Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

Ustaz KRT (Kebahagiaan Rumah Tangga)

Description
BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 3 weeks ago

1 week, 5 days ago

Tiada ketenangan dan anugerah yang terbesar oleh suami apabila memiliki isteri yang dapat membantunya dalam kehidupan berumahtangga.

¶ Sabda Nabi saw :

.."Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah maka Allah akan menolongnya dalam sebahagian agamanya. Hendaklah sebahagian lain dia bertakwa"...
[HR Al-Hakim]

Kerana itu pemilihan isteri untuk dikahwini, membimbing isteri serta memimpin keluarga ke arah kebaikan adalah suatu yang penting buat lelaki.
.......................

Dari sudut pandang yang lain,

Bukan mudah menjadi isteri yang solehah jika tiada keazaman di dalam diri. Namun, itulah perjalanan untuk seorang wanita dalam mencari syurganya.

Isteri yang solehah ini, dia mampu menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan suaminya dengan kosisten. Tidak timbul masalah antara suami dengan isteri dalam menjalankan peranan sebagai hamba Allah.

Oleh itu,

Jadilah suami isteri yang saling bermatlamat akhirat, in shaa Allah dinaungi rahmat dariNya.
#tilljannah

~ kebahagiaanrumahtangga

2 weeks ago

Rumah adalah NIKMAT

Banyak sekali kegunaan rumah bagi seseorang. Rumah adalah tempat makan, tidur, istirehat dan berkumpul dengan keluarga, isteri, anak-anak, juga tempat melakukan kegiatan yang paling peribadi dari setiap anggota keluarga.

¶ Allah berfirman :

..."Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu"...[Al-Ahzab : 33]
.......

Jika kita renungkan keadaan orang-orang yang tidak memiliki rumah, yakni orang-orang yang hidup di pengasingan, gelandangan malah saudara kita yang berada di BUMI PALESTIN : tanah mereka dijajah, rumah mereka dirampas@dimusnahkan, nescaya kita memahami benar nikmatnya ada di rumah.

Oleh itu,

Jadikanlah 'rumah' kita sebagai 'syurga' yang mana ia penuh dengan kebaikan, kesejahteraan, keberkatan dan kedamaian☺️.

~ kebahagiaanrumahtangga

3 weeks, 2 days ago

Sobah Al Khair semua 😊

Orang yang sedih:

1) Orang yang banyak mengenang kisah silam yang lalu.

2) Orang yang takut dengan masa depan.

Sedangkan masa lalu ia telahpun berlalu. Terus pandang masa depan. Dan jangan terlalu takut dengan masa depan sebab kita ada Allah yang membantu kita berhadapan dengan masa depan.

Jadi hargailah masa sekarang agar masa depan lebih cerah. Kisah lalu sebagai pengajaran & sekadar motivasi diri untuk jadi lebih baik.

Move On! 😊

3 months ago

Apabila datang Ramadhan, ramai orang beranggapan nak ihyaa Ramadhan dengan pengisian sedekah, baca Al-Quran, solat sunat dan lai-lain…

Tapi ramai yang terlupa dan terabaikan kehendak satu ayat Al-Quran Al-Baqarah 287..

احل لكم ليلة الصيام الرفث الى نساءكم ، هن لباس لكم وانتم لباس لهن

ayat ni kata malam-malam Ramadhan boleh bergaul dengan isteri…

Apa kata ulama tengang ayat ini dan kelebihan "bergaul" dgn isteri di malam hari Ramadhan?

Antara kelebihannya..

1) jimak adalah perkara sunat / sunnah Nabi saw..

2) sesiapa yg berpuasa di siang hari, dan malamnya menggauli isteri..jika dapat anak ia dari benih yang baik, akan mendorong ke arah anak yang soleh, mudah dibentuk.

3) dapat berpuasa di siang hari dengan tenang, kerana kehendak nafsu sudah terlampias di malam hari secara halal..jadi dapat lah fokus dengan ibadah puasa di siang hari.

Namun, Nabi SAW akan menjauhi dari menggauli isteri Baginda terutama pada 10 malam akhir Ramadhan untuk memburu LailatulQadr.

Menggauli pasangan di malam hari Ramadhan juga merupakan ibadah yang berpahala.

Wallahu a’lam.

3 months, 1 week ago

Salam Ramadan 1445 kepada semua ahli keluarga Ustaz KRT.

Jangan dibiarkan berlalunya Ramadan tanpa diisi dengan amal ibadat. Hargailah setiap detik di bulan Ramadan. Jika kita tahu berapa nilai Ramadan, pasti kita akan berharap Ramadan sepanjang tahun.

Selamat berpuasa semua. Jangan lupa niat puasa sebulan Ramadan malam ni ya! 😊

3 months, 3 weeks ago
4 months, 1 week ago

Semakin baik solat, semakin bahagia suami isteri in shaa Allah

4 months, 1 week ago

Suami tolong sidai baju…

4 months, 2 weeks ago
Ustaz KRT (Kebahagiaan Rumah Tangga)
4 months, 2 weeks ago
Ustaz KRT (Kebahagiaan Rumah Tangga)
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 3 weeks ago