Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

DrZaharuddin Group

Description
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 3 weeks ago

1 week, 3 days ago

Kita berqurban BUKAN mencari yang paling murah dan bukan juga paling mahal, tetapi Qurban dengan ikhlas hati mujahadah lawan kecintaan hati terhadap harta dan wang. Lalu sanggup dikorbankan sebagai suatu ‘sijil’ bukti keimanan dan kesyukuran atas hidayah yang diperolehi. Jom qurban segera di myinfaq.org

Khususnya bagi yang mampu, lebih ‘berat’ harga qurban ya g dipilih, lebih tinggi mujahadah diperlukan dan kuat ‘sentalan’ terhadap kotoran pada hati inshallah.

HEBAHAN PAKEJ QURBAN 2024

https://myinfaq.org/

Qurban di Malaysia (sembelih di Temerloh )

  1. kambing biri-biri rm1,250

...penyertaan dan pembayaran tuan/puan beerti persetujuan diberikan kepada kami sama ada menguruskan sendiri Qurban atau memilih wakil lain layak untuk menyempurnakan (konsep Tawkil Al-Wakil Ghairahu dengan izin pewakil asal )

Berat Kambing Qurban di Malaysia adalah sekitar 20-25 kg yang mana sesudah disembelihan dan diuruskan daging bersih dianggarkan sekitar 8-10 kg.

Pakej-pakej lain adalah :

  1. QURBAN UGANDA BERMULA RM480
  2. QURBAN 7 NEGARA BERMULA RM500
  3. QURBAN MALAYSIA BERMULA RM1250
  4. AQIQAH MEKAH & MALAYSIA BERMULA RM580

Pemantau dan penyelia myinfaq.org - Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Penasihat Shariah MyInfaq.org - Ustaz Mustafar Mohd Suki

1 week, 3 days ago

AMALAN UTAMA BULAN ZULHIJJAH

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya. Khususnya bagi mereka yang tidak mendirikan Haji di Baitullah, ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban dengan menyembelih binatang yang layak : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
( Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32

Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Laksanakan Qurban anda melalui myinfaq.org. Video rakaman akan diberikan sejurus Qurban selesai dilaksanakan.

Dr Zaharuddin Abd Rahman

1 week, 4 days ago

SUNNAH BAGI YANG INGIN QURBAN TAHUN INI : TIDAK POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Harini pihak berkuasa akan melihat anak bulan Zulhijjah, kemungkinan esok bermula 1 Zulhijjah. Maka akan bermulalah kelebihan 10 awal Zulhijjah.

Bagi yang tidak menunaikan haji tahun ini, Qurban adalah ibadah terbesar pada eid al-adha. Segera daftar Qurban di myinfaq.org bagi yang belum lagi.

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala Qurban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya DISUNATKAN menahan diri dari memotong rambut dan kuku bermula 1 Zulhijjah. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( HR Muslim, 3/39 )

Sekurang-kurangnya terdapat tiga ijtihad ulama mazhab dalam masalah ini.
1) Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
2) Mazhab Hanafi berijtihad ia adalah harus tanpa sebarang makruh.
3) Terdapat sebahagian lagi mazhab menyatakan Haram seperti mazhab Hanbali, Laith ibn Sa’ad, Ishak Rahuyah (Rahawaih) dan Sa’ad Ibn Muasayyib.

Bagaimanapun majoriti ulama dan mazhab menolak pandangan yang menyatakan haram kerana terdapat nas bahawa Aisyah r.a pernah meriwayatkan :-
كنت أفتل قلائد هدي رسول الله ، ثم يقلدها بيده، ثم يبعث بها، ولا يحرم عليه شيء أحلَّه الله له حتى ينحر الهدي
Ertinya : Aku mengikatkan tali pada binatang Qurban Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengikatnya kembali dengan tangan Beliau kemudian mengirimnya . Maka sejak itu tidak ada yang diharamkan lagi bagi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dari apa-apa yang Allah halalkan hingga binatang qurban disembelih (Hadis sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqolani dalam Fath al-bari menghuraikan bahawa hadis ini menunjukkan tiada larangan bagi yang telah berniat qurban ( termasuklah untuk bercukur) sebagaimana larangan yang dikenakan bagi seseorang yang sedang dalam keadaan berihram, seperti bercukur dan sepertinya.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban seperti kesempurnaan mandi wajib. Namun yang terbaik, kita bersedia dari awal agar dapat tetap menghidupkan Sunnah yang dilupakan ini. Iaitu meninggalkan cukur dan memotong kuku bermula 1 zulhijjah bagi mereka yang telah berniat untuk melakukan Qurban sempena Aidil Adha.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

1 week, 6 days ago

Nabi Muhammad Salla Allahu 'alaihi wasallam bersabda : "Muflis di hari kiamat adalah mereka yang datang dengan solat, puasa & zakat TETAPI KERAP mencela, mengutuk orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah & MEMUKUL (tanpa haq) nescaya akan DITEBUSI melalui amalan kebaikannya, hingga habis sebelum mampu menebus keseluruhannya, lalu akan DIAMBIL DOSA mangsanya LALU DILEMPAR kepadanya, hingga akhirnya dia tercampak ke Neraka." (Hadis sohih Muslim).

