Unlock a World of Free Content: Books, Music, Videos & More Await!

Dr. Ustaz Talhah Ajmain

Description
Advertising
We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
Website: https://www.memefi.club/
Chat: @memefi_chat

Last updated 5 days, 1 hour ago

📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our instagram page now!

✍️ Dianggotai 16 krew

📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

JOIN CHANNEL TELEGRAM UPUONLINE SESI 2024/2025 👉 https://t.me/upuonline2024

DISCLAIMER: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPUONLINE. HARAP MAKLUM‼️

Last updated 1 month, 2 weeks ago

2 months, 1 week ago

64/365

100 Tahun kejatuhan Kh4lifah.

Gambar ini ketika di Turkey yang lalu.

Teringat gambar ini, membuatkan diri ini menekuni semula derap langkah.

Lahirnya seorang Mujaddid dizamannya iaitu Sultan Al-Fateh dari pasakkan didikan yang serious oleh ayahnya Sultan Murad II.

Jika bukan kita, moga diri ini, diri kita menjadi penyumbang dalam melahirkan "mujaddid" kini. Kerana disitu ada bantuan ilahi keatas kita.

Surah Ghafir ayat 51, Allah SWT berfirman:

إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
“Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari tampilnya para saksi (hari Kiamat).”

Boleh ikuti di Telegram: https://t.me/usttalhahajmain

2 months, 1 week ago

63/365

Cikgu Lakarani, Tawau, Sabah.

"Rare" ayah-ayah yang selfie.

Kata beliau, "saya ni hanya melakar anak murid sahaja. Biar ambil gambar ini pun saya yang ambil.. sebab itu nama saya Lakarani"

Subhanallah, seorang Cikgu Matematik. Namun, anak-anaknya terdidik disana sini.

Itulah murnikan amal seorang cikgu. Kita hari ini, ada "saham" daripada mereka.

Anak-anaknya sendiri 6 orang, ada beberapa Huffaz, ada sambung Postgraduate, ada di semenanjung.

Setiap anaknya, diberi task. Sebelum keluar pergi ke kuliyah atau kerja setiap hari, pastikan telah murojaah 1 Juz al-Quran.

Harapan beliau, bukan sahaja ingin menjadikan "anak yang Solleh" , kerana katanya terhad untuk pahala ibu dan ayah sahaja, beliau inginkan anak-anaknya menjadi "pemimpin yang Solleh", agak manfaatnya buat ummah dan lebih ramai.

Salam dari bumi dibawah bayu. Kenyang sudah pagi ni juadah pagi "rohani".

Oh ya, suasana di Taman Wawasan Tawau Sabah ini seperti jika di Selangor adalah di "Shah alam".

Boleh ikuti di Telegram: https://t.me/usttalhahajmain

2 months, 2 weeks ago

62/365

Muslim Siblings Brotherhood !

Menjaga silaturrahim itu adalah sebuah seruan, dimudahkan rezeki dan asbab ke Syurga.

Allah SWT berfirman:

وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu [Surah al-Nisa’, 1]

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” [Riwayat al-Bukhari, 5986; Muslim, 2557]

Rasulullah saw juga bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وصلوا الأرحام وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ، تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ

Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.” [Riwayat Ibnu Majah, 3251]

Boleh ikuti Telegram: https://t.me/usttalhahajmain

3 months, 2 weeks ago

26/365

Musafir: Universitas Negeri Padang (UNP)

Berbandingan, mengambil hikmah dari Negara Jiran di Padang Indonesia.

UNP, adalah Universiti yang terkedapan dalam Pendidikan di Indonesia.

Lokasi: Jalan Prof Dr Hamka Kampus Air Tawar Padang Sumatera Barat, Kota Padang - Prov. Sumatera Barat - Indonesia

Bersama rombongan musafir (safar) termasuk salah seorang dalam gambar ini, Saudara Abdul Jalal dari Kulai. Kami mula mengenali rapat sejak 2017 di Masjid Ar Rahman Taman Putri (MARTP) . Kali ni, bawa beliau musafir bersama. Bermula dari desa ke luar Negara

Musafir berasal dari kata bahasa arab, “safar” bermaksud “nampak”. Disebut demikian keraba Safar atau melakukan perjalanan (jauh) selama beberapa hari, nescaya akan menampakkan sifat sebenar dan akhlak seorang musafir (Lisanul Arab 4/368), Adakah beliau seorang penyabar, ringan tulang, santun memiliki pergaulan sosial yang baik dan tetap berakhlak hasanah; atau sebaliknya seorang yang kurang memberi, pentingkna diri, pemarah dan ego. Sebab itu disebut "safar" (musafir) kerana ia menampakkan akhlak seseorang (Al-Jami’ li akhlaq al-rawi wa adab al-sami’ 1793).

