FIK UniSZA Rasmi

Description
Hebahan/Maklumat Fakulti Informatik & Komputeran terus kepada anda..
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

2 months, 1 week ago
*JOM MASUK UniSZA!*

JOM MASUK UniSZA!

💎 Peluang Keemasan Menanti Anda! Mohon terus melalui SALURAN PREMIUM untuk kemasukan sesi 2025/2026!
🔔 Tempat TERHAD

🎓 Program Ditawarkan

Diploma Sains Kejururawatan
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian)
Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) dengan Kepujian

Kenapa Pilih UniSZA?

🌟 Peluang Premium dengan laluan pendaftaran khas
📚 Pengajian berteraskan Ilmu, Iman, Amal & Akhlak
🎯 Sahsiah Terbina, Kecemerlangan Akademik Terjamin

📲 Mohon Sekarang!

🔗 Klik & daftar di: https://ilmu.unisza.edu.my
📞 Hubungi Kami: 09-6687943 / 7968 / 7671 / 8793
📍 Lokasi: Seksyen Pengambilan & Kemasukan Pelajar, UniSZA Kampus Gong Badak

Masa Depan Anda Bermula di Sini! Jangan lepaskan Peluang Keemasan ini untuk merealisasikan impian anda!

🌹Ilmu Demi Faedah Insan
🌹Flexible Education with Soul

#UniSZA #JomMasukUniSZA #SaluranPremium #FutureStartsHere

4 months, 3 weeks ago

MAKLUMAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN TERADUN GANTIAN (PTG) PADA MINGGU KELAPAN DI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN.pdf

4 months, 3 weeks ago

UNTUK EDARAN SEGERA KEPADA SEMUA PENSYARAH & PELAJAR

**YBrs.Prof./Dr/Tuan/Puan,Saudara/i,

MAKLUMAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN TERADUN GANTIAN (PTG) PADA MINGGU KELAPAN DI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN**

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Berdasarkan situasi banjir terkini di Terengganu dan Kelantan yang semakin memburuk dan jalan jalan utama menuju ke UniSZA Kampus Besut ditutup, Pengurusan Fakulti Informatik dan Komputeran telah memutuskan agar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi SEMUA KURSUS di fakulti dilakukan secara PTG atau secara dalam talian bermula 1 sehingga 5 Disember 2024 (Minggu Kelapan).

  2. Sehubungan dengan itu, semua pensyarah dan pelajar adalah dimohon untuk melaksanakan kelas sepertimana biasa dengan kaedah yang dinyatakan. Pihak fakulti berharap agar keputusan ini dapat membantu pensyarah dan pelajar bagi memastikan kelangsungan pembelajaran dengan mengutamakan aspek keselamatan dalam situasi yang mencabar ini. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

7 months, 1 week ago

Tahniah & Syabas diucapkan kepada Dr. Wan Aezwani Wan Abu Bakar , Dr. Mohd Kamir Yusof serta pasukan yang telah memenangi Pingat Gangsa dalam Anugerah Inovasi Nuklear Kebangsaan 2024 sempena Hari Inovasi Nuklear Malaysia 2024 yang bertemakan "Teknologi Nuklear Memacu Industri Negara dan Mengiktiraf Kecemerlangan Inovasi Sains dan Teknologi Nuklear"

Dua (2) projek yang telah berjaya mendapat Pingat Gangsa adalah :

? iMOS : Intelligent mobile apps for mosquitos auto-spray dispenser usage tracking & monitoring

? Mouse Stopper : A proficient solution for mouse repellant using ultrasonic approach

7 months, 1 week ago

3 September 2024 | Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama IX Telecom Sdn. Bhd., Azor Industries Sdn. Bhd., Forziq Sdn. Bhd., dan Worldtech Solution Sdn. Bhd. yang telah diadakan di UniSZA@Putrajaya.

Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor UniSZA) bersama wakil-wakil agensi masing-masing iaitu YBrs. Ts.  Noor Mohd Helmi bin Nong Hadzmi (Ketua Pegawai Eksekutif IX Telecom Sdn. Bhd.), YBrs. Ts. Azrul Zafri bin Dato’ Azmi (Ketua Pegawai Eksekutif Azor Industries Sdn. Bhd.), YBrs. Encik Zainudin bin Amiruddin (Pengarah Forziq Sdn. Bhd.) dan YBrs. Encik Clement Wong (Pengarah Urusan Worldtech Solution Sdn. Bhd

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara akademia dan industri, serta menyediakan platform untuk pelajar dan staf UniSZA mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam dunia industri sebenar.

Melalui MoU ini, pelajar FIK akan mendapat peluang untuk menjalani latihan industri, menyertai projek penyelidikan bersama, serta menerima bimbingan daripada pakar industri. Syarikat-syarikat terlibat juga akan berkongsi teknologi terkini dan pengetahuan industri, yang mana akan membantu dalam meningkatkan mutu pendidikan dan penyelidikan dalam bidang IT di universiti tersebut.

Selain itu, kerjasama ini juga dijangka dapat menghasilkan lebih banyak inovasi dalam bidang teknologi maklumat, dengan penglibatan kedua-dua pihak dalam pembangunan projek-projek inovatif yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan industri secara keseluruhan.

Keseluruhannya, MoU ini merupakan langkah strategik untuk memperkukuh kedudukan UniSZA sebagai institusi pengajian tinggi yang relevan dan berdaya saing dalam era digital.

7 months, 1 week ago

2 September 2024 (Isnin), Hulu Terengganu - FIK Bersama Komuniti

Sekumpulan pensyarah daripada Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA telah dijemput oleh pihak Sek Men Sains Hulu Terengganu untuk mengadakan sesi perkongsian berkenaan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). Program itu telah dilaksanakan bersama pelajar tingkatan dua seramai 54 orang dalam sesi diberi nama AI Explrorer.

Sesi selama hampir 3 jam dikelolakan oleh PM Dr. Syarilla, Dr Julaily Aida dan Ts. Norkhairani dengan dibantu oleh dua orang mahasiswa UiTM Saudara Luqmanul Haikal serta Saudari Nurul Najihah memberi fokus kepada beberapa alatan AI (AI Tools) yang dapat membantu pelajar menghasilkan poster dan imej menarik.

Semua peserta diberi pilihan untuk menyediakan poster mengikut tema yang telah ditetapkan bagi memastikan mereka memahami isi kandungan perkongsian yang telah dilaksanakan.

Pada akhir sesi sebanyak 50 poster berjaya dihasilkan dan memberi pengetahuan baharu kepada semua peserta terlibat. Sesi perkongsian ini telah memberi impak positif dan pihak sekolah merancang untuk mengadakan slot tambahan untuk AI tools yang lain. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

1 year, 2 months ago

Assalamualaikum

PERINGATAN HUKUMAN BAGI PELAJAR YANG DIDAPATI MELAKUKAN KESALAHAN TATATERTIB SEWAKTU PEPERIKSAAN

Mohon semua pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sewaktu menduduki peperiksaan. Sekiranya didapati pelajar tidak mematuhi peraturan dan BERSALAH, hukuman berikut akan dikenakan :

  1. Amaran
  2. Denda tidak melebihi dua ratus ringgit
  3. Dilarang memasuki mana mana bahagian tertentu universiti bagi tempoh ditetapkan
  4. Digantung daripada menjadi pelajar universiti bagi tempoh ditetapkan
  5. Dipecat daripada universiti

Sekian untuk perhatian segera kepada semua pelajar

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago