Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

#PijahSharing℗

Description
Thankyou Subscribe.
Spread Love, No Hate! ❤️

PAID REVIEW TELEGRAM (DM) @pijahmohamad
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 week, 2 days ago

3 weeks, 5 days ago
#PijahSharing℗
3 weeks, 5 days ago
#PijahSharing℗
3 weeks, 5 days ago
Assalamualaikum BBW Lover ***❤️***

Assalamualaikum BBW Lover ❤️

BATH & BODY WORK ORIGINAL REJECTED KILANG 🌸

RM17 BOTOL KECIL (75ml)🌸
RM35 BOTOL BESAR (236ml)🌻

• FREE POSTAGE
• FREE PAPERBEG BBW
• ORIGINAL KILANG
• BOTOL KECIL 75ml
• BOTOL BESAR 236ml
• BAU TAHAN LAMA
• SEMUA FLAVOUR READYSTOCK

SEBAB-SEBAB REJECT KILANG 👇🏼
• PENUTUP BOTOL LONGGAR
• MASALAH STIKER
• MASALAH WARNA STIKER
• MASALAH LEAKING
• MASALAH BOTOL

YANG PENTING BAU SAMA DENGAN ORIGINAL ❤️

www.wasap.my/60198767106/BBW

3 months ago

Apabila berbuat dosa, hati kita akan terluka. Ruh kita akan sakit. Darah rohaninya akan mengalir kerana luka dosa. Belum pun sembuh, terluka lagi dengan dosa yang lain. Luka dan sakit yang bertimpa-timpa. Bertambah sakit dan parahlah hati kita.

Macam mana hati boleh terluka dan berdarah?

Bila orang puji dan kita rasa berbunga. Rasa seperti dilambung-lambung. Rasa aku lah yang terbaik. Orang lain tak boleh buat macam yang aku buat. Berdarahlah hati.

Bertambah pedih dan parah bila kita dihina dan dikeji. Tak timbul rasa tenang. Tapi rasa resah dan marah. Waktu ini hati bertambah luka dan koyak.

Sekali-sekala Allah rezekikan kemenangan dan kejayaan dalam apa yang kita buat, timbul rasa megah. Bangga diri. Rasa diri hebat. Membuak-buaklah darah luka hati kita.

Esoknya mendengar berita kawan berjaya. Dapat hasil itu dan ini. Datang rasa dengki, cemburu dan iri hati. Remuk berkecai lagi hati kita. Penyakit hati tadi bertambah parah dan kritikal.

Kalau lah luka hati akibat dosa ini Allah zahirkan di fizikal kita, pasti kita akan jadi manusia yang penuh dengan luka dan darah. Belum pun sembuh yang lama, berdarah lagi dengan luka yang baru.

Busuk! Sebusuk-busuknya. Hanyir. Yang buatkan semua manusia lain takkan dekat dengan kita.

Tapi kita tetap bersahaja. Kekal dengan dosa hati. Sebab apa? Sebab kita tak rasa buat dosa. Kita rasa kita betul selalu dan sentiasa.

Ya Tuhan, mintalah dijauhkan.

Amin. 🤲🏻

Begitulah.

- Firdaus Mokhtar

3 months, 1 week ago

Setiap manusia teruji dengan cara yang tersendiri. Cara yang Allah dah sukat paling sesuai untuk menguji keimanannya.

Ada yang teruji dengan harta dan kesenangan, lebih ramai yang teruji dengan kesusahan. Dan ketahuilah... sebenarnya, melepasi ujian kesusahan itulah yang lebih mudah mendekatkan diri pada Allah.

Ada yang teruji dengan kerenah anak-anak dan pasangan, ada yang teruji dengan rasa sunyi dan tidak berteman.

Dan ketahuilah, berdepan ragam dan tanggungjawab terhadap orang lain itulah yang lebih besar dan mencabar.

Jadi, saat kau teruji dengan kekurangan, jangan pernah rasa rugi, jangan pernah rasa malangnya diri.