Berhati-hatilah apabila ingin mengutuk dan mengecam seseorang di media sosial, tangan yang memetik huruf di papn keyboard atau mobile phone mungkin berasa 'lazat' dapat menimbulkan resah, marah, sedih kepada orang yang dituju, namun 'kelazatan palsu' itu bakal menjadi beban besar di akhirat, sama ada pelakunya itu beriman atau tidak.

Hati yang gembira dengan kutukan dan cercaan ke atas orang lain tidak lain adalah gambaran hitamnya dan kerasnya hati, semakin malap atau tiada nur dan cahaya kecuali dengan meminta maaf kepada sasarannya dan taubat kepada Allah swt. Pilihan lain adalah, tunggu muflis di akhirat. Berakhlak mulia itu adalah sunnah nabi yang penting lagi besar hatta ketika kita tidak bersetuju dengan pandangan seseorang dan pendiriannya. Berpadalah menghirup kebebasan media sosial kelak nanti menderita.

Nabi turut bersabda : "Kesilapan kamu (khususnya qadhi) dalam melepaskan seseorang yang bersalah adalah lebih baik dari menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah". ( HR Tirmidzi)

Justeru jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan gambar, berita yang diterima etc. Semua itu mungkin sahaja palsu dan dusta. Lebih baik untuk kita senyap atau mendoakan yang baik sahaja.

- Muhasabah Diri -

Dr Zaharuddin Abdul Rahman

1 week, 6 days ago

Setiap hari selaku manusia yang LEMAH, kita melakukan KESALAHAN, sama ada kecil atau besar, disebabkan kelalaian, kejahilan atau mungkin juga disengajakan, namun atas rezeki masing-masing, ada kesalahan seseorang itu yang membawa MUSIBAH besar dalam hidup atau mungkin kematian. Terdapat juga kesalahan yang kita terselamat atau hanya menyakitkan hati sahaja, maka tiada kecederaan atau kerugian wang.

Nabi bersabda
: كلُّ بني آدمَ خطَّاءٌ
، وخيرُ الخطَّائينَ التَّوَّابونَ
Ertinya : "Setiap manusia itu berdosa dan pendosa yang terbaik adalah yang bertaubat". (Hadis Hasan menurut Ibn Hajar)

Dalam banyak-banyak kesilapan, ada silap yang bawa kerugian dunia, namun apa yang PALING PERLU DIBIMBANGKAN & diperhatikan adalah kesalahan yang musibahnya MELEPASI ALAM DUNIA, IAITU MUSIBAH DI AKHIRAT. Justeru itu, maka sama-sama kita segera beristighfar dan bertaubat.

- muhasabah diri -

Dr Zaharuddin Abd Rahman

————

Jom segera daftar Qurban 2024, waqaf dan bersih harta syubhat di myinfaq.org

Pelajari ilmu & kemahiran baru dari pelbagai kursus beserta sijil profesional di akhirnya di mycourse.my

2 weeks, 1 day ago

Jika ada yg GEMBIRA setelah menulis kata kesat, carut & mengutuk di media sosial. Itulah dirinya sebenar & nilai sebenar iman dalam hari. Hati itu dekat dengan yang 'busuk' maka PASTINYA jauh dari apa sahaja yang 'harum'.

Ruang komen dan status di Facebook BUKANLAH tempat mencaci maki dan mengutuk sesuka hati. Ia adalah sama seperti alam realiti yang sentiasa dicatat Malaikat bagi setiap yang baik dan buruknya.

Jangan kerananya kelak, seseorang terhalang dari rahmat dan syurga Allah swt.

Ramaikah yang sedang bersedih ? Jika ya, mengapa masih asyik di ruangan facebook? Sedikit sekali kalam di facebook boleh membantu.

Carilah penenang sebenar di dalam sujud dan doa. Rayu dan mengadulah kepada Allah swt.

-Muhasabah Diri-

Dr Zaharuddin Abd Rahman

————

Jom segera daftar Qurban 2024, waqaf dan bersih harta syubhat di myinfaq.org

Pelajari ilmu & kemahiran baru dari pelbagai kursus beserta sijil profesional di akhirnya di mycourse.my

3 weeks, 1 day ago
DrZaharuddin Group
3 weeks, 4 days ago

MENIAGA DALAM MASJID & SURAU

Persoalan berkaitan jual beli di dalam masjid ini, disebut dengan jelas di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لاَ أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ
Maksudnya: Sekiranya kamu melihat seseorang yang menjual atau membeli di dalam Masjid, maka katakan padanya, “Allah tidak akan menguntungkan perniagaan kamu” (Riwayat al-Tirmizi (1321)

Imam al-Nawawi menyatakan pendapat yang paling sahih di sisi majoriti ulama’ hukum berjual beli di dalam masjid adalah makruh meskipun yang berjual beli itu orang yang sedang beriktikaf (yang tidak boleh keluar daripada masjid) melainkan di dalam keadaan yang mendesak. Lihat al-Majmu’ (6/ 529-532).

