﷽ ᏴᎪᏟK ᎢᎾ ᎪᏞᏞᎪᎻ 😊❤️

Description

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Jika kamu ingin berbicara dengan Allah, maka berdoalah. Jika kamu ingin Allah berbicara padamu, maka bacalah al Quran.

Creator SP MAHABBAH👇
@Hanie_DJasmine
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 week, 2 days ago

"Paksa" Diri Untuk Baca Al-Quran
.
Itulah penolong kita di akhirat nanti saat kita berhadapan dengan hitungan hisab Allah SWT.
.
Saya sekadar berkongsi tip pengalaman diri sendiri bagaimana hendak melazimi bacaan Al-Quran setiap hari.
.
Dari segi waktu (khususnya bacaan Al-Quran), terpulang pada anda waktu bila hendak beramal dengan tip ini.
.
Untuk bacaan Al-Quran saya memilih selepas solat Subuh. "Paksa' diri untuk membaca Al-Quran. Mulakan dengan 1 muka surat setiap hari. Andainya ter skip, maka paksa diri untuk gandakan 1 muka surat keesokkan harinya. Lama kelamaan, anda akan rasa seronok dan mula menambah 2 muka surat, 3 muka surat sehari dan seterusnya.
.
Daripada "paksaan" kepada keadaan rela dan seronok selepas itu.
.
Moga Allah kurniakan kelazatan kepada kita semua untuk membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
.
.

Kredit : Dr.Irwan

@Dakwah_Bidadari 🌸

1 week, 2 days ago

*Percayalah, kekecewaan pada harini bakal membawa kita pada suatu yang jauh lebih membahagiakan di kemudian hari.

Akan ada khabar baik, bagi mereka yang bersabar saat hatinya dicarik-carik.
@Dakwah_Bidadari
🌸*

1 week, 6 days ago

Sedekah terbaik setelah subuh....* 🤲🏻*🤗*

Kenapa sedekah subuh?

Bukan berarti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. 

Semua sedekah boleh, disetiap waktu dan disetiap saat.

Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik.

Kenapa?

Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari"

Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”

Sediakan satu tabung dirumah ..

Setiap habis sholat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah.

Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

"Ya Allah, dengan berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya"

"Ya Allah, dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya untuk kedua orang tua ku"

"Ya Allah, dengan berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi", contoh²nya ..

Waktu mustajab selepas sholat subuh dan sebelum waktu syuruk.

Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

Rutinkan setiap hari, sehingga 30 - 40 hari.

Sesudah sampai masanya, alihkan sedekah² itu kepada anak yatim / surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang sholat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.

Biasakan sedekah subuh walau cuma Rm1, walau dilakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.*

Kredit:Ustadz Syekh Ali Jaber.

3 months ago

Assalamualaikum & Selamat Pagi.☘️*

❤️?❤️?❤️?❤️?❤️

Bismillah.

Saat dirimu di uji dalam keadaan apa sekalipun..
Tasbihkanlah ALLAHuakhbar, SubhannaALLAH dan Alhamdulillah dalam hatimu..
Kerna semuanya bermula dengan hati. Hati yang ikhlas menerima semua itu sebagai tanda ALLAH menguji sebab sayang.

Sebab sayang, ALLAH pilih kita..?

Jika ALLAH memilihmu kesini..
Alhamdulillah,, kamu adalah pilihanNya yang ALLAH lihat dari dalam dirimu ada "kesungguhan”.?

Jadi.. setiap katamu adalah doa..
Setiap niat yang terlafaz dihati adalah doa.
Jadi senyumlah dan kata selalu dalam hati.. Alhamdulillah yaaa ALLAH..☺️*

@Dakwah_Bidadari ?

3 months ago

Seorang lelaki berkata kepada Zuhair Ibnu Nu'aim رحمة الله تعالى,

"Wahai Abu Abdurrahman, engkau ingin memberikan wasiat?"

Dia menjawab,

"lya, waspadalah engkau. Jangan sampai Allah mencabut nyawamu sedangkan kamu tenggelam dalam kelalaian."

Aina Nahnu min Haa'ulaa'i, hal. 142 ~

#KalamUlama

3 months, 1 week ago

SEBENARNYA TAK PERLU SUSAH2 SIMPAN DUIT UNTUK ANAK2 KITA...

