Dr. Ustaz Talhah Ajmain

Description
We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
@memefi_coin_bot
Website: https://www.memefi.club/

Last updated 5 months, 2 weeks ago

? one stop center for every pathway after spm
?️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
? do follow our tiktok page now!

? Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 2 months ago

Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍

Last updated 3 weeks, 5 days ago

2 weeks, 4 days ago

[Redho akan Takdir]*

Awal Tahun 2025. 

Kadang kita susun merancang, namun ujian satu persatu mendatang, untuk Allah menerangkan pada Hamba-Nya, "Allah lah sebaik2 perancang"

Kadang kita lelah bila ujian datang satu - satu, rupanya Allah hendak kita "tenang²" membelek Kalam Mukjizat, satu - persatu muka surat.

Maka, ditemukan ayat² dibawah ini. Ah, seakan baru kali pertama bertemu ayat tersebut.

Moga Ayat-ayat² al-Quran dibawah dan Hadis Nabi berkaitan ujian ini, memberi bekal buat kita semua yang membaca.

"Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." 
[Surah At-Taghabun (64:11)]

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya, dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan…'"
[Surah Al-Baqarah (2:286)]

"Dan sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, 'Innā lillāhi wa innā ilaihi rāji‘ūn' (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Surah Al-Baqarah (2:155-157)]

"Tiada suatu musibah pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput darimu dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
[Surah Al-Hadid (57:22-23)]

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, kerana semua urusannya adalah baik. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya."
[Hadis Riwayat Muslim (2999)]

Nabi ﷺ bersabda:
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa suatu musibah, lalu ia mengucapkan seperti yang diperintahkan oleh Allah, 'Innā lillāhi wa innā ilaihi rāji‘ūn. Allāhumma ajirnī fī muṣībatī, wa akhlif lī khayran minhā' (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya), melainkan Allah akan memberikan kepadanya pahala dalam musibahnya dan menggantikannya dengan yang lebih baik."
[Hadis Riwayat Al-Bukhari (6502) & Muslim (2631)]

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang redha, maka baginya keredhaan Allah, dan barang siapa yang marah, maka baginya kemurkaan Allah."
[Hadis Riwayat Tirmizi (2396) dan Ibn Majah (79)]

Dari Abu Sa'id Al-Khudri dan Abu Hurairah, Nabi ﷺ bersabda:
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, sakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, atau bahkan sekadar duri yang menusuknya, kecuali Allah akan menghapuskan sebahagian dosa-dosanya dengan hal itu."
[Hadis Riwayat Al-Bukhari (1283) & Muslim (923)]

"Anak-anak yang meninggal dunia akan menjadi syafaat bagi ibu bapanya pada hari kiamat."
[Hadis Riwayat Ahmad (17573) dan Al-Hakim (1/541)]

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Allah berfirman: 'Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Aku ambil kekasihnya dari dunia (anaknya) lalu dia bersabar, kecuali surga baginya.'”
[Hadis Riwayat Al-Bukhari (6656) & Muslim (2635)]

Boleh ikuti di telegram: https://t.me/usttalhahajmain

3 weeks, 3 days ago

Uda itu saya. Alhamdulillah, hikmah pujukan ibu tahun 2017 mencadangkan saya memohon menjadi Imam di Johor, ayah kemudiannya mencadangkan saya menyambung pengajian PhD di UTM, Johor. Sehingga akhirnya saya menetap & bekerja di Johor. Sayalah antara adik beradik yang dapat menjenguk ibu ayah dengan lebih cepat & kerap tatkala adik beradik jauh di luar desa serta dapat bersilaturrahim dengan lebih "akrab" terhadap rakan-rakan ibu ayah di tempat tinggalnya. Makanya, dalam tempoh rawatan, siang menjaga ayah di hospital dan asbab tinggal di Johor, dapat menyampaikan khabar kondisi ayah kepada rakan-rakannya untuk menjawab kerisauan mereka. Dihujung minggu mewakili ayah dalam menyantuni jemputan rakan-rakan ayah. Siapa sangka hikmah 8 tahun lepas diperlihatkan sedikit demi sedikit. Tiada siapa tahu rahsia Tuhan.

Khairul Abid yang kerja sebagai Medical Assistant (MA) di Selangor. Antara insan yang cermat. Beliau pada hari ayah di khabarkan kena ke hospital, terus drive sendiri membawa abang yang sulong dari Selangor. Insan inilah juga tukang semak dan baca ubat-ubatan ayah di rumah, sehingga terjumpa ubat GTN (Glyceryl Trinitrate) yang terdapat dalam simpanan ayah. Ya, "hint²" kepada sakit jantung ayah tu pernah ada. Namun, tiada siapa jangka. Mungkin kamilah, anak-anak yang perlu lebih teliti lepas ni akan kesihatan ibu ayah. Kerana ketelitian beliau, beliau insan yang penting yang boleh menyumbang sebaiknya dalam perubatan dan perawatan. Moga Abid diluluskan segera proses penetapan tempat kerja.

Adib Salleh & Khairul Ibad. Adalah adik beradik yang masih bujang dan menjadi Watak "on call". Hikmah mereka sedang study week dan baru habis praktikal. Jadi, banyak masa ada di rumah. Kehidupan mereka dalam beberapa tempoh ini men"dedikasikan" untuk berkhidmat sepenuhnya dan sebanyaknya pada Ibu dan Ayah. Jika ada apa² yang perlu di ambil segera, mereka lah menjadi "driver" ke sana sini

Kisah diatas ini, adalah kisah kami untuk ingatan buat "kita" sebagai anak, terutama yang masih ada ibu dan ayah.

Ibu ayah selayaknya di kasihi, dilayani dan disantuni sebaiknya di dunia ini.

Layanan ke atas mereka perlu sebaiknya seperti mana saat kita masih kecil, ibu ayah menjaga kita:

{ وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا }

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Surah Al-Isrāʾ: 24]

Moga Abi (Ust Ajmain) sembuh sepenuhnya tanpa berbekas, serta diberi kekuatan buat umi (Noraini Nor) dalam menemani Abi, dan terima kasih Allah moment ini asbab ini juga, kami adik beradik lebih banyak dapat "bersama". "Family day" selama 2 minggu penuh.

Gambar: Depan wad ICU, ketika menunggu ayah usai operation. 3 lagi adik beradik yang tiada, ada yang baru pulang ke KL, ada yang baru tukar shift berjaga dan ada yang sedang bersiap di rumah untuk persediaan menyambut kepulangan ayah

Boleh ikuti di telegram: https://t.me/usttalhahajmain

3 weeks, 3 days ago

[We are Brothers, Anak² lelaki kepada Ibu dan Ayah]

Alhamdulillah, dalam tempoh ayah di hospital & menerima rawatan, kami adik beradik saling silih berganti menjaga. Kami semuanya 6 orang adik beradik, dan hero semuanya (lelaki).

Mengingatkan diri pada 30 tahun yang lepas.

Betapa ketika kita sakit, Ibu Ayahlah insan yang paling risau & sanggup buat apa sahaja untuk melihat kita kembali sihat.

Betapa saat kita semua masih kecil, ibu ayah ambil cuti untuk bawa kita ke klinik, menatang menjaga kita, jelum badan, teman pimpin ke tandas jua.

Betapa tatkala kita sakit tidak selera, ibu ayah menyapa bertanya, "Nak makan apa Nak?" Ibu ayah sanggup mencari, memasakkan kita makanan kegemarann kita.

Betapa saat kita sakit, ibu ayahlah insan yang sanggup bergadai mengambil cuti, kadang cuti dah habis, diambil juga cuti tanpa gaji.

Betapa, anak yang ada jalani "pembedahan", dirawat dengan sebaiknya. Dihantar ke hospital yang boleh segerakan ia, sehingga terpaksa mengambil wang dari tabungan kecemasan, kadang meminjam dari kenalan dan saudara.

Hanya ingin melihat si anak tumbuh sihat semula. Diberi perhatian penuh, sepenuhnya. Tiada balasan yang diharapkan, melainkan menjaga "amanah" yang Allah titipkan.

Itulah 2 insan yang mulia pada hidup setiap manusia, iaitu "ibu" yang melahirkan kita & "ayah" yang bekorban dalam senyapnya.

Kini, anak-anak sudah mula tumbuh dewasa. Sudah ada kerjaya, keluarga dan anak, juga jarak merentas daerah dan negeri. Namun, tetap ada amanah sebagai seorang "Anak" selamanya kepada ibu & ayah.

Kerana itulah satu-satunya ibu ayah yang tiada galang ganti.

Sedikit kronologi. Tatkala mendengar khabar ayah sakit tengah hari tu, WhatsApp dari umi, petang tu juga saya terus ke rumah ayah selepas usai kerja, mewakili adik beradik untuk melihat keadaan ayah. Menyapa, dan berbual dengan beliau sehingga ke Isyak. Isyak saya pulang ke rumah semula (Jarak rumah kami lebih kurang 30 minit).

Namun, siapa sangka, ayah sakit dadanya selepas Isyak! Akhirnya terpaksa di bawa ke hospital.

Kami ber-6 beradik, saling menghubungi, malam tu juga, semua pakat gerak dari rumah masing² jauh mana sekalipun, kami berusaha berkumpul sesegera yang mungkin. Kerana jarang ayah begini.

Result ECG dari Hospital pertama, mengesahkan ayah ada masalah pada bacaan jantung.

Terima kasih pada Dr. Kamariah yang ada di Hospital tersebut, untuk bantu checkkan ayah lebih details. Beliau bawa ayah ke hospital swasta (Gleneagles Medini) kerana ada pakar jantung disana, disamping ada sedikit kelebihan pada "Takaful".

Terus dibawa masuk ke ICU untuk rawatan check jantung guna Angiogram (lebih accurate bacaan jantung). Dr. Kam (Pakar Kardiologi) sahkan 3 saluran utama jantung, dan 4 tempat tersumbat dan perlu segera jalani rawatan pembedahan "bypass".

Ayah yang sedang menahan sakit bertarung nyawa, juga tidak ingin menambah rasa risau pada ibunda. Kami adik-beradik perlu "bersyura". Keputusan perlu segera, kami adik beradik menunggu kepulangan abang yang sulong & Abid dari Selongor.

Abang yang sulong (Hafiz Ajmain) saat ini menjadi wakil "Ayah". Ya, "ketua keluarga". Betapa beliau "main" peranan yang besar, dan banyak keputusan besar beliau "sign" mewakili keluarga selepas "bersyura" bersama. Beliaulah insan dari awal Abi di Hospital sehingga Abi discharge, hanya duduk di Johor. Tidak pulang kerja di KL. Standby sepanjang masa. Moga Allah menerima pengorbanan & berkati Along.

Angah (Muhammad Hafizul Amin Jimaain) selaku watak pembantu along yang dedikasi. Peranannya menjadi "Doktor " pada seluruh keluarga. Bermula daripada malam itulah, angah beri masukan untuk buat jadual sesama adik beradik sepunuhnya. Inilah masa kami pula (walaupun kecil usaha ini jika hendak dibandingkan pengorbanan ibu dan ayah). Walaupun tinggal dan duduk di Batu Pahat, dekat 2 jam juga perjalanan, namun beliau selalu berehatnya di Hospital, sandaran kerusi kereta dan sofa di kaki lima ICU menjadi tempat lenanya. Hampir semua Pak cik security mengenalinya. Moga Allah menerima setiap usahanya.

2 months, 4 weeks ago

Cemburu saya pada jariah ayah.

Dihujung temuduga tersebut. Ada seorang Panel perempuan mencelah, "Saya jarang dapat menemuduga calon Ikon dalam bidang pengajian Islam yang begini... Moga ramai lagi begini".

Saya ingat lagi kata² ayah akan pesanan Ust Darus Senawi kepadanya, "kita ni Ustaz jangan tawadu' tidak bertempat. Kena fikir, kebaikan yang dapat diberikan lebih banyak lagi pada Ummat dan masyarakat. Bila ada Dr PhD lebih banyak dapat sumbang, bila ada title professor lebih banyak boleh kedepan untuk berkhidmat menjadi tempat rujuk agar Islam dilihat hebat, janganlah jadi macam ana terhenti sekadar belajar ijazah dan terjemah buku..."

Moga Allah bimbing diri ini dan kita semua. Terus jelas antara alat dan matlamat.

Ketika puan panel tadi sebut demikian, Justeru, saya pun mencelah, "Puan Tuan, boleh ke saya nak buat sesi pergulungan sikit?". Kata mereka "Ha, silakan.."

Jadi saya pun menyampaikan isi hati (inilah kot klimaks posting ni, tanpa ada sebarang unsur music kitaro ye), "Sebenarnya, andai Allah rezekikan saya menerima jumlah hadiah tersebut, sebenarnya saya nak menyampaikan hasrat ibu mertua saya untuk menunaikan Umrah, yang saya juga boleh menemani beliau"

Anugerah tersebut besar & berat, membawa imej "Ikon", bukanlah anugerah yang saya inginkan, ianya sebenarnya bermula dengan mencari "ikhtiar" bagaimana nak berusaha dapatkan sejumlah yang boleh mencukupkan untuk membawa ibu mertua saya menunaikan hajatnya yang murni iaitu menunaikan Umrah, kerana diluar sana sangat ramai yang lebih layak yang mereka adalah lebih dikenali, besar sumbangannya dan tidak mencadangkan dirinya atau orang cadangkan.

Cuma, Allah lah aturan yang terbaik. Saya tak pernah terfikir sebegitu teliti Allah susun, bagaimana kita sebagai seorang hamba yang "stuck" tetapi kerana niat kita, kehadiran orang-orang solleh yang membantu, Allah bantu ilhamkan, lorongkan dan capaikan. Tidak ada yang mustahil.

Tanggal November 2023, Saya menerima sebuah e-mail. "Tahniah anda di jemput menerima Anugerah Ikon belia Karismatik di Majlis APBN".

Haza min fadhli Robbi

Tatkala menerima Anugerah dan jumlah tersebut. Saya nekad, pertama, kena usaha kekalkan momentum hasrat ibu sehingga berjaya bawa ke Mekah (biiznillah). Kedua dengan Anugerah tersebut, saya kena lebih banyak berbakti dan menyumbang kerana ia adalah amanah atas kepercayaan yang diberikan.

Siapa sangka, tatkala post ini di baca, Alhamdulillah saya selamat tiba di Bumi Mekah bersama bukan ibu mertua sahaja, namun Isteri, dan ahli keluarga yang lain (11 orang). Jzkk ust Assyahid Afdhal Ismail yang bantu memudahkan dengan offer yang terbaik oleh pihak PERSADA Global. Walaupun tidak berkesempatan pergi Disember 2023, namun Allah susun pergi Disember 2024 dengan lebih baik. Insya Allah.

Terima kasih pada ahli keluarga, ikhwah akhwat yang membantu urusan penjagaan anak-anak. Dan pihak sekolah yang memudahkan urusan perpindahan daripada SRIH JB ke SRIH BP. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sebaiknya.

Buat mereka diluar sana yang ingin ke Mekah untuk mengerjakan Haji atau Umrah, pasang niat dan berazzam untuk kesana. Allah pasti mudahkan. Insya Allah. Jangan tangguh jika berkemampuan. Kerana, akan datang juga kita tak tahu bagaimana. Makin lama, kudrat/ kesihatan makin kurang, makin lama komitmen makin bertambah. Yang sebenarnya hanyalah, bagaimana ingin menatang waktu (mengurus masa & keadaan ketika itu). Insya Allah jangan pernah putus berdoa.

Oh ya, satu nama di atas tadi saya ada sebut, "Mok adik". Beliau adalah mak sedara rapat ibu mertua saya. Beliau baru juga pergi Umrah , namun beliau turut serta dalam Umrah kali ni, sebab? Nak teman beribadah bersama ibu mertua saya juga. Keluarga & Kawan solleh sehingga ke Syurga. Benar, peneman adalah watak penting dalam proses Hijrah niat kita.

Terima kasih membaca sampai habis, dan doakan kami.

Lama dah tidak berkesempatan tulis panjang begini, Moga ada lagi tulisan lepas ini.

Boleh ikuti di telegram: https://t.me/usttalhahajmain

2 months, 4 weeks ago

Umrah. Hadiah buat ibu mertua

Tahun lepas (2023), perginya seorang ayah mertua untuk selamanya. Dalam tempoh itu, ibu mertua berpantang dalam Iddah, dan penemannya banyak input dari TV dan orang yang ziarahinya antaranya "Mok adik" yang baru balik dari mengerjakan Umrah. Dan Allah gerakkan ibu untuk melihat live Kaabah. Siapa jangka, itulah "turning point" nekadnya untuk menjadi "tetamu Allah". Mungkin itu cara Allah "healing" ibu mertua iaitu kemanisan dalam ibadah dengan menambah lagi ibadah. Oh ya perhatikan nama "Mok adik" ya.

Balik raya tahun lepas, ibu spontan kata, "Rasa nak pergi Mekah la Abe long". Bagai bulan jatuh ke rimba, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.. Apakah Abe long mengambil peluang ke-emasan dan ke-perakkan ini? Apa yang Abe long lakukan?? Dengan spontannya, "on ibu". Gitulah ceritanya.

