Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 2 weeks ago
Selepas iman, kekuatan kedua yang menjadi khazanah ummah ini adalah ukhuwah dan persaudaraan.
Kerana itu seorang pendakwah dan murabbi perlu bekerja keras untuk mempertautkan hati kaum muslimin atas dasar iman ini.
Ia turun padang, bergaul dengan penuh minat, bertanya khabar, membantu dan benar-benar hadir dalam kehidupan sasaran dakwah dan tarbiahnya.
Namun harus diingat, prinsip paling asas dalam mempertautkan ukhuwah ini ada pada ayat berikut:
{ وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٞ }
[Surah Al-Anfāl: 63]
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Kerana itu, setelah berhempas pulas, bermuayashah, bergaul dan pelbagai usaha, kembalikan urusan hati ini kepadaNya. Dialah yang memiliki dan mengawal hati-hati kita.
Tarbiah Daily
https://t.me/tarbiahdaily
Bulan Rejab yang digandakan pahala bagi setiap amal soleh dan juga dosa yang dilakukan pada bulan tersebut lebih besar balasannya berbanding bulan-bulan yang lain.
Ini berdasarkan kenyataan Ibn Abbas RA yang menyebut,
“Allah SWT mengkhususkan empat bulan tersebut sebagai bulan haram, dianggap sebagai bulan suci, melakukan maksiat pada bulan tersebut dosanya akan lebih besar dan amal soleh yang dilakukan mendapat pahala yang lebih banyak.”
[Ibnu Rajab al-Hanbali]
Imam al-Syafi’i juga pernah menyatakan bahawa doa akan dikabulkan oleh Allah SWT pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha dan Aidilfitri, malam pertama Rejab dan malam nisfu Syaaban.
Ketika ramai memilih untuk berada di masjid menyambut kehadiran tahun baru 2025, tidak kurang ada juga yang berkonsert sana-sini.
Kerana itu jaringan tarbiah yang syumul, bersih dan bersifat mengubah (taghyir) perlu digiatkan oleh pencinta ilmu dan kebenaran. Agar wangian wahyu mampu menyaingi keindahan al-hawa yang palsu itu.
Tarbiah Daily
https://t.me/tarbiahdaily
3 Golongan Manusia
Bila kita turun padang bergaul dengan umat, kita akan dapati ada 3 golongan manusia.
1⃣ Golongan yang bermaksiat
2⃣ Golongan yang menasihati
3⃣ Golongan yang senyap
Walaupun kita nampak banyak kerosakan, kemaksiatan berleluasa dan macam-macam gejala tak sihat, sebenarnya Golongan 1⃣ tidaklah ramai.
Yang tidak terlibat dengan kerosakan ini lebih ramai. Namun ramai dalam kalangan mereka memilih untuk menjadi golongan 3⃣ yang mendiamkan diri.
al-Quran merakamkan perbualan antara Golongan 2⃣ dan Golongan 3⃣.
Firman Allah:
وَإِذۡ قَالَتۡ أُمَّةٞ مِّنۡهُمۡ لِمَ تَعِظُونَ قَوۡمًا ٱللَّهُ مُهۡلِكُهُمۡ أَوۡ مُعَذِّبُهُمۡ عَذَابٗا شَدِيدٗاۖ قَالُواْ مَعۡذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
-Surah Al-A'raf, Ayah 164
Golongan 3⃣ tanya kepada Golongan 2⃣, buat apa sibuk-sibuk nak nasihat, dakwah dan cuba betulkan Golongan 1⃣ ni yang macam dah tiada harapan.
Ini jawapan Golongan 2⃣:
Apabila ditanyakan kepada mereka, mereka menjawab "..untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
Sangat halus teguran ini apabila mereka menjawab untuk melepaskan diri dari "Tuhan kamu", dan bukannya frasa "Tuhan kami".
Sebenarnya tuhan mereka sama iaitu Allah swt.
Dengan menyebut "Tuhan kamu" ia memberi gambaran bahawa kewajiban ini bukan hanya untuk mereka.
Kumpulan yang bertanya iaitu Golongan 3⃣ juga perlu ambil bahagian dalam tugas dakwah ini untuk menjawab soal jawab dengan Tuhan mereka.
Jadi kita ini golongan yang mana?
Tarbiah Daily
https://t.me/tarbiahdaily
Kutaib (kitab kecil) untuk menyegarkan para pendidik, murabbi sekalian 😇
Tarbiah Daily
https://t.me/tarbiahdaily
Pemuda Tanpa Sabwah: Melawan Arus Biasa
Sambil menanti program sendiri bermula, Allah izin, saya sempat menyelit sebentar di Masjid UKM, bertemu siswa-siswa UKM dan peserta jaulah dari Johor. Usai Jumaat di Setia Alam, terus bergerak ke sini. Masjid ini cukup dekat di hati, penuh dengan memori kenangan. Kali ini, saya diamanahkan untuk berkongsi sedikit nasihat dengan adik-adik yang hadir.