Bak kata ustaz baru2 niee... buat apa mu dok simpan duit banyak2. Untuk anak cucu ustaz. Anak2 cucu mu ada rezeki masing2. Di usia tua, savings mu tak dapat menolong pun dalam kubur.

ADA DUIT - DERMA atau kembara lihat ciptaan ALLAH SWT??

"Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.

Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.

Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di 'renovate' berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20x40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.

Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.

Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana."

Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua.  Allahuakbar!!!

@Dakwah_Bidadari ?

3 months, 1 week ago

*??‍♀️...Usik-Usik
Sebelum Tidur..?*

Allahumma Solli Wasallim Ala Saiyyidina Muhammad saw.

Cari Keberkatan
dalam Rezeki

Rezeki ni bukan pasal tak masuk semata-mata tapi lebih kepada persoalan berkat atau tak. Berkat itu yang perlu dicari. Berkat rezeki perlu diusahakan dengan menjaga asbab-asbab berkat dibawah:

1) Jaga hubungan dengan Allah
2) Jaga hubungan dengan keramat hidup
3) Jaga hubungan silaturahim dengan adik beradik, saudara mara, jiran-jiran dll
4) Jaga hubungan dengan guru
5) Jaga pemakanan yang halal
6) Membaca Alquran dan mengamalkan zikir serta selawat
7) dll

Keberkatan ni kalau buat sikit je boleh jadi banyak. Tak perlu nak struggle kerja 24 jam tapi ibadah kelaut. Mengaji Quran kelaut. Dengan mak ayah berdendam bertahun-tahun.

Dalam hidup ni keberkatan no 1. Jadi jagalah keberkatan. Dan dapatkan ilmu untuk mencari keberkatan untuk kita mendapat ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat.

#Selamat Malam..?
#Hidupkan Sunnah Nabi
#Buat apa yg Allah suka
#Ambil Wuduk sebelum Tidur
#Doakan Saya Maafkan Saya*
?Allah
?*Muhammad SAW

3 months, 1 week ago

*Orang hebat dia tahu jika dia lalui proses yang sukar dan susah, dia akan dapat perkara best di hujungnya nanti. Satu kesulitan mustahil mengalahkan dua kemudahan.

”Para pembaca pasti sudah seringkali mendengar ayat berikut
,فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(QS. Al-Insyirah: 5)

Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(QS. Al-Insyirah: 6).

Ini janji Allah, bukannya janji manusia kan. Dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.

Orang hebat itu tahu yang segala apa yang dia lalui sekarang akan kuatkan dia hari esok.

Orang hebat itu juga tahu yang dia sendiri akan berubah mentalnya, akan berubah kekuatan tubuhnya, kekuatan jiwanya. Semua akan merubah dan jadikan dirinya kuat dan hebat.

Marilah kita coba merenungkan bagaimanakah tanggapan para pakar tafsir mengenai ayat di atas. Al Hasan Al Bashri mengatakan bahwa ketika turun surat Alam Nasyroh ayat 5-6, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Khabarkanlah bahwa akan datang pada kalian kemudahan. Karena Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.

Anda insan hebat kan?

Allah itu kan mengikut sangkaan hambaNya.#SebarkanKebaikan Tekan like dan share sebagai sedekah ilmu untuk rakan-rakan lain baca juga post ni.
Thanks.

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat untuk semua.*

@Dakwah_Bidadari

3 months, 2 weeks ago

*Menyembunyikan kebaikan yang kita lakukan - Ustaz Wadi Annuar
.

.
Orang soleh sebaik mungkin memelihara keikhlasan dengan menyembunyikan amalan dan kebaikannya daripada pandangan manusia. Sebagaimana mereka menyembunyikan aib dan kekurangannya.

Keikhlasan bukanlah di lafaz di hujung lidah tetapi ia diterbit dari hati.Semakin disembunyikan amalan dan pemberian,semakin manis nikmatnya keikhlasan.
@Dakwah_Bidadari
?*

3 months, 3 weeks ago

Assalammualaikum
Selamat pagi jiwa-jiwa hebat?

Ya allah..
Kau izinkan kami
Bernafas lagi dibumi-mu
SYUKUR dan puji kami mengharungi cabaran-Mu hari ini.

JANGAN biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang telah Engkau berikan.
Dan jangan biarkan kami hanyut dengan kesedihan dan kekecewaan yang telah engkau takdirkan.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago