadaan seperti ini biasanya diungkapkan oleh para Muhaddithin dengan istilah: لا أصل له [tiada asal, iaitu tiada/belum dijumpai sanad baginya]. Juga dengan sighah: لم أقف على إسناده [Tidak/belum ditemui sanadnya]. Sebahagian mutaakhkhirin semisal Imam al-Zayla'i dalam Nasb al-Rayah, al-'Allamah Qutlubugha dan al-'Allamah al-Albani menggelarnya غريب | gharib, ganjil dengan erti kata: kerana tidak ditemui sanadnya.
Ketiadaan sanad belum semestinya melazimkan kebatilan makna dan isinya. Banyak faktor lain yang mesti diambil kira dari sudut Qarinah pelbagai instrumen dalil. Begitu juga untuk sesuatu perkara diamalkan, bukan semudah sekadar ada sanad yang sahih semata.
Dalil bukan sekadar nukilan Quran atau hadis. Manakala sumber bagi rekod Hadis juga terlalu luas. Gapaian para muhaqqiqin lebih luas berbanding kita, meski kita sudah miliki al-Maktabah al-Shamela. Itupun hanya di hujung jari, bukan seperti para Muhaqqiqun yang kesemuanya tersemat di hati.
Sesiapa yang membaca kitab-kitab Ibn Rajab al-Hanbali dalam kalangan al-Hanabilah, jua kitab-kitab ashab al-hawashi dalam kalangan al-Shafi'iyyah; pasti akan menyedari betapa luasnya akses gapaian mereka terhadap sumber premier, yang sudah pupus kini. Sumber sekunder dahulu sudah menjadi premier kini.
Gesaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ilmu Hadis menerusi kitab-kitab muktabar para Ulama dan Muhaddithin era salaf dan khalaf, serta tidak berpada dengan semangat sahih–daif yang dangkal semata-mata. Ilmu Mustalah al-Hadith tidak sekadar di batas permukaan itu.
✍️ Abu Faruq: Muhammad Adam Iman عُفِي عَنْهُ
وَمَا ادَّعَاهُ بَعْضُهُمْ مِنْ مَنْعِ إهْدَاءِ الْقِرَاءَةِ لِلنَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مَمْنُوعٌ مُخَالِفٌ لِمَا عَلَيْهِ الْمُحَقِّقُونَ
"Adapun dakwaan sebahagian orang yang melarang untuk menghadiahkan pahala bacaan Quran kepada Nabi ﷺ, adalah suatu keralatan dan bertentangan dengan apa yang dipegang oleh para [ulama] muhaqqiqun."
begitu juga dengan nas yang sama, al-'Allamah al-Qalyubi mengujarkan sedemikian rupa dalam Hashiyah beliau ke atas Kanz al-Raghibin [j. 3/h. 176].
– al-'Allamah 'Abd al-Hamid al-Shirwani menyatakan bahawa demikian juga adalah fatwa al-'Allamah Shams al-Din al-Ramli dalam al-Nihayah, dan al-Khatib al-Shirbini dalam al-Mughni.
al-'Allamah al-Shirwani berkata dalam Hashiyah beliau ke atas Tuhfat al-Muhtaj [j. 7/h. 75],
وَيَأْتِي آنِفًا فِي الشَّارِحِ كَالنِّهَايَةِ وَالْمُغْنِي جَوَازُ إهْدَاءِ ثَوَابِ الْقُرَبِ لِنَبِيِّنَا - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -
"Dan telah [kami] lampirkan sebentar tadi bersumberkan daripada pensyarah [al-Minhaj] seperti [di dalam kitab] al-Nihayah dan al-Mughni: tentang kebolehan untuk menghadiahkan pahala apa sahaja amal ibadat kepada Nabi kita, Muhammad ﷺ."
✍️ Abu Faruq: Muhammad Adam Iman عُفِي عَنْهُ
Sedekah al-Fatihah kepada Rasulullah ﷺ menurut lensa fuqaha al-Shafi'iyyah,
Kesimpulan: Fuqaha al-Shafi'iyyah menfatwakan amalan ini dibolehkan bersumberkan athar Salaf al-Salih dan bersumberkan sandaran hadis Nabawi.
Perincian tentang dalil sandarannya adalah seperti berikut,
وأما إهداء ثواب القرآن للنبي - صلى الله عليه وسلم - .. فمنعه ابن تيمية محتجا بأنه لا يتجرأ على الجناب الرفيع إلا بما أذن فيه ولم يأذن إلا في الصلاة عليه وسؤال الوسيلة، وخالفه الشيخ محتجا بأن ابن عمر رضي الله عنهما كان يعتمر عن النبي - صلى الله عليه وسلم - عمرا بعد موته من غير وصية.
