Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Kenapa ego untuk mengakui hati yang masih saling mencintai? Kenapa berterusan melukai sedangkan bahagia boleh dimiliki?
Dulu mungkin aku tak memahami. Tapi kerna kehilangan peluang tersebut barulah aku mengerti. Yang erti mencintai itu bukan enteng semata-mata. So hargailah cinta tu selagi masih ada.
- maples
t.me/limaaksara
Andainya masih ada cinta; aku sanggup melutut merayu demi sebuah kemaafan, mengharapkan peluang kedua.
- Bintang Malam
T.me/Limaaksara
Masihkah ada cinta antara kita?
?
Aikh boleh post story sudah di channel. Macamana ba kaka buat tu?
Walhal yang tersenyum juga boleh menangis, yang kenyang boleh lapar tak lari juga yang hidup boleh mati.
Apa silapnya aku menekankan yang ingat boleh lupa?
Api yang kau bakarkan untuk menyemarakkan rasa dalam hati, boleh jadi esok terpadam dingin.
Perjuangan ini bukan untuk satu jasad, tapi satu cara.
Kita lemah dengan arahan.
Mana mungkin kita menang dengan alahan. Sembuh dahulu, sahabat.
Salam siang warga lima aksara ;))
Tentang kita?
Aku hanya letak dalam kalung-kalung doa. Moga setiapnya kita baik-baik saja dalam jagaNya.
"Warkah terakhir dari seorang kenangan.
Assalaamualaikum untuk kau yang membaca. Semoga dalam keadaan baik dan bahagia.
Pertamanya, ingin aku jelaskan bahawa ini adalah penulisanku yang terakhir untuk kamu. Andai masih ada umur dan kewarasan, selepas ini semua penulisanku tidak akan lagi tertuju untuk kamu. Sama ada bahagia atau sedih, itu adalah dari ilhamku atau hanya diriku yang bertanggungjawab atas perasaanku. Bukan lagi kamu.
Sejujurnya ini bukanlah kali pertama aku utuskan warkah ini. Tapi dengan yakin, aku putuskan ini adalah yang terakhir.
Kerana dalam meniti hari, menelek janji dan harapan yang besar pernah aku lafazkan dahulu, aku sedar ia hanyalah dariku untukmu.
Memperjuangkanmu adalah antara hal yang terbesar pernah aku lakukan dalam hidup. Dalam masa yang sama, kegagalanku untuk mendapatkanmu juga merupakan yang terbesar aku pernah hadapi. Berbahagialah atas pernyataan ini. Kerana kau masih di tangga yang pertama dalam hal itu.
Melangkaui semua batas dan waktu, aku bahagia dengan keperitan ini. Kerana setiap langkah dan keputusan sekarang, aku ambil kira sebaik mungkin.
Memori yang telah sebati adalah perkara yang aneh. Tanpa sedar kau telah menjadi salah satu organ penting aku. Lambat untukku akui.
Kadang dalam berbicara dengan seseorang, lancar namamu menjadi panggilan. Dalam menyatakan harapan, juga kau terluncur dalam fikiran. Apatah lagi dalam penulisan. Kau tahu siapa watak dan peran.
Maaf, jangan kau berbangga dulu. Itu bukan kerana aku merinduimu. Itu hanya kebiasaan. Ketahuilah bahawa kau bukan lagi kiblat arah tujuan.
Kau hanya titik permulaan perjalanan sejauh pandangan.
Sejauh mana aku bisa menapak, sejauh itu juga kau telah kau aku tinggalkan."
24 Ogos 2022
Rintik-rintik hujan bersama kicauan burung perlahan-lahan mengingatkan aku kepada kita. Hembusan bayu membuatkan aku tak mampu hentikan air mata rindu yang mengalir.
Hm,
Bukan kerana aku lemah-- cuma aku sedang mencari sebuah kekuatan.
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago