Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 1 week ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 4 weeks ago
Jom Follow Channel Whatsapp Info Maulid
Link Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
Jangan merasa sia-sia ketika menghadiri majlisnya Rasulullah.
Sesungguhnya Allah telah memberi kita pahala bahkan sebelum kita sampai di majlis tersebut.
- Habib Anis bin Alwi Al-Habsyi
Bagi yang berminat untuk mengiklankan perniagaan anda di Channel WhatsApp Info Maulid, boleh berhubung terus dengan admin melalui:
https://wa.me/infomaulid
Tanda kerinduan kepada Rasulullah, yang sungguh-sungguh di dalam diri seseorang akan menjadikan dirinya benar-benar mengikuti Baginda. Dan banyak selawat kepada Baginda Rasullulah.
-Habib Umar Bin Hafidz
Link Akaun Instagram Info Maulid : https://www.instagram.com/p/DEiEIs4Tz5m/?igsh=MTl1anRvMWg3cXp5dg==
Follow the Info Maulid channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sanad keilmuan pondok saya adalah daripada:
Tuan Guru Baba Haji Ghazali Bin Ahmad Al-Fatōniy Al-Azhariy (Baba Li Sekam) daripada Tuan Guru Baba Haji Abdul Qadir Bin Wangah Al-Fatōniy Al-Makkiy (Ayah Dir Sekam) daripada Tuan Guru Syaikh Wan Ismail Bin Wan Abdul Qadir Al-Fatōniy Al-Makkiy (Pak Da Eil Mekah).
خالد سبت عبد الله
طالب الدراسات العليا (قسم الحديث)
بجامعة الأزهر الشريف
“GELARAN BABA”
Semasa tahun-tahun terakhir memondok di Sekam, Mayo, Pattani dahulu, guruku yang mulia, Tuan Guru Baba Haji Ghazali Ahmad (Baba Li Sekam) حفظه الله pernah menyentuh dan utarakan kepada kami berkaitan gelaran “Baba” ini.
Sebelum itu, untuk pengetahuan ramai, terdapat 5 peringkat gelaran keilmuan di pondok-pondok Pattani:
1.Tok Pakir ( berasal daripada kalimah فقير iaitu yang sangat/sentiasa berhajat): gelaran ini untuk pelajar-pelajar yang baru belajar di pondok dan masih bertatih belajar matan-matan asas dan tidak mampu baca kitab Arab.
Kepala Telaah (berasal daripada مطالعة): gelaran untuk abang-abang yang sudah boleh baca kitab Arab dan mampu ajar matan-matan asas dan kitab mutawassith kepada adik-adik dan kawan-kawan sebaya. Biasanya Tok Guru/Baba yang berikan keizinan kepada Kepala Telaah ni untuk mengajar dalam kelompok kecil di sekitar pondok. Panggilan mereka ini biasanya Abe (Abang).
Ustaz. Gelaran ini diberikan kepada pelajar-pelajar senior yang sudah mahir dan kemas baca kitab Arab dan sudah diiktiraf dan dipercayai kefahamannya oleh Tok Guru/Baba. Biasanya Ustaz ini akan dipilih dan diutuskan oleh Tok Guru/Baba untuk mengajar kitab di luar pondok iaitu di masjid-masjid untuk orang awam. Oleh kerana itu pelajar-pelajar pondok akan merasa pelik apabila seseorang yang belum mahir mengajar kitab Arab dengan bagus atau masih baru belajar ilmu agama tapi sudah digelar sebagai Ustaz.
4.Kholi: Gelaran kepada ustaz-ustaz yang sudah lama di pondok. Biasanya sudah jadi menantu Tok Guru/Baba.
5.Tok Guru/Baba. Gelaran tertinggi sistem pondok yang telah melalui peringkat-peringkat sebelum itu. Sudah tentu mereka ini telah menguasai ilmu dan tarbiah syakhsiah dengan baik. Berpengalaman mengajar dan mampu mengajar kitab aras tinggi dan memimpin pondok. Tok Guru/Baba lepasan universiti Timur Tengah biasanya ada takhassus mereka masing dan semestinya ada musyārakah yang baik dalam ilmu-ilmu lain. Syarat utama mereka ini sudah pasti Ilmu Alat khususnya Nahu Sorof dan Balaghah mereka baik. Tidak akan digelar Tok Guru/Baba bagi mereka yang tidak kemas baca kitab Arab.
Kembali semula kepada isu gelaran “Baba”. Menurut pandangan Baba Li, asal usul gelaran “Baba” ini pelbagai pandangan samada yang baik dan buruk termasuk apa yang disebutkan oleh Tuan Guru Baba Abdul Basit حفظه الله. Namun semua pandangan tersebut bersifat zhann dan belum dibuat kajian secara khusus. Gelaran asal yang tidak ada isu adalah Tuan Guru/Tok Guru dan secara khusus kepada pelajar-pelajar pondok Sekam, Baba lebih mesra dipanggil dengan “PokSu” kerana isteri Baba merupakan anak bongsu Ayah Dir Sekam رحمه الله.
Sejurus Baba kata begitu kepada kami, kami pelajar-pelajar Malaysia pun berbincang nak panggil Baba dengan apa selepas itu kerana kami nak panggil dengan gelaran yang selayaknya yang kekal ada haibah keilmuan sama ada TokGuru, Syaikh, dan lain-lain kerana panggilan “PokSu” tu terasa agak kekok ketika itu kerana sudah ada orang lain berdekatan pondok yang kami sudah biasa panggil “PokSu”.
Namun saya secara peribadi, kekal panggil dengan gelaran “Baba” kerana لكل امرئ من دهره ما تعودا dan kalimah Baba walaupun dalam Bahasa Arab digunakan untuk ketua gereja, ia digunakan juga untuk makna bapa/ayah. Tambahan pula sebelum itu saya pernah mengaji dengan Kiyai Haji Uthman Al-Mandiliy رحمه الله. Mula-mula saya dan lain-lain panggil Kiyai namun satu masa Kiyai suruh panggil Ayah. Tidak kira gelaran apa kepada mereka, mereka realitinya memang ayah/baba keilmuan bagi kita.
Oleh sebab itu, secara peribadi sampai sekarang saya akan panggil Tuan Guru Haji Ghazali Ahmad حفظه الله sebagai Baba supaya saya sentiasa syukur dan berterima kasih atas didikan ilmu dan akhlaknya kepada saya bak seorang ayah kandung ke mana-mana sahaja beliau pergi, saya sering dibawanya bersama . جزاه الله عني خير الجزاء .
Sebagai nasihat untuk diri sendiri dan orang lain, berilah gelaran Tok Guru/ Tuan Guru/ Baba/ Ustaz hanya kepada yang benar-benar layak.
https://www.instagram.com/p/C88ZmLpS5jp/?igsh=MTA0MjJxNmVsb2Y0ag==
Kami Sokong RUU MUFTI WILAYAH
Curang dan setia adalah pilihan hamba, namun di bawah lingkungan qada dan qadar Allah ﷻ.
Kesilapan diri sendiri lalu dipalitkan dengan qada qadar merupakan kesilapan berganda.
Bila bicara perbuatan hamba sebagai hukum biarlah dalam ruangan hukum.
Bila bicara akidah pula biarlah dijadikan asas di tempatnya, barulah tidak timbul porak peranda.
Namun yang paling penting asas akidah sebagai benteng sebelum menyelam di pelbagai lapangan dunia.
kredit :
Abdul Rashid Muhamat Akip
Assalamualaikum semua, nak minta jasa baik semua untuk sebarkan link Channel Info Maulid boleh?
Moga lebih ramai lagi dapat update berkaitan Majlis Ilmu dan Maulid
Link :
https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
Boleh share ke group-group dan status masing-masing InshaAllah
Terima kasih yaa semua?
WhatsApp.com
Info Maulid | WhatsApp Channel
Info Maulid WhatsApp Channel. Menyajikan Info-info Berkaitan Pengajian dan Maulid Seluruh di Malaysia. Dapatkan Update Disini Sebarang perkongsian poster atau info majlis boleh hantar ke admin Syifa 01172927551 Sekiranya ingin mengiklankan perniagaan anda…
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 1 week ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 4 weeks ago