"Adapun menghadiahkan pahala bacaan Quran kepada Nabi Muhammad ﷺ, amalan ini dilarang oleh [Shaykh al-Islam] Ibn Taymiyyah berhujahkan bahawa amalan ini tidak layak dengan ketinggian pangkat [baginda]. Pemberian yang dibolehkan hanyalah pemberian yang diizinkan, yang diizinkan pula hanyalah selawat ke atas baginda dan doa permohonan al-wasilah [ketinggian darjat] buat baginda.
Fatwa ini ditentang oleh al-Shaykh [Imam al-Subki] berhujahkan dengan [athar] Saidina Abdullah b. Umar yang pernah melaksanakan ibadat Umrah [kemudian menghadiahkan pahalanya] untuk Nabi Muhammad ﷺ, selepas kewafatan baginda tanpa wasiat [arahan] baginda [untuk melakukan seperti itu]."
وحكى في (الإحياء) عن علي بن الموفق- وكان في طبقة الجنيد-:أنه حج عن النبي - صلى الله عليه وسلم - حججا، وعدها القضاعي ستين حجة، وعن محمد بن إسحاق السراج النيسابوري: أنه ختم عن النبي - صلى الله عليه وسلم - أكثر من عشرة آلاف ختمة، وضحى عنه مثل ذلك.
"Dihikayatkan juga di dalam al-Ihya', daripada Ali b. al-Muwaffaq – beliau merupakan seorang ulama yang sezaman dengan Imam al-Junayd –, bahawa [Ali b. al-Muwaffaq] pernah beberapa kali melaksanakan ibadat Haji untuk Nabi Muhammad ﷺ, Imam al-Quda'i mengiranya sebanyak 60 kali Haji. Diriwayatkan daripada Muhammad b. Ishaq al-Sarraj al-Nisaburi, bahawa beliau pernah mengkhatamkan Quran kemudian [menghadiahkan pahala bacaannya] untuk Nabi Muhammad ﷺ, sebanyak lebih dari 10,000 kali khatam, dan beliau juga pernah melakukan sembelihan [kemudian menghadiahkan pahalanya] untuk baginda." انتهى
أجعَل دعائي كُله لَك
"Saya jadikan seluruh bahagian doa saya untukmu, [wahai Rasulullah]."
Lantas, Rasulullah bersabda membalas,
إِذا يَكْفِيك الله همّ الدُّنْيَا وهم الْآخِرَة
"Jika begitu, Allah pasti akan mempercukupkan keperluan dunia dan akhiratmu."
al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami menukilkan kalam al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Sakhawi, [al-Hafiz Ibn Hajar berkata:]
وَهَذَا الحَدِيث أصل عَظِيم لمن يَدْعُو عقب قِرَاءَته فَيَقُول: اجْعَل ثَوَاب ذَلِك لسيدنا رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم.
"Hadis ini merupakan dalil tunjang yang agung buat sesiapa yang berdoa selepas membaca Quran: "Ya Allah, jadikanlah pahala [bacaan Quran ini sampai] kepada junjungan besar kami, Rasulullah ﷺ."
– al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami di dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah [h. 12] juga turut menukilkan fatwa Shaykh al-Islam Zakariyya al-Ansari berkata,
فَأَما مَا ادَّعَاهُ من أَنه لَا يجوز إهداء الْقُرْآن للنَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فَالْحق خِلَافه بل يجوز ذَلِك
"Adapun dakwaan tidak boleh menghadiahkan pahala bacaan Quran kepada Nabi ﷺ; yang benarnya adalah yang sebaliknya, ia merupakan amalan yang dibolehkan."
– al-'Allamah Sulayman al-Jamal berkata dalam Hashiyah beliau ke atas Sharh Minhaj al-Tullab [j. 4/h. 67],
Amalan hari Jumaat:
• selawat ke atas Nabi ﷺ,
• mentadabburi al-Quran,
• menziarahi kubur (ingat mati & kiamat),
• solat Jumaat (bagi lelaki),
• doa keunggulan Islam dan sunnah.
Lihat dalil-dalil berupa ayat al-Quran, hadith-hadith dan athar para Salaf, wahai sekalian Ahli Sunnah.
• Allah berfirman,
وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجۡتَبِي مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُۖ
"Allah tidak membuatkan kalian dapat melihat perkara ghaib, namun Allah memilih dalam kalangan Rasul-Nya sesiapa yang Dia hendaki (untuk diberitahu tentang perkara ghaib)." –2:179
Abdullah b. Abbas berkata, "Allah menunjukkan perkara ghaib kepada para Rasul-Nya, dan Rasul yang paling agung dan dicintai-Nya oleh Muhammad ﷺ." (maka, sudah tentu Allah mengajarkan baginda ilmu yang lebih berbanding selain baginda).
• Rasulullah ﷺ bersabda,
أَتَانِي اللَّيْلَةَ رَبِّي في أحْسَنِ صُورَةٍ أحْسَبُهُ قالَ: في المَنامِ فَقالَ: يا مُحَمَّدُ، هَلْ تَدْرِي فِيمَ يَخْتَصِمُ المَلَأُ الأعْلى؟ قُلْتُ: لا، فَوَضَعَ يَدَهُ بَيْنَ كَتِفَيَّ حَتّى وجَدْتُ بَرْدَها بَيْنَ ثَدْيَيَّ -أوْ قالَ: في نَحْرِي- فَعَلِمْتُ ما في السَّماواتِ وما في الأرْضِ.
"Aku bermimpi bertemu Tuhan dalam rupa yang terindah seraya berkata kepadaku, "Wahai Muhammad, adakah engkau tahu apa yang diperselisihkan oleh malaikat alam tinggi?" Aku berkata, "Tidak." Lalu, Allah meletakkan Tangan-Nya di antara dua bahuku hingga dadaku terasa sejuk, lantas aku mengetahui segala perkara di segenap lapisan langit dan segala perkara di bumi." –Ahmad, Tirmidhi
dalam riwayat lain: فَتَجَلَّى لِي مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ [lantas, terjelmalah di hadapanku segala perkara di langit dan di bumi].
• Penyair Rasulullah, Saidina Hassan b. Thabit berdendang selepas kewafatan Rasulullah,
يدلّ على الرحمن من يقتدى به... ويُنقذ من هول الخزايا ويرشد
"Sesiapa yang menuruti baginda, akan berhasil sampai bertemu Tuhan al-Rahman,
dan bagindalah yang menyelamatkan manusia daripada kesusahan dan kehinaan, baginda jualah yang menunjukkan jalan."
• Saidina Anas b. Malik menceritakan, ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah seraya berdendang,
وليس لنا إلّا إليك فرارنا... وأين فرار الناس إلا إلى الرّسل
"Kami tiada sesiapa kecuali engkau (wahai Rasulullah) untuk kami lari meminta tolong,
Dan siapa lagilah tempat manusia minta tolong melainkan kepada para Rasul?"
• Sadina Sawad b. Qarib berdendang dalam syair beliau,
وكن لي شفيعًا يوم لا ذو شفاعة... بمغنٍ فتيلا عن سواد بن قارب
"Jadilah pemberi syafaat buat diriku pada hari yang tiada pemberi syafaat
atau pemberi manfaat sedikitpun (kecuali dirimu), (syafaatkan daku) buat Sawad b. Qarib."
dan sekian banyak syair para Sahabat baginda, yang memuji keagungan dan kemampuan baginda, jua mengharap syafaat baginda samada ketika baginda hidup mahupun selepas kewafatan baginda.
Agar hati kita tidak berprasangka kepada para Imam kaum Muslimin lantas bermudah-mudah menuduh.
✍ M. Adam Iman
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللهِ
Mujahid b. Jabr tafsirkan: بمحمد ﷺ وأصحابه, iaitu dengan mengingati Nabi Muhammad SAW dan sekalian sahabat baginda.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66. #MalaysiaMADANI
Martabat tertinggi ialah kekal menuruti Rasulullah ﷺ dengan lapang dada dan tenang, di kala syahwat intelek dan akal logika menjalar.
Allah berfirman,
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya demi Tuhanmu, mereka sama sekali tidak beriman sehinggalah mereka merujukmu (wahai Rasulullah) sebagai pemutus dalam setiap perkara yang berlaku dalam kalangan mereka; kemudian mereka tidak berasa iri dengan apa yang engkau tetapkan, dan berserah diri menerimanya dengan sebenar-benar penerimaan." –Nisa: 65
Berhenti di mana Salaf berhenti ialah ketakwaan dan keselamatan, kata Imam al-Awza'i.
الورد اللطيف.pdf
PENGUMUMAN DAWRAH TAFSIR QISAR MUFASSAL DARIPADA AL-QURAN
Abu Faruq: Adam Iman akan menganjurkan Seminar [Ar: Dawra | دَوْرَة] Tafsir & Tadabbur al-Quran.
Kita mulakan dengan surah-surah pendek, lazim dan asas. Yang biasa kita baca.
Yang pendek tapi sebenarnya power, underrated. Ketahui keutamaan dan potensi sebenarnya bersama kami.
Nantikan!
✍ Abu Faruq: M. Adam Iman
🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻
🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA
🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)
@software_application