Tak sempat prepare panjang-panjang, cuma berkongsi dalil-dalil ringkas tentang kelebihan pemuda, bermula dengan ayat-ayat dari Surah Al-Kahf. Surah ini bukan hanya rutin bacaan hari Jumaat, tapi sarat dengan pengajaran besar, khususnya untuk mereka yang hidup di akhir zaman. Para ulama’ membahagikan surah ini kepada empat ujian besar:
Fitnah Agama – Kisah Pemuda Kahf.
Fitnah Harta – Kisah Pemilik Kebun.
Fitnah Ilmu – Kisah Nabi Musa AS dan Khidir AS.
Fitnah Kuasa – Kisah Zulkarnain.
Perhatikan, yang paling berat di antara ujian ini adalah fitnah agama – dan siapakah yang sering menjadi sasaran utama? Pemuda. Kita lihat realitinya hari ini: golongan muda berada di tengah-tengah medan ujian agama yang dahsyat.
---
Pemuda Tanpa Sabwah: Inspirasi Hadis
Rasulullah SAW pernah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَعْجَبُ مِنَ الشَّابِّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَة
“Sesungguhnya Allah benar-benar kagum terhadap seorang pemuda yang tidak memiliki sabwah.”
(HR Ahmad)
Apa maksud sabwah?
الشاب الذي لا يتبع هواه، فيعتاد على فعل الخير ويجتهد في اجتناب الشر
Pemuda tanpa sabwah adalah pemuda yang tidak memperturutkan hawa nafsu – seorang yang menjadikan kebaikan sebagai rutin hidup, dan dengan bersungguh-sungguh menjauhi keburukan.
Bila sebut kagum dan takjub, ia adalah sesuatu yang digemari oleh orang muda. Appreciation dan recognition menjadi dambaan usia ini. Namun, apabila tidak mendapatkannya dari tempat yang betul, ada yang mula rebel dengan mak ayah, lari bersama kekasih, atau melakukan perkara melampau demi meraih perhatian dan pengiktirafan.
Tapi tiada recognition yang lebih tinggi daripada pengiktirafan Allah SWT. Jika diiktiraf canselor di pentas konvo pun sudah membanggakan, apatah lagi diiktiraf oleh Pemilik alam semesta. Namun, ini hanya dapat dirasai oleh pemuda yang ditarbiyah hingga hilang sabwah, menyedari bahawa appreciation dan recognition tertinggi datang hanya daripada Allah.
Dan ini hanya untuk mereka yang berjaya hilangkan sabwah dalam diri mereka.
---
Pemuda Melawan Arus
Nak lahirkan pemuda tanpa sabwah bukan mudah. Prosesnya penuh dengan perjuangan melawan arus kebiasaan yang menghidupkan hawa nafsu. Bayangkan apa yang pemuda ini lawan:
Ketika “couple” itu jadi norma biasa, dia memilih untuk mengawal perasaan demi redha Allah.
Ketika vape dan rokok jadi trend “cool”, dia bertegas melepaskan diri dari sebarang ketagihan.
Ketika game, Netflix, dan hiburan melalaikan jadi rutin ramai, dia mengisi masa dengan ilmu, ibadah, dan peningkatan diri.
Jadi bila pemuda sebegini dianggap “lain” atau “tak biasa,” jangan hairan. Memang hidup baik itu melawan arus. Dan sebab itu, bukan semua orang sanggup.
Saya sempat berseloroh tadi dengan mereka,
“Kalau hidup kita ni sama je dengan kebanyakan orang lain, tak strong lah kita. Tapi sabarlah kalau orang bajet-bajet kita ni pelik sebab nak jadi baik. Nak jadi baik ni bukan pilihan, faham tak? Faaahaaamm?”
---
Kuncinya: Tarbiyah Hati
Pemuda tanpa sabwah bukan dilahirkan, tetapi ditarbiyah. Hati mereka dibentuk dengan iman, diasuh dengan disiplin amal, dan dijaga dari racun-racun hawa nafsu. Walaupun susah, hasilnya pemuda ini akan jadi generasi yang kuat – generasi yang diiktiraf bukan hanya di dunia, tapi juga di akhirat.
Kepada adik-adik pemuda hari ini: pilihan di tangan kamu. Mahu jadi seperti kebanyakan orang, atau mahu menjadi pemuda yang Allah kagumi?
Pilihlah jalan yang tak mudah, kerana yang tak mudah itulah yang paling berharga.
Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://t.me/tarbiahdaily
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 2 weeks ago