Unlock a World of Free Content: Books, Music, Videos & More Await!

My #HadithTime

Description
Rasulullah Suri Teladan
Advertising
We recommend to visit

Bu bazamizda 2-sinfga oid fayllarni topishingiz mumkin

Last updated 1 week ago

linktr.ee/163onmyneck

Last updated 2 months ago

PRIVATE NAYGAD + https://t.me/+dvVXS3QqRCxlMmE6


RESERVE https://t.me/+ySu-oUvkiQgyNTEy


Реклама\Вопросы @Batin_stid
Предложить видео @Shnir1_bot

Last updated 1 month ago

3 weeks, 5 days ago

DOA AGAR SEMUA TAKDIR KITA BAIK

Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengajarkan doa ini kepadanya:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku tahu mahupun yang aku tidak tahu. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala keburukan, yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku tahu mahupun yang aku tidak tahu."

(Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 3846)

Apa yang kita belajar daripada doa ini?
- Memohon kebaikan secara umum tanpa mengkhususkan jenis kebaikan.
- Boleh jadi kita mahukan sesuatu tapi kita tidak tahu sebenarnya ia tidak baik buat kita.
- Serahkan urusan kita kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita di dunia dan akhirat.

Semoga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja kepada kita di dunia dan akhirat.

https://mylink.la/myhadithtime

1 month ago

Tidak Peduli Makanan Halal Atau Haram

  1. Rasulullah pernah mengingatkan kita mengenai sebuah fenomena yang akan melanda pada umat ini iaitu mereka tidak lagi mempedulikan perkara halal atau haram. Sabda Rasulullah:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ، أَمِنَ الحَلاَلِ أَمْ مِنَ الحَرَامِ

“Akan datang satu zaman nanti, seorang lelaki tidak mempedulikan dari mana sumber (makanan) yang diambil, apakah dari halal atau perkara yang haram.” (HR al-Bukhari)

  1. Sehinggakan ada sebahagian kita yang sudah tidak sensitif dengan sumber makanannya sedangkan isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad:

أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: "كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً

“Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)

  1. Berhati-hati dalam menyuapkan makanan yang menjadi darah daging kita. Seorang Tabi’i yang masyhur Yusuf ibn Asbat pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan ini. Kata beliau:

إذا تعبد الشاب يقول إبليس: انظروا من أين مطعمه؟ فإن كان مطعمه مطعم سوء، قال: دَعُوه، لا تَشتغلوا به، دَعُوه يجتهد ويَنْصَب، فقد كفاكم نفسَه

“Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata: “Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita.” (al-Bayhaqi, al-Zuhd al-Kabir)

  1. Lihatlah perumpamaan yang diberikan oleh Yusuf ibn Asbat ini. Sehinggakan Iblis pun tidak mengganggu hamba yang sibuk beribadah sekiranya makanan mereka kotor kerana makanan yang tidak baik itu telah cukup merosakkan Muslim, luar dan dalam.

  2. Oleh itu jagalah sumber makanan kita. Makanan yang tidak halal boleh menjejaskan urusan doa kita kepada Allah bahkan dibimbangi kita telah menyuapkan sesuatu yang boleh merosakkan jiwa anak-anak kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

1 month ago

DOA BERLINDUNG DARIPADA HATI YANG TIDAK KHUSYUK

Zaid bin Arqam RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak mustajab.”

(Hadis Riwayat Muslim, no. 2722)

Semoga Allah SWT kurniakan kita hati yang khusyuk.

https://mylink.la/myhadithtime

2 months, 4 weeks ago
30 HARI LAGI menuju World [#QuranHour](?q=%23QuranHour) …

30 HARI LAGI menuju World #QuranHour dengan misi Surah Al-Jumu'ah. Jemput daftar di link ini: https://bit.ly/REGISTERWQH1445H

Daftar sebagai penganjur di lokasi masing-masing di: https://bit.ly/HOTSPOTWQH1445H

World #QuranHour
Ummah #GrandReset
#SurahAlJumuah

3 months ago

BISMILLAH SEBELUM MAKAN

Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Apabila seseorang daripada kamu hendak mula makan, bacalah: Bismillah (Dengan nama Allah). Jika terlupa membacanya ketika hendak mula makan, maka bacalah: Bismillahi fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)

(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 1858, Hasan Sahih)

1) Galakan menyebut Bismillah ini merangkumi ketika minum juga.