Usai 2 hari musafir di negara jiran. Moga berbaki hari, diberi sebanyaknya lagi hikmah disebalik dari musafir ini.

Boleh ikuti di Telegram: https://t.me/usttalhahajmain

3 months, 2 weeks ago

25/365

Tarbiah (Didik) anak menjadi "Pemuda" Waja.

Gilap mereka (anak²) untuk bercakap, berbincang, beri peluang, berani berhujah, jika salah sekurang ia telah mencuba bukan pasif, dan bagi akalnya berfikir.

Hanya tinggal ibu ayah dan Masyarakat sahaja perlu sabar membentuk mereka.

Bekas Presiden Indonesia, iaitu Soekarno pernah mengungkapkan sebuah kata-kata, “Berikan saya 10 orang pemuda berjiwa waja, nescaya akan saya gegarkan dunia”. Pemuda ada nilai yang tiada pada usia yang lain. Kata-kata beliau merujuk kepada 10 orang pemuda yang ada nilai dan berjiwa waja. Mungkinkah 10 orang itu merujuk kepada 10 orang sahabat Nabi? Wallah hualam. Namun menarik untuk kita lihat 10 orang sahabat nabi pula.

Jika kita perhatikan 10 sahabat nabi yang dijamin Syurga, usia mereka adalah dalam linkungan pemuda belia sebelum usia 35 Tahun (Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP).

Misalnya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq (37 Tahun, Menurut Ibn Hajar dalam Fathul Bari), Umar al-Khattab (27 Tahun, Menurut As-Suyuti dalam Tarikh al-Khulafa’), Saidina Uthman Ibn Affan (34 Tahun menurut Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah), Saidina Ali Ibn Abi Talib (10 Tahun, menurut Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah), Saidina al-Zubair al-Awwam (16 Tahun menurut al-Zahabi dalam Siyar a’lam al-Nubala), Talhah bin Ubaidillah (16 Tahun menurut Ibn al-Mubarrad), Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah (26 tahun menurut Ibn Hisham), Saidina Saad in Abi Waqas (19 Tahun menurut al-Mubarrad), Saidina Abdul Rahman bin Auf (30 Tahun menurut Ibn Ishaq), Said bin Zaid (13 tahun menurut Ibn al-Mubarrad).

Umur paling muda 10 Tahun, paling tua Belia 37 Tahun. Kerana itu, Pemuda itu ada nilai dan Harga". Pelaburan "sabar" yang berbaloi Insya Allah.

P/s: Persembahan anak-anak staf Akademi Tamadun Islam / Academy of Islamic Civilisation ketika Majlis Ghazz4 di I-Fest 2023. 20-30 Tahun lagi, mereka pula disini mengantikan kami mendidik anak watan.

Boleh ikuti di Telegram: https://t.me/usttalhahajmain

3 months, 2 weeks ago

24/365

Alhamdulillah. Haza min Fadhli Robbi.

Setelah hampir 2 Tahun, proses untuk published Paper Scopus Q3 dalam bidang Pendidikan Islam (Sirah) di Jurnal IJERE.

Moga dapat menyumbang dalam bidang, Pendidikan Islam terutama Pendidikan Sirah.

Moga juga menjadi option pilihan Jurnal ini pada mereka yang ingin terbitkan article index Scopus dalam bidang Sains Sosial.

al-Fatihah buat PM Dr Amina Aminabibi yang merupakan salah seorang penyumbang dalam artikel ini. Moga jariah buat beliau.

Link: https://ijere.iaescore.com/index.php/IJERE/article/view/26431

Boleh ikuti di Telegram: https://t.me/usttalhahajmain

5 months, 4 weeks ago

Allah hu Akbar, walillah hil hamd.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Terima kasih atas ucapan dan yang mesej berkaitan Ikon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN2023). Maaf kelewatan post disini juga.

هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
(Ini adalah limpah kurnia Tuhanku)

Berat bila ada istilah "ايکون" ini. Saya hanya berharap Allah beri kekuatan dan Istiqamah pada saya . Saya sebenarnya dari kecil seorang "Jundi Majhul" dan itulah juga saya idaman sampailah bila².

Namun, Qudwah kita, Rasulullah SAW beramal demikian, namun tetap akan dikenali kerana amal²nya.