Berdasarkan kepada hadis di atas, jumhur ulama berpendapat bahawa hukum jual beli di masjid adalah makruh sama ada barang tersebut ada ataupun tiada ketika itu. Manakala sebahagian ulama yang lain mengharamkan jual beli di masjid kerana terdapat larangan daripada Nabi SAW

Para ulama menyatakan bahawa jual beli di masjid dianggap sebagai aktiviti keduniaan yang tidak boleh bercampur dengan aktiviti ibadah bagi menambah saham akhirat. Jadi, jual beli di masjid adalah tidak dibenarkan.

Justeru, sebaiknya dielakkan sama sekali kelulusan menjual dalam masjid, kelak nanti ia menjadi pasar dunia dan semua peniaga berlumba-lumba memohon untuk membuka gerai juga di dalam masjid dan surau dengan hiruk pikuk tawar menawar, alih perhatian jemaah yang solat, negosiasi harga barang dan akhirnya tercemar kesucian masjid surau dan ketenangannya.

Malah pengumuman perniagaan dan tawaran promosi secara verbal juga tidak sepatutnya dibuat di surau oleh jurucakap surau sewaktu himpunan solat jemaah dan Jumaat khususnya.

———-

23 hari lagi sebelum hari raya Qurban, segera daftar Qurban anda di myinfaq.org

3 weeks, 5 days ago

QURBAN DAN SEDEQAH ASBAB PELINDUNGAN DIRI OLEH ALLAH SWT.

Orang yang melakukan sedeqah dan kebaikan akan dipelihara dari ditimpa bala dan kesusahan dalam keadaan tidak tertanggung atau putus asa, dan sekiranya dilanda bala dan kesusahan dia masih boleh bertahan. Ini kerana bala kesusahan tidak akan menuruti amalan sedeqah, kerana ianya menghalang musibah, kesusahan dan kesengsaraan yang mendatangkan kebimbangan, menjauhkan bala, wabak penyakit dan kesakitan. Kesemua ini bertunjangkan nas yang pelbagai dan dibuktikan dengan realiti dan pengalaman.

Antara hadis yang menunjukkan kepada perkara tersebut ialah sabda Baginda Nabi :
"صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات"
Ertinya : Pembuat kebaikan dapat menjauhkan diri dari bahana kejahatan, wabak penyakit dan kecelakaan.

Dalam satu riwayat oleh Abu Said :
"وفعل المعروف يقي مصارع السوء"
Ertinya : Perbuatan baik dapat mencegah bahana kejahatan.

Selain itu, hadis Rafibin Khadij secara marfu :
"الصدقة تسد سبعين باباً من السوء"
Ertinya : Amalan sedeqah menutup tujuh puluh pintu kejahatan.

Selain itu, sabda Baginda Nabi ketika manusia panik dengan kejadian gerhana matahari :
"فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا وصلوا وتصدقوا"
Ertinya : Apabila kamu melihat peristiwa itu, maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersolat dan bersedeqah.

Ibn Daqiqi al-Eid dalam syarahnya bagi hadis ini :
"وفي الحديث دليل على استحباب الصدقة عند المخاوف لاستدفاع البلاء المحذور"
Ertinya : Dalam hadis tersebut terdapatnya hujah yang menggalakkan sedeqah ketika di dalam ketakutan/kebimbangan bagi menolak bala yang bakal menimpa.

Amalan sedeqah juga memelihara tubuh badan dan mencegah pemberinya daripada bala bencana dan penyakit dengan dalil :
دَاوُوا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ
Ertinya : Hendaklah orang yang sakit di kalangan kamu berubat dengan bersedeqah.

Berkata Ibn Syaqiq : “Aku mendengar Ibn al-Mubarak ditanya oleh seorang lelaki yang menderita penyakit ketumbuhan pada lututnya semenjak tujuh tahun lalu. Dia telah berusaha merawatinya dengan pelbagai rawatan dan berjumpa dengan ramai doktor namun tiada hasil. Kemudian Ibn al-Mubarak berkata : Pergi dan galilah sebuah telaga di tempat yang amat memerlukan air. Aku berharap akan ada di sana sumber air yang menahan/membersihkan darahmu (dari berterusan mengakibatkan ketumbuhan). Maka lelaki itu melakukan sebagaimana diminta dan beliau sembuh”. [Sohih al-Targhib].

Jom bersedeqah di sini

https://myinfaq.org

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

2 months, 3 weeks ago
Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam bersabda: “Suami …

Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam bersabda: “Suami yang beriman tidak akan membenci isterinya yang beriman. Jika ada sesuatu yang tidak disukai pada isterinya, maka si suami akan pasti fokus dan mencari apa yang diredhai dan disukai yang ada pada isterinya.” ( Riwayat Muslim). Sebaik-baik lelaki adalah yang terbaik kepada isterinya, dan baginda Nabi adalah yang terbaik kepada para isterinya.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.elzarshariah.com
myinfaq.org
mycourse.my

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 3 weeks ago