Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

MuslimahOnHijrah 🌹

Description
Hijrah is not a crime. It just a way to make you tough in life.

Anything to share
@MuslimahOnHijrah_bot
Auto Swap Promote
@MslmhOnHjrh_bot

Follow us on 👇
Instagram | Twitter | Telegram
Advertising
We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
Website: https://www.memefi.club/
Chat: @memefi_chat

Last updated 1 week, 5 days ago

📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our instagram page now!

📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 13 hours ago

JOIN CHANNEL TELEGRAM UPUONLINE SESI 2024/2025 👉 https://t.me/upuonline2024

DISCLAIMER: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPUONLINE. HARAP MAKLUM‼️

Last updated 2 months, 1 week ago

1 month ago

Sebenarnya, dalam bidang keibubapaan, tidak kisahlah budaya mana pon; islam, barat, timur ke ape2 je lah, semuanya berpaksikan kepada ROLE MODEL IBU BAPA.

Bagaimana ibu bapa berakhlak, begitulah anaknya.
Jika baik, insyaAllah baiklah anaknya.
Jika tidak, maka tidaklah anaknya.

Anak2 ini akan lihat, kaji, segala tindak tanduk kita.
Mereka nampak, mereka ikut.
Jadi, kitalah kene baikkan tindak tanduk kita dahulu
Kitalah kene perbaiki tindak tanduk kita dahulu.
Kitalah kene jaga tindak tanduk kita dahulu.

Anak2 adalah acuan ibu bapa.
Aculah diri kita baik2.
Aculah diri kita sihat2.
Aculah diri kita cantik2.
InsyaAllah semuanya akan berbalik pada anak kita.

#MuslimahOnHijrah

1 month, 3 weeks ago
1 month, 4 weeks ago

Dulu kan masa study, bila sedih ke, resah ke, mesti open random page. Sebab senior kata time tu la kita dapat macam ayat2 pujukan dari terjemahan 🥲

Harini, takde niat nk open random page, just buka untuk baca, and sebenarnya hati tengah sedih tentang 1 benda.

Tup2 sampai pada surah At-Taghabun. Surah ni, memang favourite masa sekolah. Memang setiap masa dalam kepala. Surah yang setiap masa saya suka tulis atas cebisan kertas untuk pujuk rakan2 saya.

Dan harini, Allah taqdirkan surah ni untuk hilangkan sedikit resah dalam jiwa saya pula. Baiknya Allah, dan baiknya setiap taqdirNya.

Hanya kita saja yang lalai untuk berbalik pada DIA.

#MuslimahOnHijrah

2 months, 2 weeks ago
MuslimahOnHijrah 🌹
2 months, 2 weeks ago
MuslimahOnHijrah 🌹
2 months, 3 weeks ago
4 months, 2 weeks ago

Reem adalah lambang keberanian dan kekuatan muslimah Palestin.

Suaminya, Ziyad Awwad berkata:

"Reem individu yang sangat luar biasa."

Ziyad sendirilah yang menghantar Reem untuk pergi berjuang buat kali terakhirnya sebelum syahid.

Reem seorang yang taat pada suaminya dan memohon keizinan daripada Ziyad untuk berjuang dan diizinkannya.

Cita-citanya untuk beroleh syahid bermula sejak dari bangku sekolah lagi apabila mata kepalanya sendiri menyaksikan kematian demi kematian rakyat Palestin dan kezaliman demi kezaliman yang dilakukan Zionis.

Tekadnya itu berterusan sehingga berjaya menganggotai Al Qassam.

Jalan perjuangannya sangat indah dan tidak semua orang sanggup melakukannya. Hanya mereka yang benar-benar tinggi keimanannya dan besar cita-cita syahidnya sahaja yang mampu melakukan.

Reem memilih untuk menyertai Operasi Amaliyah Istisyhadiah.

Tugas itu kali pertama dan mungkin yang terakhir dilakukan oleh pejuang wanita Al-Qassam.

Reem menawarkan dirinya sendiri untuk posisi itu. Walaupun pada awalnya ditolak, Reem berkali-kali mendesak supaya diterima sehinggalah berjaya ditempatkan di posisi itu.

Tanggal 14 Januari 2004, syahidlah beliau. Aksi itu mengejutkan dunia dan memberi tamparan hebat kepada semua pihak.

Antara wasiatnya:

"Aku dambakan untuk bertemu Allah sebagai syahidah dan kedua anak yang aku sayangi ini aku serahkan kepada Allah untuk menjaganya."

Kata Syeikh Yusuf Al Qaradhawi:

"Penyertaan wanita dalam perjuangan di Palestin selepas yahudi menjajah tanah suci ini adalah tuntutan yang sangat besar. Kematian wanita dalam perjuangan juga adalah kemuliaan sebaris mujahidin. Syahid mereka juga diberkati Allah."

#IsraelCuak
#TaufanalAqsa
#infosemasa

Credit : Info Semasa Channel

#MuslimahOnHijrah

5 months, 2 weeks ago

Hakikatnya ramai yang nak berhijrah tapi mereka takut, sebab apa?
dengan pandangan masyarakat sekarang yang x habis habis nak menghentam dan mengungkit 😔..
dengan pulauan orang sekeliling, dengan ejekan yang diberikan..
Mcm mcm lagi lah kan?

Meh Kak Ad bagitahu kat hampa semua, apa orang nak kata, tolak tepi, toksah amek hal sangat hihi.. nanti depa depa jugak yang terasa dan sakit hati kan? huhu..

Kak Ad faham, bukan semua orang suka dengan penghijrahan kita.. Maklumlah, selama ni kita mcm dorang tup tup nak berubah plak kan?
So buat dunno jelah dengan orang mcm ni, bukan nya nak bagi galakan tapi bagi kata kata makian plak huhu

Setiap yang berhijrah tu ada dugaan kan?
hadapilah dengan tenang dan sabar k ;)
Kak Ad memang x hadapi apa yang kalian hadapi, tapi Kak Ad cuba bantu korang dengan bagi sokongan dari belakang ✌🏻

Andai kita antara yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk melalukan perubahan kebaikan, bersyukurlah dan teruskanlah dgn kebaikan.

Dicemuh? Dimaki? Dikeji? Dipulau? Diboikot?
Takpe, tetapkan dgn kebaikan.

ingat, dalam perjalanan hijrah kebaikan itu pasti ada masam, pahit, suram.. itu sememangnya lumrah kehidupan bg mereka yg berhijrah.... kerana itu adalah mahar untuk memperoleh syurga Allah yang indah..

usah jadikan kata kata negatif orang sebagai penghalang untok kita teruskan dgn kebaikan...

Teruskan penghijrahan korang k.
Kak Ad doakan yg terbaik buat korang 😍

_Kak Ad_
#MuslimahOnHijrah

5 months, 2 weeks ago

Menurut Imam al-Ghazzali, ujian hidup merupakan cara Allah untuk meneguhkan hati. Kerana itu semua Nabi yang diutus, diuji dengan sangat berat agar mereka belajar bersabar sehingga melahirkan keteguhan hati sepenuhnya kepada Allah. Keteguhan hati adalah darjat para Nabi. [Ihya’ Ulumiddin 1/26]

Orang beriman biasanya akan diuji dengan ujian yang semakin berat sesuai dengan kadar imannya sebagaimana para Nabi melalui proses yang sama. Selain menjadi kafarah dosa, ujian tersebut adalah cara Tuhan menaikkan darjat mereka hingga semakin hampir dengan darjat Nabi-Nabi.

Maka orang yang mengaku beriman tanpa pernah melalui ujian berat sepatutnya bimbang dengan tahap keimanan dan pandangan Tuhan terhadap mereka kerana sunnatullah bagi orang beriman itu akan selalu diuji Tuhan untuk membuktikan keimanan dan keteguhan mereka.

Ad-Dien Abdul Kadir
14/12/2023

Credit Telegram: Ad-Dien Abdul Kadir
#MuslimahOnHijrah

6 months, 3 weeks ago

Kak Ad nak share satu cara untuk kita lebih dekat dan memahami dengan ayat2 Allah.

Kita sediakan satu buku khas untuk satu surah yg kita baca.
Jika permulaan, boleh mula dengan surah terakhir dahulu.

Apa yg kita nak buat dengan buku tu?

Kita buat satu ayat, satu muka.
Tafsiran setiap perkataan.
Tadabbur setiap ayat.

Kalau boleh, kita dengar dari beberapa asatizah yg berbeza. Jangan fokus satu je.
Supaya ilmu yg kita dapat lagi luas dan menarik.

Kak Ad x ada contoh lagi, sebab Kak Ad baru nak mula ni ✌🏼

Nanti bila dah siap, Kak Ad share tau!

Jomlah buat sama sama ;)

#MuslimahOnHijrah

We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
Website: https://www.memefi.club/
Chat: @memefi_chat

Last updated 1 week, 5 days ago

📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our instagram page now!

📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 13 hours ago

JOIN CHANNEL TELEGRAM UPUONLINE SESI 2024/2025 👉 https://t.me/upuonline2024

DISCLAIMER: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPUONLINE. HARAP MAKLUM‼️

Last updated 2 months, 1 week ago