Tapi tak habis lagi. Baru terpikir masa tu, "berapa duit kawe ade nih dalam bank?". Lantas dibuka apps THjari (Tabung Haji guna android). Setelah tolak duit dari tabung Haji anak² (jangan ganggu masa depan deme), yang ada hanya 2k je boh masa tu! "Oh Allah, mana cukup nak pergi Disember ni? Dan mana cukup nak kumpul untuk 2 orang (sekurangnya, saya dan ibu mertua), dan tak kan nak tarik balik YB kata-Kata pada ibu mertua tadi.

"Otak ligan mikir", nak mengorek mana lagi nak cari paling kurang 16k (2 orang) nih.

Hari demi hari. Maka, terbukalah cerita dengan member yang solleh. Ada yang tergatai tangan pula masa tu, "meng-google" di internet, "Cara nak Rm10k". Kelakar juga kalau dilihat, tapi anda tahu keluar apa?

Sambung nanti...

Ok, sambung dah sekarang. Ha. Ok gini. Selepas tekan search, di scroll scroll .. tetiba keluar satu tajuk ni dia tulis, "Penerima Anugerah bakal membawa balik Rm10k". Apa itu? Iaitu Anugerah Ikon Perdana belia Negara (APBN).

Apa berlaku next? Dengan cepatnya, ada yang daftarkan lah. Ada yang bantu buatkan edit video (spontan rakam dan kejar nak submit, 2 hari lagi rasanya tarikh nak tutup, maaf videonya pun macam 3GP). Nak tengok? Boleh tengok di TikTok ya. Saya penyegan orangnya.

Kita ni, ikut je lah cadangan, sebab tak terfikir apa masa tu. Siapa viralkan? Kawan-kawan dan adik beradik. Kenapa? Sebab mereka tahu hajat dan hasrat itu. "Jika ada rezeki, memang saya nak segerakan, tak nak tangguh untuk ibu mertua pergi juga Umrah sementara beliau masih ada, ada kudrat dan ada niat!"

Satu pagi tu, ada 1 group WhatsApp di buat (create), saya dijemput masuk ke dalam group tersebut. Temuduga penerima Anugerah Ikon belia. Saya bagi tahu Isteri je lah, "nanti ingatkan abg ye tarikh dan masa tersebut, abg ada interview sikit". Pada hari kejadian, saya masuk betul² selit-selit waktu sedang mengajar. Temuduga berlangsung secara online sahaja. Alhamdulillah, mudah fleksible sikit.

Saya ingat lagi antara soalan panel, "Siapa Talhah ni ye, influencer pun tak, keluar radio TV pun tiada-kan, sebab ni Anugerah Ikon maknanya dikenali atas sumbangannya, cuba perkenalkan diri sikit".

Saya mengambil hela nafas panjang dan menghembus. Ya, saya memang dari kecil insan yang di belakang tabir, tidak pandai nak kedepan dan sifat saya dididik rasanya suka buat dalam diam (jundi Majhul), namun kerana memahami nature Islam tatkala berdakwah memang kena sampaikan, kemudian sikit² ditolak jadi debater di Sekolah & Universiti, terlibat dalam Persatuan dan Tarbiah, bekerja sebagai imam eksekutif, dan kini menjadi pendidik di Universiti, lagilah kena "kedepan".

Maka saya pun ceritalah sedikit background dan usaha yang sungguh kerdil, "Aah saya marahen, mungkin sebab faktor latar belakang saya juga tuan, misalnya ayah saya penulis Hadis, 1 Hari 1 Hadis. Beliau tulis sahaja tanpa orang tahu siapa penulis 1h1h tersebut. Cuma saya gemar pada generasi remaja dan belia, saya membantu mendidik dengan membawa Usrah, mengadakan daurah bedah Kitab untuk mereka yang sukakan Ilmu, jika diperingkat itu ini begitu begini (boleh lah kalau Nak tengok videonya di TikTok ye...). Tatkala habis pusingan tu, ada panel yang sebut, "sampaikan salam pada ayah, saya guna hadis pengajaran 1h1h beliau pada keluarga".

3 months ago

Musim Graduasi

Pelajar batch pertama SHPI (2021), mereka berdua pelajar pertama PSM di bawah seliaan.

Tajuk tesis mereka moga boleh menyumbang secara ilmiah. Seorang menyumbang dapatan terkini tentang penguasaan al-Quran dalam kalangan Mahasiswa UTM. Seorang lagi berkaitan pendidikan Sirah di Sekolah, beliau sanggup turun kelapangan sekolah dengan masa yang singkat untuk bertemu guru-guru pendidikan Islam, dan berjaya menyiapkan.

Hasil juhud 4 tahun ini, mereka memperolehi anugerah gold Dekan. Mabruk buat Ust al-Afiq & Ustazah Saidatul. Moga menjadi batu loncatan berikutnya.

Selamat maju jaya ditempat khidmat yang baru. Teruslah menjadi Qudwah dan menjadi sebahagian mereka yang menyelesaikan masalah insan (menginovasikan solusi).

Boleh ikuti di telegram: https://t.me/usttalhahajmain

5 months, 3 weeks ago

Forum Intelektual di Raja

Alhamdulillah. Selesai untuk Majlis bersama Permaisuri Agung & diRaja Negeri Johor. Pengalaman memandu sebagai pengarah program bagi Forum Intelektual Di Raja kali ke-3 (2024). Terima kasih kepada semua pihak.

Tanda bersyukur, adalah "mengadakan/ melakukan". Kerana ada ajakan, lakukanlah amalan-amalan sebagai satu bentuk dan tanda kesyukuran. Allah SWT berfirman:

اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا

Maksudnya: "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" [Surah Saba’ (13)]

Insya Allah, Jika kesempatan, akan kongsi sedikit hasil catatan forum ilmiah ini.

Boleh ikuti di telegram:
https://t.me/usttalhahajmain

5 months, 3 weeks ago

Pemuda adalah Nadi Perubahan.

Kerisauan kita hari demi hari, tentang perihal remaja, belia, pemuda. Kerana mereka inilah pelapis sebuah generasi berikutnya.

Sempena bulan kemerdekaan Malaysia ini, saya kongsikan tulisan berkaitan pemuda, "Jiwa Merdeka". Keluaran Majalah YADIM, edisi ke-63. Moga bermanfaat.

Boleh ikuti di telegram: https://t.me/usttalhahajmain

5 months, 3 weeks ago

[IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BAGI PEMBANTU PENYELIDIK]

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.

Mengalu-alukan calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu penyelidik bagi geran UTM FR 2024.

Tajuk kajian ialah:
"Model Pengajaran & Pemudahcaraan (PdPc) Interaktif bagi Sekolah dalam Hospital (SDH) di Malaysia"

Kriteria calon yang dikehendaki adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan atau apa-apa bidang yang berkaitan dengan sains sosial
- Menyambung belajar ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai
- Berdisiplin, rajin hendak belajar suatu yang baru, Proaktif, kreatif dan boleh bekerja dengan pengawasan minimu
- Boleh berada di UTM waktu pejabat pada waktu diperlukan
- Mempunyai pengalaman dalam aktiviti penyelidikan/ penulisan adalah satu kelebihan

Manfaat dan kelebihan:
- Akan memperoleh Doktor Falsafah
- Elaun bulanan selama 3 tahun
- Lantikan bermula 1 Oktober 2024 sehingga 31 Ogos 2027
- Tempat belajar dalam UTM akan disediakan (waktu pejabat)
- Calon yang berminat, sila email CV kepada [email protected]
- Tarikh akhir permohonan adalah pada 15 September 2024

Terima kasih.

#UTMFR2024
#UTM

5 months, 4 weeks ago

Hijrah & Rumah.
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُيُوتِكُمۡ سَكَنٗا

Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal... [Surah An-Naḥl: 80]

Menarik ayat ni, disebut rumah sebagai سكن, tempat tinggal yang kita mengharapkan "سكينة" iaitu juga orang² yang hadir di rumah itu "tenang menetap".

Hari ini, hari terakhir saya di Kolej KTC, S26. Berhijrah di tempat yang baru (gambar ketika Raya tempoh hari bersama Mahasiswa)

Moga rumah kita, dimana pun kita menetap menjadikan ahli didalamnya dalam suasana "Sakinah" yang hakiki. Hidup dalam pengibadahan dan saling tasammuh (menasihati).

Terima kasih yang membantu dalam proses pemindahan ini, dan juga pihak kariah Taman yang baru, mencadangkan rumah juga.

Boleh ikuti di telegram:
https://t.me/usttalhahajmain

We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
@memefi_coin_bot
Website: https://www.memefi.club/

Last updated 5 months, 2 weeks ago

? one stop center for every pathway after spm
?️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
? do follow our tiktok page now!

? Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 2 months ago

Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍

Last updated 3 weeks, 5 days ago