Di dalam buku 100 Most Influential People in the World yang dikarang oleh pengarang Barat iaitu Michael H Hart menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah sebagai orang yang paling berpengaruh dalam segala aspek di dunia dan telah menjadi pemimpin agung serta pengaruhnya tetap akan dikenang sepanjang zaman (Diana Riski Sapitri Siregar, 2022). Berdasarkan firman Allah SWT:
َ
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) [Surah Al-Aḥzāb: 21]

Nak kena bagi tahu juga, keterlewatan post. Ada yang bertanya² ingin membaca posting saya, jarang sekarang (doakan kembali rancak semula ye)

Sebulan ni, fasa mencabar pada saya & anak² dikala ada anak yang kerap ke Hospital & Klinik dikala ini, untuk diberi perhatian pada kesihatannya.

Minggu terakhir ni, saya yang akhirnya "colleps". Alhamdulillah, setelah semua anak settle dahulu diuji kesihatan mereka. Insya-Allah, pasti ada hikmah dan kafarah buat saya.

Mungkin asbab "anak Syurga ini" juga, Allah hadirkan anugerah Ikon sebagai amanah & ingatan ini untuk saya lagi.

Gelaran ini sebenarnya "mengetuk" saya lagi akan tanggungjawab yang setiap kita galas sebagai Abid & Khalifah atas muka bumi ini. Apa yang sebenarnya telah dilakukan, dan apa yang telah kita siapkan!

"Ikon" itu perlu "Resilient". Untuk resilient perlu belajar dan melalui proses.

Mungkin inilah prosesnya. Setiap orang akan di uji, dan setiap orang Ujian yang Allah beri memang berbeza & memang itu "The Best" yang Allah beri untuk dia dan apa yang dia mampu, dan untuk membina resilient dia.

Insya-Allah, di post yang akan datang saya kongsikan, usaha kerdil yang dilakukan dalam membangunkan Remaja & Belia, agar lebih ramai lagi yang melakukan usaha Islah kebaikan ini dimana-mana (Sebenarnya ramai lagi yang layak, dan anda semua adalah ikon saya.. kerana setiap kita saling belajar dan melengkapi)

Oh ya, bagaimana saya tetiba tercalon? Dan apa niat asal saya? Saya pun gerak ke KL jam 3am pagi hari kejadian Pengumuman sebenarnya. Juga, pada post kemudian ye.

Kredit: Pada setiap gambar & video.

Boleh ikuti Telegram: https://t.me/usttalhahajmain

5 months, 4 weeks ago
Dr. Ustaz Talhah Ajmain
5 months, 4 weeks ago
6 months ago

Makin Recovery.

Maaf pada semua yang ada berhubung, andai lewat balas atau ada tak tersempat balas lagi.

Selama 2 minggu ni. Ulang alik klinik, hospital dan berjaga.

Pengalaman untuk kali ke-8, Huzaifah kena sawan. Cuma, kali ni berbeza sikit sebab dia kena sawan time tidur dan berulang kali ke-2 kena selang 4 jam, ketika badannya sejuk diluar (mungkin Panas dalam) dan mata putih atas 5 minit.

Bila Allah rezekikan warded ke Hospital lagi, banyak nasihat imaniyyah yang datang menerpa. Bersyukur seharusnya bila diuji, ada yang lebih berat dan trauma lagi.

Kerana Ujian itu, untuk muhasabah diri kita, sejauh mana kita dengan Allah.

{ أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ }

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [Surah Al-ʿAnkabūt: 2]

Memang anak itu sendiri Ujian buat ibu dan ayah. Dan dalam Hal ini... Lihatlah orang lain yang lebih hebat lagi di uji, seperti bagaimana Ujian Saudara kita di Ghazzah? Kecederaan mereka yang tiada ubat bius, tiada rawatan yang rapi, kecacatan yang kekal dan sehingga kematian.

{ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَٰذِبِينَ }

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. [Surah Al-ʿAnkabūt: 3]

Solusi? memang kena belek al-Quran, kita akan jumpa formula.

Ujian itu perlu sabar & Amal yang dekatkan diri pada Allah (Solat)

Ujian itu perlu dilalui dengan sabar, dan baiki semula hubungan dengan Allah.

Ujian itu perlu sabar dan kena buat sesuatu, bukan biarkan dan melayan perasaan.

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ }

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. [Surah Al-Baqarah: 153]

Boleh ikuti Telegram: https://t.me/usttalhahajmain

We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
Website: https://www.memefi.club/
Chat: @memefi_chat

Last updated 5 days, 1 hour ago

📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our instagram page now!

✍️ Dianggotai 16 krew

📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

JOIN CHANNEL TELEGRAM UPUONLINE SESI 2024/2025 👉 https://t.me/upuonline2024

DISCLAIMER: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPUONLINE. HARAP MAKLUM‼️

Last updated 1 month, 2 weeks ago