Unlock a World of Free Content: Books, Music, Videos & More Await!

MFAZ (Fawaid Ilmu)

Description
Laman yang menghimpunkan faedah-faedah ilmu Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-

Dikendalikan oleh Ustaz sendiri dan beberapa orang admin dalam kalangan ahli keluarganya.

نسأل الله يجعلها خالصًا لوجه الله الكريم
Advertising
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 1 month, 3 weeks ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

Dalam group ini Sir Race akan kongsikan banyak tips belajar, ebook, info biasiswa dan macam2 lagi secara PERCUMA.

Jangan share any link dalam group ini, akan diremove and ban. Pandai pandailah hidup nanti.

Last updated 4 days, 14 hours ago

1 week, 4 days ago

Pengumuman

Kuliah Al-Wabil al-Sayyib Ustaz malam ini DITANGGUHKAN.

- Admin laman Telegram MFAZ (Fawaid Ilmu)

1 week, 4 days ago

BENARKAH BAKKAH DALAM AL-QURAN MERUJUK PETRA JORDAN

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, benarkah dakwaan golongan yang mengatakan Bakkah dalam al-Quran itu bukan merujuk Makkah di Arab Saudi tapi ia merujuk Petra Jordan.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabaraktuh. Dakwaan ini batil dan jelas merupakan bentuk kejahilan dan ilhad (penyelewengan). Ia berpunca daripada berpalingnya seseorang daripada tafsiran Ulama Salaf.

Firman Allah Taala:

إِنَّ أَوَّلَ بَیۡتࣲ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِی بِبَكَّةَ مُبَارَكࣰا وَهُدࣰى لِّلۡعَـٰلَمِینَ

Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi hidayah bagi seluruh alam. [ Ali-Imran:96 ]

Bakkah dalam bahasa arab sama maknanya dengan Makkah, disebutkan dengan huruf "Ba'" kerana ia adalah badal (penggantian) huruf "Mim" kepada "Ba'" menurut lahjah Mazin dan selain mereka.

سمَّد رأسَه وسبَّده؛ إذا استأصله. وشَرٌّ لازِم ولازِب.

Hal ini sebagaimana diungkapkan oleh Imam Ibnu Qutaibah (wft:276H) dalam Gharib al-Quran, Al-Zajjaj (wft:311H), An-Nahhas (wft:338H) dalam Ma'ani al-Quran, Ibnu 'Atiyyah al-Gharnati (wft:546H) dalam Al-Muharrar al-Wajiz, juga ia merupakan tarjih Imam Ibnu Jarir al-Tabari (wft:310H) yang menyatakan Bakkah merujuk kepada Makkah dan ia adalah sama. Adapun Bakkah bermaksud tempat manusia bersesak-sesak mengerjakan ibadat haji dan ada beberapa lagi maksud yang diungkapkan oleh ulama salaf. Demikian juga Al-Hafiz Ibnu Kathir (wft:774H) dalam tafsirnya menyebutkan Bakkah termasuk nama-nama lain bagi Makkah.

Perbezaan lafaz Bakkah dan Makkah datang dalam beberapa riwayat Salaf menyatakan (sempadan) Makkah daripada al-Fakhhi sampailah ke al-Tan'im, manakalah (sempadan) Bakkah bermula daripada Baitullah (Kaabah) sehinggalah Al-Batha'. Ada juga mengatakan Bakkah merujuk tempat atau tapak Kaabah itu sendiri iaitu lembah Kaabah yang asal manakala Makkah pula meliputi kawasan sekelilingnya atau yang setelahnya. Walaupun mereka berbeza pendapat daripada sudut penentuan makna Makkah dan Bakkah daripada asal pembentukan katanya namun ia tetap tidak terkeluar daripada maksud kawasan Makkah itu sendiri.

Kesimpulannya tiada seorang pun dalam kalangan Salaf, sama ada sahabat Nabi, tabiin mahupun pengikut mereka dalam kalangan mufassirin baik salaf dan khalaf yang mentafsirkan "Bakkah" sebagai tempat di luar kawasan Makkah apatah lagi dengan mendakwa di Petra Jordan. Boleh dikatakan sudah berlaku ijmak mufassirin (ahli tafsir) bahawa Bakkah dalam ayat tersebut merujuk kepada Makkah sendiri. Sesiapa yang membawa tafsiran yang kedua atau ketiga yang tidak ditafsirkan oleh Salaf maka tafsirannya itu batil dan menyalahi ijmak mereka. Dan ia termasuk dalam ancaman Nabi ﷺ :

من قال في القرآنِ برأيِه فليتبوَّأْ مقعدَه من النَّارِ

Sesiapa yang berkata tentang al-Quran dengan menurut pendapatnya sendiri maka persiaplah tempat duduknya daripada neraka!.

[ HR Al-Tirmidzi no:2951, Ahmad no:2976: hasan menurut Imam Al-Tirmidzi dan asalnya dalam Sahih al-Bukhari no:3461 ]

Wallahualam.

MFAZ.

1 week, 4 days ago

Golongan yang menafikan atau meragui keberadaan Kaabah dan Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi sekarang sama seperti orang yang menafikan atau meragui menara berkembar Petronas yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

Keberadaan Kaabah di Makkah, Arab Saudi disabitkan secara mutawatir zaman berzaman dan ia adalah ijmak seluruh kaum muslimin, nasrani, yahudi dan seluruh manusia di zaman ini sebagaimana keberadaan menara berkembar Petronas juga telah disepakati secara mutawatir dan ijmak oleh seluruh penduduk dunia bahawa ia berada di Kuala Lumpur, Malaysia.

Justeru termasuk kebodohan yang nyata apabila muncul golongan jahil dan pelik menafikan atau meragui asal keberadaan kiblat umat Islam tersebut di Makkah.

Wallahualam.

MFAZ

2 weeks, 4 days ago
2 weeks, 4 days ago

Tambahan:

Jika kita teliti lafaz-lafaz doa Nabi ﷺ sendiri, baginda mengikatkan kebaikan dan keberkatan dalam permintaan rezeki.

Contohnya doa Nabi ﷺ kepada Ummu Sulaim, iaitu ibunda Anas bin Malik r.a:

اللهم أكثر مالَه وولدَه، وبارك له فيما أعطيتَه

Ya Allah banyakkanlah hartanya dan anaknya, dan BERKATILAH untuknya apa yang telah Engkau kurniakan kepadanya.

[ Muttafaqun 'alaih ]

Adapun doa minta rezeki seluas lautan, ana melihat ia sama sahaja tipikal doa orang melayu dahulu kala yang minta kacak seperti Nabi Yusuf, kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman dan seumpamanya yang termasuk dalam maksud hadis Nabi ﷺ :

إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء

Sesungguhnya akan berlaku dalam umat ini satu kaum yang melampaui batas dalam bersuci dan berdoa.

[ HR Abu Daud: sahih ]

Kata Syeikh Al-'Abbad -hafizahullah-

أن يسأل الإنسان منزلة لا يستحقها، ويسأل شيئاً يكون متعدياً فيه

Maksud melampaui batas dalam doa: seseorang itu meminta kedudukan (permintaan) yang tidak selayaknya, dan meminta sesuatu yang ada bentuk melampaui batas dalamnya.

[ Syarh Sunan Abi Daud lil 'Abbad 19/14 ]

Wallahu'alam.

MFAZ.

2 weeks, 4 days ago

DOA MINTA REZEKI SELUAS LAUTAN?

Soalan: Salam ustaz, bolehkah doa minta rezeki seluas lautan? adakah ia menepati Sunnah?

Jawapan:

Waalaikumussalam.

Doa minta rezeki seluas lautan ini bercanggah dengan sunnah yang diajarkan Nabi ﷺ dalam doa. Apa yang Nabi ﷺ ajarkan adalah minta rezeki yang baik.

Sabda Nabi ﷺ :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Ya Allah aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

[ HR Ibnu Majah no: 925, sanadnya sahih ]

Ini jugalah suruhan Allah ﷻ agar makan rezeki yang halal lagi baik sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat :168, Al-Maidah ayat:88, An-Nahl ayat:114 dan seumpamanya.