2) Hikmahnya supaya makanan itu terpelihara daripada dicuri oleh syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ، فَذَكَرَ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ، وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

"Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan ketika hendak makan, syaitan berkata kepada kawan-kawannya: Tiada tempat tinggal dan tiada makanan untuk kamu. Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumah, tidak menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata: Kamu telah dapat tempat tinggal dan makanan."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 2018)

Semoga Allah memelihara kita.

https://mylink.la/myhadithtime

3 months, 1 week ago

Menariknya Surah al-Jumuah

  1. Berdasarkan riwayat al-Imam Muslim, Rasulullah dikatakan sering membacakan Surah al-Jumu’ah dan surah al-Munafiqun dalam solat jumaat Baginda. Saidina Ibn Abbas berkata:

كَانَ يَقْرَأُ فِي صَلَاةِ الْجُمُعَةِ سُورَةَ الْجُمُعَةِ، وَالْمُنَافِقِينَ

“Sesungguhnya Baginda membaca dalam Solat Jumaat (dua surah iaitu), Surah al-Jumu’ah dan Surah al-Munafiqun. (HR Muslim)

  1. Menariknya Surah al-Jumuah ini dimulakan dengan lafaz tasbih melalui sighah mudarik iaitu Yusabihu Lillah. Sedangkan tiga surah musabbihat sebelum itu, lafaz tasbih pada permulaan ayatnya didatangkan dengan lafaz Fi’il Madi iaitu Sabbaha Lillah (dalam al-Saff, al-Hasyr dan al-Hadid)

  2. Timbul persoalan, apakah hikmah surah ini dimulakan dengan lafaz tasbih (Yusabbihu) sedangkan surah sebelum itu (Surah al-Saff) lafaz tasbih pada permulaan surah dimulakan dengan lafaz tasbih Sabbaha Lillah? Menurut Ibn Asyur, ini berkait rapat dengan konteks penurunan surah ini.

  3. Surah ini diturunkan bagi menegur sebehagian kaum Muslimin yang meninggalkan Rasulullah saat Baginda sedang berkhutbah. Tatkala Baginda sedang menyampaikan khutbah di Madinah, datanglah kafilah dagangan dari luar. Mereka yang sedang mendengar khutbah tersebut tiba-tiba meninggalkan Rasulullah berdiri keseorangan kerana mengejar perdagangan dunia. Firman Allah:

وَإِذَا رَأَوْاْ تِجَٰرَةً أَوْ لَهْوًا ٱنفَضُّوٓاْ إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَآئِمًا

“Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah).” (Surah al-Jumuah: 11)

  1. Mengulas ayat pertama daripada surah ini, Ibn Asyur menjelaskan bahawa, surah ini dimulakan dengan lafaz Yusabbihu kerana lafaz tasbih dalam format Fi’il Mudarik ini membawa maksud bahawa Allah akan sentiasa disucikan. Menurut Ibn Asyur, ini menunjukkan, sekalipun manusia meninggalkan Allah kerana mengejar habuan dunia, Allah tetap sentiasa disucikan tanpa mengurangkan apa-apa pun bagi-Nya.

  2. Menariknya juga dalam surah ini, Allah menyebutkan mengenai beberapa sifat kaum Yahudi. Anehnya, menurut Ibn Asyur, surah ini diturunkan pada tahun keenam hijrah, iaitu pada tahun Yahudi telah diusir dari Madinah. Dalam erti kata yang lain, kaum Yahudi telah hampir tiada di Madinah. Namun mengapa Allah menyebut tentang sifat Yahudi dalam surah ini?

  3. Peringatan mengenai sifat Yahudi ini barangkali kerana ada segelintir Muslim yang bersifat seperti Yahudi. Mereka memburukkan kebenaran, menghalang usaha dakwah, menyekat para pendakwah malah membanteras usaha untuk membantu kaum Muslimin.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://mylink.la/myhadithtime

5 months, 1 week ago
5 months, 1 week ago

Ayah Yang Soleh Dalam al-Quran

  1. Dalam Surah al-Kahf yang kita baca pada hari Jumaat ini, ada diceritakan bagaimana Allah memelihara anak kepada pasangan ibu bapa yang soleh. Perkara ini diceritakan dalam Surah al-Kahf. Firman Allah:

وَكَانَ أَبُوْهُمُا صَالِحاً

“Dan bapa mereka adalah orang yang soleh.” (Surah al-Kahf).

Disebabkan ibu bapa anak itu soleh, maka Allah memelihara harta dan anak tersebut daripada dizalimi.

  1. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Qurtubi menjelaskan:

ففيه ما يدل على أن الله – تعالى - يحفظ الصالح في نفسه وفي ولده وإن بعدوا عنه

“Maka dalam ayat ini terdapat petunjuk yang menyatakan bahawa Allah memelihara seorang lelaki yang soleh itu dan anaknya juga sekalipun anak tersebut jauh darinya.”