Berdoalah.
Merintihlah.
Apa pun hajat,mintalah hanya daripada Allah!

Biarlah air mata turun dengan selaju-lajunya menemani setiap kedukaan kita kerana ini tanda lemahnya kita sebagai hamba.

Biarlah hati menjadi segerun-gerunnya menemani setiap pencapaian dan bahagia yang kita sedang nikmati kerana bimbang nikmat itu membuatkan kita lupa kepada Yang Maha Pemberi.

Itu hanya antara kita dengan Allah. Rasa takut kita, rasa harap kita... hanya untuk Dia!

Kemudian, hadaplah dunia dengan penuh mengerti dan empati. Faham, dia yang sedang ketawa atau merintih itu sedang teruji. Sama seperti kita.

Kita mungkin tahu sebabak kisah hidupnya yang dipertontonkan kepada kita, tetapi kita tidak tahu kisah penuhnya.

Maka, jangan takwil apa-apa. Jangan bandingkan apa-apa. Kita kita. Dia, dia.

Nikmati hidup dan takdir kita sendiri dengan rasa bertuah dan bahagia kerana kita tahu segala-galanya telah dipilihkan oleh Allah- Yang Maha Bijaksana.

Petikan daripada buku Malam
Tulisan Bonda Nor.

3 months, 1 week ago

Hati-hati ya.
Kita bahagia bukan sebab kita pandai jaga suami dan anak-anak, bukan sebab kita pandai masak, atau sebab kita pandai berhias.

Kita kaya bukan sebab kita ada nasib yang baik, bukan sebab kita pandai cari duit, atau sebab kita terlebih cerdik cari peluang.

Kita cantik bukan sebab kita pandai jaga badan, bukan sebab kita pandai cari salon, bukan sebab make-up yang kita pakai dan bukan sebab supplement yang kita ambil.

Anak kita baik dan pandai bukan sebab kita ibu mithali, atau sebab kita mampu hantar tuisyen dan bukan sebab jagaan dan makanan yang kita sediakan.

Semua yang baik yang ada pada kita itu adalah rahmat dan pinjaman dari Allah SWT. Hati-hati, tolong hati-hati dan jaga hati kita baik-baik. Jangan hingga terdetik sedikitpun seolah apa yang kita ada itu adalah sebab usaha / diri kita.

Ya, kita berikhtiar setiap hari, tapi yang mengurniakan segalanya tetaplah Allah SWT.

Jika kita dirahmati, jangan tertipu hingga menyangka ia adalah atas sebab “kelebihan” atau “kebaikan” kita. Dunia ini adalah satu yang penuh dengan penipuan dan tiada yang lebih merbahaya dari penipuan ke atas diri kita sendiri.

La hawla Wala quwwata illa billah.

Kalau Allah SWT nak ambil, sekelip mata, hilang semuanya.

Hasbunallahu wa ni’mal wakeel.

- Ida Alina Salleh

4 months, 1 week ago

Pernah tak korang tengok sorang ni update story ke, post kat social media ke - lepas tu dia tak buat salah apa pun, tapi sebab korang tak suka dekat dia, korang rasa annoyed, sakit hati, dan sentiasa mencari alasan untuk justifikasikan rasa sakit hati korang terhadap orang tersebut?

Ni namanya "Hate Stalking".

Ianya adalah apabila korang follow seseorang di social media walaupun tidak menyukai orang tersebut, dan rasa sakit hati setiap kali terlihat post daripada mereka.

Kalau ada perasaan ni, tanya pada diri sendiri, kenapa kita teruskan follow orang ni, padahal bila nampak dia je, kita sakit hati?

Kenapa tak unfollow?

Oh, sebab dia ahli keluarga atau rakan sekerja.

Okay, kalau tak suka, mesti ada sebab - cuba berkomunikasi seperti seorang dewasa, dan bukannya bertindak seperti orang yang kurang matang dan anggap yang bukan-bukan dan negatif tanpa cuba berkomunikasi.

Tak boleh bawa diri untuk berkomunikasi? Masalah nya adalah pada anda. Sekurang-kurangnya cuba, kalau gagal, barulah kita tahu kita dah cuba terbaik untuk pulihkan silaturrahim.

Tapi tak kisah lah, nak komunikasi atau tidak, seeloknya unfollow sahaja daripada teruskan ada perasaan negatif dalam hati.

Bersihkan hati tu. Dah tau tak suka, jangan follow. Elakkan daripada simpan perasaan negatif dalam hati lama-lama.

Isikan hati dengan perkara yang positif.

Percayalah, bila hati kita positif, tentang apa jua keadaan sekalipun, saya janji - bukan sahaja akan rasa lebih tenang, pasti akan berkembang dalam hidup, kerana mindset yang positif secara overall, akan bantu kita menjadi semakin berwawasan dan produktif.

- Shaukat

4 months, 1 week ago

Hati yang bersih, maksudnya hati yang kurang melakukan dosa. Atau ada dosa tapi segera bertaubat.

Mempunyai hati ini akan membuatkan kita menilai sesuatu dengan nilaian yang berbeza. Melihat kemusnahan yang Allah izinkan ke atas manusia, gerun rasa. Melihat musibah yang melanda kecut perut dibuatnya.

Sentiasa berdoa minta Allah terus berikan hidayah dan minta dijauhkan.

Kawan-kawan, usahalah miliki hati yang ada rasa. Yang sensitif atas semua hal yang terkait dengan Allah.

Begitulah.

Selamat pagi ya 🤲🏻

- The Solusi

4 months, 1 week ago

Di antara tanda-tanda kiamat apabila zina berleluasa, dan pelakunya langsung tak malu bahkan berbangga dengan perbuatannya itu. Tengoklah sekarang, maksiat zina dinormalisasikan.

6 months, 1 week ago

Rumah tangga itu perjalanan suami dan isteri, bersama-sama mengejar cita-cita.

Pastinya cita-cita yang sama.

Daripada sekecilnya tentang nak makan apa hari ini hingga lah kepada yang paling utama kemuncaknya nak sama-sama dapat redha Allah di akhirat nanti.

Semuanya perlu dilakukan dengan teliti. Perancangan yang rapi, tersusun dan akhirnya dilaksanakan bersama.

Iya, bukan pandai merancang untuk gah dan indahnya majlis persandingan sahaja, tapi kena pandai merancang jalan bersama ke syurga nanti.

Bercerita tentang jalan ke syurga, kita semua tahu dan faham.

Bukan jalan yang mudah. Rasulullah sendiri berhadapan dengan jalan yang penuh sakit dan air mata. Itu Nabi kita, lebih lagi lah kita.

Maka, berpegangan tangan menuju je jalan syurga rumah tangga itu mesti pegang erat dan kuat. Supaya tak ada yang tertinggal di belakang atau seorang yang jauh ke depan.

Sudahnya terlepas, terlerai genggaman tangan.

Terpisah.

Ramai pasangan yang begini. Puncanya tak sama-sama menempuh ujian. Seorang dengan kekuatan sendiri, seorang lagi jatuh dengan kelemahan diri.

Masing-masing tidak kuat menguatkan. Aku aku, kau kau.

Itu bukan rumah tangga, itu acara lumba lari. Bersungguh-sungguh mengatasi pasangan sendiri. Nak menang seorang diri, bukan berpasangan.

Kalian pasangan suami isteri yang baik,

Macam mana pun ujian yang rumah tangga kalian hadapi, kembali lah kepada tujuan asal kalian berumah tangga.

Kalau lah tujuan itu dah samar, tak jelas dan seakan hilang tak tahu ke mana, susunlah semula bersama-sama.

Katakan sama-sama ke pasangan kalian;

“Kita akan sama-sama mencari redha Allah, dalam rumah tangga ini.”

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Suami juga.

Penulis asal: Firdaus Mokhtar

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 week, 2 days ago