Satu lagi, menurut sudut pandang ahli hikmah, lautan ini jika dikaitkan dengan urusan keduniaan seperti rezeki maka ia membawa konotasi negatif, menunjukkan orang yang meminta rezeki seluas lautan itu seorang yang tamak haloba.

Diriwayatkan dalam Kitab Al-Zuhd oleh Imam Ibnu Abi al-Dunya hal 151:

Nabi Isa alaihissalam pernah berkata:

طَالِبُ الدُّنْيَا مِثْلُ شَارِبِ مَاءِ الْبَحْرِ، كُلَّمَا ازْدَادَ شُرْبًا ازْدَادَ عَطَشًا حَتَّى يَقْتُلَهُ

Pencari dunia itu umpamanya seperti peminum air laut, setiap kali bertambah dia minum maka makin bertambahlah kehausannya sehingga ia akan membunuhnya.

Maksudnya tidak sesuai jika kita minta rezeki seluas lautan, kerana ia melambangkan sikap tamak haloba dan mementingkan kepentingan diri sendiri dan menatijahkan permintaan terhadap sesuatu yang tidak pernah akan memuaskan seperti minum air laut yang tidak pernah menghilangkan rasa haus bahkan akan memudaratkan.

Nasihat ana, jika hendak berdoa pastikan belajar adab-adab doa, sebaiknya lazimi doa-doa yang warid lagi sahih daripada Nabi ﷺ dan para sahabatnya kerana doa itu ibadah dan ibadah doa ini juga ada seninya yang perlu diperhalusi.

Wallahualam.

MFAZ.

2 months, 3 weeks ago

Tambahan: Pensyariatan melatih anak-anak kecil untuk berpuasa juga merupakan zahir mazhab Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya ketika meletakkan hadis Al-Rubaiyyi' dalam Bab Puasa Kanak-Kanak.

Dalilnya hadis Al-Rubaiyyi' binti Mu'awwiz r.a katanya:

وَنُصَوِّمُ صِبْيَانَنَا، وَنَجْعَلُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ ، فَإِذَا بَكَى أَحَدُهُمْ عَلَى الطَّعَامِ أَعْطَيْنَاهُ ذَاكَ حَتَّى يَكُونَ عِنْدَ الْإِفْطَارِ.

Kami dahulu (para sahabat Nabi) melatih anak-anak kecil kami untuk berpuasa, kami buatkan untuk mereka mainan daripada bulu yang berwarna, apabila salah seorang dalam kalangan mereka (anak-anak kami) menangis meminta makanan kami memberikan mainan tersebut sehinggalah (mereka sempurnakan puasa) pada waktu iftar.

[ HR Al-Bukhari no: 1960 ]

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani rahimahullah:

وفي الحديث حجة على مشروعية تمرين الصبيان على الصيام

Dalam hadis ini mengandungi hujjah menunjukkan disyariatkan latihan untuk kanak-kanak berpuasa.

[ Rujuk Al-Fath ]

Difahami juga daripada hadis ini, bagi ibu bapa yang sibuk menyediakan juadah berbuka atau urusan-urusan lain agar memberikan mainan-mainan yang diharuskan bagi memalingkan anak-anak mereka daripada mengganggu atau untuk mengelakkan mereka kebosanan atau keletihan ketika berpuasa.

wallahu'alam.

MFAZ.

2 months, 3 weeks ago

Fawaid Ramadan (2): Ramadan 1445H

Kanak-kanak tidak diwajibkan untuk berpuasa. Tidak juga diqada' puasa yang ditinggalkannya sebelum akil baligh.

Jika anak-anak yang sudah mumayyiz berusia dalam lingkungan 7 tahun dan ke atas, ibu bapa boleh memerintahkannya untuk berpuasa jika anak tersebut mampu sebagai bentuk latihan. Jika anak tersebut berusia 10 tahun boleh dipukul jika dia meninggalkan puasa Ramadan dikiaskan dengan hadis perintah solat untuk anak-anak ketika usia 7 tahun dan pukul ketika 10 tahun.