  1. Begitu juga al-Imam Ibn Kathir melontarkan pandangan yang sama. Kata beliau:

فيه دليل على أن الرجل الصالح يحفظ في ذريته

“Ayat ini mengandungi pengajaran bahawa lelaki yang soleh, akan dipelihara zuriat mereka.”

  1. Atas kefahaman ini seorang Tabien bernama Said ibn Musayyib berkata kepada anaknya:

لأزيدنَّ في صلاتي مِنْ أجلِك ، رجاءَ أنْ أُحْفَظَ فيكَ

“Aku akan menambah (kualiti dan kuantiti) solatku dengan harapan supaya engkau dipelihara."

  1. Ini bererti sekiranya kita inginkan supaya Allah membantu kita dalam menjaga anak kita, kita seharusnya menjadi ibu bapa yang soleh dahulu. Nescaya Allah akan membantu memelihara anak kita.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

5 months, 2 weeks ago

Hentikan Budaya Pickup Line

  1. Tular baru-baru ini video pelajar sekolah yang mempersembahkan pickup line dalam aktiviti sekolah di hadapan khalayak. Perbuatan ini amat tidak sesuai buat pelajar sekolah malah menjatuhkan sifat malu seorang anak gadis.

  2. Kemuliaan anak gadis adalah pada kesungguhan dia menjaga kehormatan dan maruah dirinya. Allah menampilkan contoh yang terbaik dalam al-Quran tentang kisah anak gadis di Madyan.

  3. Ketika lari keluar daripada kezaliman Firaun, Allah menggambarkan bagaimana Nabi Musa bertemu dengan dua orang gadis di Madyan. al-Quran menerangkan beberapa ciri yang ditampilkan oleh kedua anak gadis tersebut ketika mereka berusaha untuk mendapatkan air buat ternakan mereka. Perkara ini direkodkan dalam surah al-Qasas ayat 22 hingga 26.

  4. Menurut Sheikh al-Sabuni, kedua anak gadis ini amat memelihara kehormatan mereka dengan menjaga batasan pergaulan. Mereka mengasingkan diri mereka daripada bersesak dan percampuran yang terbuka sehingga keadaan mereka ini disedari oleh Nabi Musa. Perkara ini dipaparkan dalam al-Quran ketika babak anak gadis ini menunggu giliran mereka mengambil air. Kata anak gadis tersebut seperti yang dinukilkan dalam al-Quran:

لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

“Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya ".

  1. Apa yang paling jelas sekali adalah, kedua anak gadis tersebut digambarkan sebagai memiliki sifat malu yang tinggi. Perkara ini ditampilkan secara spesifik apabila Allah menerangkan perlakuan mereka ketika berjalan dengan lafaz “mereka datang berjalan dalam keadaan malu-malu.”Firman Allah:

فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ

Maksudnya: Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu…”

  1. Begitulah kisah ringkas dalam Surah al-Qasas yang membayangkan sifat anak gadis yang memiliki perwatakan yang baik serta berakhlak yang tinggi. (1) Mereka menjaga kehormatan serta batasan pergaulan, (2) mereka tidak keluar rumah melainkan dengan keperluan dan (3) mereka memiliki sifat malu yang tinggi.

  2. Mereka tidak semudahnya melakukan perbuatan yang merendahkan kedudukan mereka di khalayak ramai. Budaya yang tidak baik ini dibimbangi menyerap ke dalam jiwa anak-anak sehingga mengikis sifat malu yang dianjurkan dalam Islam.

  3. Ingatlah mereka yang memulakan budaya yang merosakkan masyarakat ini, dibimbangi akan kembali kesannnya kepada mereka yang membawanya sehingga dipertanggungjawabkan ke atasnya di hadapan Allah kelak.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

6 months, 4 weeks ago

DOA RASULULLAH APABILA MASUK TANDAS/TOILET

Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah SAW hendak masuk ke dalam tandas, baginda akan berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ

"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan jantan dan betina."

(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 142 & Muslim, no. 375)

Mungkin kita sudah tahu dan hafal doa ini, tapi adakah kita konsisten mengamalkannya? Semoga Allah SWT memelihara dan membimbing kita.

https://t.me/MyHadithTime

We recommend to visit

Bu bazamizda 2-sinfga oid fayllarni topishingiz mumkin

Last updated 1 week ago

linktr.ee/163onmyneck

Last updated 2 months ago

PRIVATE NAYGAD + https://t.me/+dvVXS3QqRCxlMmE6


RESERVE https://t.me/+ySu-oUvkiQgyNTEy


Реклама\Вопросы @Batin_stid
Предложить видео @Shnir1_bot

Last updated 1 month ago