Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

inche_lebah - Healing Untuk Matang

Description
Tulisan-tulisan healing daripada inche lebah, coretan harian, nota dan aksara matang. ♥️
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 week, 2 days ago

1 week, 2 days ago

Air mata yang gugur pada pipi kamu itu, bukan suruh kamu berhenti bertahan, tetapi nak sedarkan bahawa kamu itu punya Tuhan.

Kamu ada masalah, jangan mengeluh, tetapi meluah. Luahkan segala-galanya pada Tuhan, sehingga tidak tersisa sedikit pun apa yang tinggal.

Bukankah Allah itu al-Jabbar, Maha Penyembuh? Kamu tak yakin ke?

- inche_lebah

1 week, 3 days ago

Bukan semua yang indah itu ada di langit, mungkin ada di dahan, mungkin juga ada di tanah.

Yang pasti, bila ia ada di hati, semuanya akan nampak indah. Walaupun pada mulanya sakit dan susah.

- inche_lebah

1 week, 5 days ago

Jangan buat semua perkara dalam satu masa, tapi buat satu-satu sampai habis semua perkara.

Barulah kamu takkan penat.

Pelangi pun tak campurkan semua warna dalam satu garis. Cukuplah setiap garis menyerlahkan setiap warna.

- inche_lebah

2 months, 1 week ago

Kawal perasan kamu, jangan biarkan marah menguasai diri kamu, kamu ada sesuatu yang dia tak ada. Iaitu sebuah nilai.

- inche_lebah

2 months, 1 week ago

Seperti yang dijanjikan. Hanya 500 pembeli terawal sahaja yang dapat special gift.

Cepat! Tempah buku healing untuk matang di bawah sekarang! Harapnya korang dapat jadi 500 terawal. 🥺🥺🥺🥺

👇

https://hamarepublication.onpay.my/order/form/PREORDERHEALING/2

2 months, 1 week ago

Sampai satu masa, kamu akan penat sehingga tidak mampu berkata-kata, tetapi hanya mampu mengalirkan air mata.

- inche_lebah

2 months, 2 weeks ago

Tak perlu ikut cakap orang, kamu kenal dengan diri kamu.

Walaupun keputusan kamu agak terpencil, tapi itu jauh lebih baik daripada mereka yang memperkecil.

- inche_lebah

2 months, 2 weeks ago

Tolong jaga perasaan kamu, jangan campur adukkan dengan kemarahan.

Jika kamu bencikan dia berubah, jangan sampai dia mengubah kamu. Kerana kamu itu ada nilai, walaupun dia buta dalam menilai kamu.

- inche_lebah

2 months, 2 weeks ago

Allah mengatur hidup kamu untuk bertemu dengan orang yang kamu tak suka, bukan bermaksud Allah tak suka kamu.

Tapi Allah sedang menyusun asbab untuk kamu meraih bahagia dengan penuh cinta.

Maka, selalulah ingatkan ini pada diri,

فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
“Maka Bersabarlah Dengan Sabar Yang Baik."

- inche_lebah

2 months, 3 weeks ago

Kamu sedang berada di dalam kesulitan, maka kamu perlu ambil kesempatan. Doa sungguh-sungguh sebelum berbuka puasa, kerana masa itu adalah waktu mustajab untuk melangitkan doa.

Bukankah Allah pernah beritahu,

أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila ia memohon kepada-Ku."

- inche_lebah

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 week, 2 days ago