Imam An-Nawawi dalam Al-Majmuk menyatakan yang sahih anak yang mumayyiz itu tidak ditentukan dengan usia, tetapi ditentukan dengan pemahamannya terhadap khitab (ucapan) dan pemahaman. Sebahagian fuqaha' mengatakan jika dia sudah mampu memakai pakaian sendiri, ke tandas dan istinjak sendiri itulah batasan mumayyiz yang boleh diperintahkan untuk berpuasa.

Syarat "kemampuan" bagi kanak-kanak mumayyiz tersebut untuk diperintahkan berpuasa adalah menurut pendapat Imam Al-Zuhri, Qatadah, Ata, Hasan Al-Basri, Ibnu Sirin, Imam Al-Syafi'i rahimahumullah.

Menurut Imam Al-Awzaie dilihat pula keadaan kanak-kanak yang mumayyiz itu, jika dia mampu berpuasa tiga hari berturut-turut tanpa rasa letih, mengeluh dan lemah maka dia mampu untuk berpuasa sebulan penuh. Jika tidak mampu, tidak perlu diperintahkan. Jika separuh hari atau sehari sahaja dia bertahan, ada keluhan, letih dan lemah maka tidak perlu diperintahkan untuk kanak-kanak tersebut untuk berpuasa.

Wallahualam.

MFAZ.

2 months, 3 weeks ago

Fawaid Ramadan (1): 1 Ramadan 1445H

Suhur : (perbuatan bangkit untuk makan sahur). Sahur : makanan atau minuman yang dimakan pada waktu sahur.

Suhur/Sahur adalah sunnah yang digalakkan dan tidak berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dengan ijmak Ulama.

Sabda Nabi ﷺ :

تَسَحَّروا فإنَّ في السحور بركة

Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu adanya keberkatan.

[ HR Al-Bukhari & Muslim ]

Sabda Nabi ﷺ :

السحور أكله بركة فلا تدعوه، ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء فإن الله وملائكته يصلون على المتسحرين

Bersahur itu, makannya adalah berkat maka jangan kalian meninggalkannya, walaupun dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (mendoakan) kepada orang yang bersahur.

[ HR Ahmad no:11086, Sahih Al-Jaami' no:3683: hasan ]

Sabda Nabi ﷺ :

فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب : أكلة السحر

Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur. [ HR Muslim ]

Disunnahkan melewatkan sahur dalam kadar bacaan 50 ayat Al-Quran yang pertengahan sehinggalah azan subuh, tiada penetapan khusus waktunya. Yang penting semakin lewat semakin bagus untuk memberikan kekuatan pada badan untuk berpuasa. Difahami juga daripada hadis tentang sunnah melewatkan sahur, makanan sahur para sahabat Nabi r.a adalah makanan yang mudah penyediaannya seperti kurma dan air, adapun uruf setempat kita makan dengan makanan yang perlu disiapkan dengan agak lama (seperti nasi, lauk pauk) tiada masalah untuk makan apa sahaja yang dihalalkan dan mudah asalkan sampai maksud sunnah melewatkan sahur tersebut. Digalakkan juga untuk banyak berdoa dan beristighfar dalam waktu sahur berdasarkan ayat 17 Surah Ali-Imran dan 18 Surah Al-Dzariyat.

Wallahualam.

MFAZ.

2 months, 3 weeks ago

Ahad || 29 Syaaban 1444H/ 10 Mac 2024

Pengunguman & Peringatan:
Kuliah Akidah: Syarh Al-Sunnah lil Barbahari (Siri ke 43 ( sambungan syarah Matan [16] Beriman dengan azab kubur, malaikat Munkar dan Nakir di Akademi Sunnah (online, youtube live Akademi Sunnah) jam 8:30 pagi.

- Admin laman Telegram MFAZ (Fawaid Ilmu)

We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 1 month, 3 weeks ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

Dalam group ini Sir Race akan kongsikan banyak tips belajar, ebook, info biasiswa dan macam2 lagi secara PERCUMA.

Jangan share any link dalam group ini, akan diremove and ban. Pandai pandailah hidup nanti.

Last updated 4 days, 14 hours ago